Saturday, September 27, 2008

MUNCUL KEMBALI (83)

Terdesak sangatkah peralihan kuasa?


ADA semacam nada kegembiaraan yang ketara dan teramat sangat, bukan sahaja di kalangan parti pembangkang tetapi juga dalam Umno sendiri ekoran mensyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada hari Jumaat 26 September memutuskan ikrar peralihan kuasa daripada Datuk Sei Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010 terbatal, sebaliknya ianya akan berlaku lebih awal.
Pada wajah ahli-ahli MKT yang juga anggota kabinet yang diwawancara oleh televisyen, masing nampak ceria dan riang dan penuh kepuasan, menggambarkan bahawa apa yang diharapkan selama ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh masa terdekat.
Yang nampak sedikit moyok dan kurang ceria dan nampak kemurungan pada wajahnya hanyalah Ketua Penerangan Umno yang disenator dan dianggota-kabinetkan sebagai Menteria Kemajuan Luar Bandar dan Wilyah, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib.
Pihak pembangkang sudah pastilah sangat-sangat dan teramat-teramat gembira kerana apa yang diusahakan telah membuahkan hasil, malah kerja mereka untuk melemahkan kerajaan yang memerintah, apatah lagi Umno khususnya dan Barisan Nasional (BN) pasti akan menjadi lebih mudah.
Hakikatnya, bagi pembangkang, melawan Umno/BN dan kerajaan dibawah era Datuk Seri Abdullah jauh lebih payah dan liat berbanding dengan era pemerintahan Dr Mahathir Mohamad kerana pendekatan yang berbeza. Kerana itu itu Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri tidak pernah berhenti diserang.
Kalau dilihat kepada sejarah semasa berlaku peralihan kuasa dari Dr Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah, Umno/BN dan kerajaan dalam keadaan sangat nazak, Umno/BN dan keajaan ketika itu ibarat telur di hujung tanduk tetapi berjaya dibermaya dan dimantapkan oleh Datuk Seri Abdullah.
Untuk samakan pendekatan Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah tentulah mustahil kerana cara pemikiran dan keperluan semasa tidak sama. Dr Mahathir memang banyak melaksanakan projek-projek pembangunan tetapi kesan negatif terhadap apa yang dilaksanakan terpaksa dipikul bebannya oleh Datuk Seri Abdullah.
Kerana melihat Datuk Seri Abdullah tidak sehebat dan seagresif Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah dianggap lemah dan lembut tetapi dalam lemah dan lembutnya, beliau adalah seorang yang liat.
Pelbagai pihak cuba memperlagakan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyakan misi untuk tumbangkan kerajaan tetapi telah berjaya diepis dan ditangkis. Pun begitu usaha untuk memperlagakankan keduanya tidak pernah ternoktah.
Khairy Jamaluddin yang ditakdirdan disuratkan oleh-Nya menjadi menantunya walaupun anak kelahiran Negeri Sembilan itu menjadi menantu Datuk Seri Abdullah sebelum beliau menjadi perdana menteri lagi, telah dijadikan penyebab induk beliau sebagai Perdana Menteri diserang dan diganyang.
Demi kepentingan kedudukan mertuanya, Khairy yang cenderung berpolitik berbanding dengan Kamaludin anak jantan Datuk Seri Abdullah yang memberi tumpuan kepada perniagaan, itu pun di luar negara, Khairy terpaksa melepaskan kepentingan dalam beberapa syarikat yang sepatutnya boleh meningkatkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru jika beliau memilih bidang perniagaan dari bidang politik..
Ada yang tergamak menyimpulkan bahawa perdana menteri sebenarnya adalah Khairy walaupun jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Abdullah. Malangnya bukan sahaja proganda pihak pembangkang itu ditelan bulat-bulat oleh penyokong pembangkang tetapi juga ditelan oleh orang Umno sendiri.
Seolah-olah Datuk Seri Abdullah tidak tahu apa-apa tentang pemerintahan dan pentadbiran sebuah kerajaan. Masing-masing seakan lupa bahawa Datuk Seri Abdullah sebenarnya bukan baru dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Paling lama beliau dalam kabinet adalah sebagai Menteri Luar Negeri dan beliau juga berpengalaman sebagai Menteri Pertahanan di samping agak lama sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri yakni ketika menjadi Timbalan Perdana Menter.
Beliau juga berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan kini kembali menjadi Menteri Pertahanan di samping Perdana Menteri setelah membuat pertukran dengan timblannya Datuk Seri Najib dari Menteri Kewangan kepada Menteri Kewangan.
Apakah lojik seorang anak muda seperti Khairy yang pastinya serta mentah dalam selok belok pentadbiran dan pemerintahan kerajaan boleh tentukan apa yang patut dan tidak patut dibuat oleh mertuanya sebagai Perdana Menteri?
Pada pengamatan saya, kemuncak penentangan terhadap Datuk Seri Abdullah adalah apabila beliau memberi tumpuan kepada pencegahan dan pembasmian amalan rasuah, menyebabkan banyak pihak, termasuk di kalangan orang Umno dan BN sendiri menjadi umpama cacing kepanasan.
Di samping itu tindakan membebaskan tahanan ISA menjadi antara faktor, di samping pelancaran perang terhadap amalan rasuah yang menyebabkan kenapa semasa pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, beliau disabotaj dari dalam Umno dan BN sendiri.
Kebetulan pada waktu pilihanraya diadakan harga bahan bakar dunia melonjak di samping dunia menghadapi masalah krisis makanan, malah Malaysia menghadapi masalah kenaikan harga beras. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah terpaksa mengambil tindakan tidak popular dengan mengurangkan subsidi bahan bakar, menyebabkab harga runcit naik dengan agak tinggi.
Sabotaj dari dalam dan masalah bahan bakar sebenarnya dua senjata pemusnah yang sepatutnya boleh menyebabkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah lebur dan musnah.
Namun kerana keliatannya, dalam keadaan sepatutnya Umno/BN kalah dan sepatutnya tidak lagi cukup mandat untuk menubuhkan kerajaan itu, kerajaan Umno/BN masih juga berjaya dipertahankan walaupun kemenangan yang diraih tidak mencapai majoriti 2/3.
Kerana Umno/BN tidak menang 2/3 walaupun ianya bukan seperkara yang luarbiasa bagi mana-mana kerajaan pun dalam sejarah dunia, kegagalan mencapai kemenangan 2/3 itu dianggap kegagalan dan kelemahan beliau walhal kalau tokoh lain yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, belum tentu Umno/BN boleh terus menjadi kerajaan.
Melihat keliatan Datuk Seri Abdullah, pihak pembangkang yang sebelumnya cuba memburukkan imej Datuk Seri Najib, khususnya berhubung dengan soal seks, memutar strategi dengan mencucuk jarum agar orang Umno/BN melihat bahawa Datuk Seri Najib yang secara hakikatnya boleh menjadi pembangkang lebih banyak modal untuk ganyang kerajaan.
Bagaimanapun nampaknya usaha pembangkang mula menampakkan hasilnya. Di kalangan orang Umno/BN mula melihat bahawa peralihan kuasa menjadi satu keperluan dan Datuk Seri Abdullah yang tentulah tidak mahu dianggap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong mula menampakkan kencederungan untuk akur dengan apa yang dimahukan oleh ahli-ahli parti.
Bukan manusia namanya kalau Datuk Seri Abdullah tidak terkeduh hati, tidak merasa merajuk dan boleh lagi terus ikhlas bagi membaik pulih dan memantapkan parti apabila beliau diserang oleh anggota kabinet sendiri, malah apabila keputusan kabinet dipertikaikan oleh anggota kabinet, lebih-lebih lagi oleh menteri yang disenator dan dianggota-kabinetkan bagi membantu memudahkan tugasnya.
Namun kalau benarlah peralihan kuasa 2010 dibatalkan dan Datuk Seri Abdullah akan melepaskan jawatannya lebih awal, saya yakin Umno/BN akan sesal tak sudah, manakala pihak pembangkang pasti akan berpesta kegembiraan nanti dan Datuk Seri Najib pasti akan terpaksa berdepan dengan pelbagai kecaman yang sekaligus akan membawa masalah kepada parti dan kerajaan.
Padahnya nanti orang Umno/BN akan turut terpengaruh dan Datuk Seri Najib juga akan menghadapi desakan supaya melepaskan jawatan dan kes-kes peralihan kuasa untuk jangka masa yang singkat akan mula menjadi tradisi di negara tercinta ini yang akhirnya akan membawa padah kepada rakyat dan negara.
Sejarah dunia mencatatkan tidak ada negara yang mampu mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara apabila kes kekerapan peralihan kuasa menjadi suatu tradisi yang menyumbang kepada banyak tragedi.
Saya tidak nampak apa keperluan terdesak untuk dilakukan peralihan kuasa di negara ini. Perdana Menteri masih mudah, masih ada kudrat untuk membuat kerja. Negara pula dalam keadaan aman dan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.
Nilai aliran keluar dan masuk Indeks Prestasi Pelaburan Langsung (FDI) negara memberangsangkan tahun lepas dan dijangka lebih memberangsangkan lagi tahun depan walaupun secara tidak langsung pihak pembangkang cuba menggugat dengan aktiviti-aktivi yag boleh menakutkan pelabur.
Hakikatnya walaupun jatuh ke tangga ke-71 tahun lepas daripada tangga 67 tahun sebelumnya dari segi Indeks Prestasi Pelaburan Langsung (FDI), namun nilai aliran keluar FDI Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara tahun lepas.
Laporan Utusan Malaysia dipetik Ahli Majlis Ekonomi Malaysia bagi Unctad, Datuk Zainal Aznan Yusuff sebagai berkata, tahun lepas aliran keluar DFI dari Malaysia adalah RM38 bilion (RM38,000 juta).
Ia meningkat sebanyak RM17.11 bilion (RM17,110 juta) atau 81.9 peratus berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM20.89 bilion (RM20,890 juta).
Fakta itu bersumberkan Kajian Laporan Pelaburan Dunia 2008 yang dikeluarkan ole Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perdagangan dan Peaburan Unctad) tahun lepas, dibawah tajuk Perbandingan Transnasional dan Cabaran Prasarana.
Dalam pada itu Malaysia menerima aliran masuk FDI berjumlah RM29.04 bilion (RM29,049 juta), meningkat sebanyak RM8.14 bilion (RM8,140 juta) atau 38.9 pertaus berbading dengan tahun sebelumnya yang berjumlah RM20.9 bilion (RM20,900 juta).
Kajian pelaburan Uncted juga menunjukkan Malaysia mengatasi Taiwan sebagai penerima kemasukan PDI keenam terbesar di kalangan negara-negara Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tengah, meningkat satu tangga berbanding tahun lepad yang mana Malaysia berada pada tangga ketujuh.
Jadi di mana tidak berkesannya kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga ikrar peralihan kuasa yang telah dibuat perlu dileraikan dan ianya akan dilaksanan dalam tempoh yang lebih cepat?
Rakyat Malaysia kena tepuk dada tanya selera, tepuk dahi tanya hati!.

No comments: