KETIKA turun dari pejabat untuk kembali ke rumah makan tengahari kerana bini kata dia singgang daging lembu tempatan dan asam pedas ikan parang yang memang kegemaran saya, saya dikejutkan oleh sergahan seseorang yang meminta saya jangan terus masuk ke dalam kereta.
"Kawe minta maaf sebab tak kena tarikh masa kawe telefon ghoyat kata ada dua ahli parlimen pembangkang akan masuk Umno, dengan seorangnya daripada adalah dari PKR. Tarikh tu tak kena. Sebenarnya 1 November, bukannya 1 Oktober. Bukan silap demo...tapi silap kawe. Si ahli parlimen tu sendiri ghoyat ke kawe, dia akan masuk Umno"
Saya hanya tersengih sahaja. Soal ahli-ahli parlimen yang dikatakan akan masuk Umno itu benar-benar akan masuk Umno atau sebaliknya, bukan urusan saya kerana saya tidak ada kepentingan politik. Ahli-ahli parlimen itu masuk Umno pun saya tak laba, kalau tak masuk pun saya tak rugi apa-apa.
"Kedua-duanya akan masuk sungguh. Kawe bukan main-main. Cuma tersalah tarikh. Maklulah kawen ni sibuk sokma. Tarikh ni boleh bertuka-take. Sebenarnya 1 November, bukannya 1 Oktober yang jatuh pada hari raya" tegasnya sambil menunjukkan SMS yang diterima dari salah seorang ahli parlimen berkenaan sebagai bukti yang betulkan tarikh apabila isu itu dipergegekan.
"Punah reputasi demo boktan kawe. Kawe minta maaf. Kawe ada juga baca blog demo...ada yang beri komen kata demo belawok. Sebenarnya bukan demo belawok...kawe tersalah beri tarikh. Demo jon kena. Nyanyo demo. Maaflah ke kawe deh. Tapi Nuar Brehim lagi belawok kering-kering. Lepas 916 ada tarikh lain pula. Keknyo pelik weh...orang tak kata pulak dia belawok. Bagi kawe 7 kali mampuh 7 kali idup semula pun kawe tak ccayo. Hak dia dok pelan tu takdo kulliha belaka. Kalu rakyat toksir ke Umno/BN jadi kerajaan tak 'kan dok ppakat gila buwi undi ke Umno/BN lagi. Tentulah PR benang banyak kerusi pada Umno/BN. Kes babuk bedo'oh nak PM, Nuar bekecek mace mabuk tuak masam ketik Siam. Boktan beraso dia jah biso...lloni kawe dok dengar puak-puak dia ppakat mengepek...mula tak berapa telior dah ko Nuar. Orang Pas dengan PKR tak sama dengan apa yang di bibir dengan dalam perut pedal" bebelnya dan saya hanya membalasnya dengan sengihan.
Dari ganggang telefon genggam saya berkumandang lagu Suara Kekasih, nombor yang terpampang di skrin adalah nombor telefon bini. Bila dijawab panggilan...bini tanya jadi kelik makan ke tidak. Sebenarnya kerana belitan tugas yang menyebabkan kerap kali terlepas makan tengahari, saya jarang balik makan tengahari di rumah, kecuali kalau bini yang sibuk kerja politiknya memaklumkan dia masak singgang atau asam pedas.
Saya belum lagi dapat merasakan singgang daging atau ikan dengan asam pedas orang lain sesedap yang bini saya masak. Rakan-rakan yang lain pula kata ikan keronge sumbat awas, karim ketam, kari udang dan kari kepala ikan masakan bini saya adalah yang paling membuka selera mereka dan belum mampu diatasi oleh orang lain yang pernah mereka makan.
Macam mana pun bini saya tidak cukup masa untuk masak sepanjang hari kerana tugasnya. Macam mana pun kalau masak nasi goreng dan sayur air, bini saya kena mengaku kalah dengan saya. Sebenarnya saya pun boleh jadi tukang masak. Kalau nak makan nasi goreng atau mee rebus, anak-anak akan minta saya yang masakan. Pun begitu saya juga tidak banyak masa untuk memasak.
"Minta maaf, saya kena pergi dulu" saya masuk ke kereta dan meluncur pergi meninggalkan sahabat yang pernah telefon saya memaklumkan tentang dua ahli parlimen pembangkang, termasuk seorang dari PKR akan lompat masuk Umno di samping beberapa orang ADUN pun akan ikut sama melompat parti. Saya nak kata dia bohong pun dia tunjuk SMS yang diterimanya. Dia pun kaki masjid dan kerap kali saya berjumpanya sembahyang berjemaah di Masjid Kampung Sireh.
Kalau semua orang boleh tunggu janji demi janji Nuar Brehim yang kononnya beliau akan jadi PM menggantikan PM yang ada, malah kerajaan pun akan bertukar dari Umno/BN kepada PR, kenapa kita tidak boleh tunggu perubahan tarikh pada 1 November yang lebih munsabah kerana 1 Oktober lepas jatuh pada hari raya.
Wednesday, October 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
tokwan ada gambar pak lah berserban, mari tengok di blog tok http://tokwan.wordpress.com..
aku ada jgk....laaaaaaaaa!!!!
http://chepirate.blogspot.com
tapi aku bersetuju dengan pendapat tok wan,apa salahnya kalau kita mendoakan kebaikan untuk seseorang..!!!
dengan meli....harap2 sain demo tak blawok srupo NUAR la...
Mari kita pakat bdoa la....mudoh-mudohan PAK LAH terbuka pintu hati...
"klik blog kawe"
Sebelum terjadi ia adalah berupa ramalan atau angan-angan sahaja.
Bila dah terjadi itu kebetulan.
Tetapi tidak terjadi selepas yang diramalkan, itu adalah pembohongan.
Tak kira 1 November ke, dah saing meli ramal 1 Oktober tak menjadi, makan boleh kita katakan berbohong. Tetapi kalau benar-benar terjadi. Kita akan kata bijak..
MAcam Anwar Ibrahim yang membuat ramalan sebelum dia jadi YB. Tapi dah jadi YB yang bergelar Ketua Pembangkan pulok tu, koho senyap ramalan nampak.
Saya dok nampak ahli parlimen yang dimaksudkan adalah ibrahim ali. Ko guano Meli. Demo tau tapi taksir ghoyat. Seingat kawe demo dengan bekas ADUN Wakaf Bharu Haji Ramli Abu Bakar pernah terima surat saman Ibrahim Ali, masa demo jadi boss Harian Watan Kelantan dulu, Lagu mano dengan kes tu llono.
Kelantan Water pun kawe ingat saman demo, begtu juga dengan Pas Pasir Puteh ekoran kes bekas pemuda dan muslimah (laki dab suami orang ditangkap berkendak di Cerating). Husam pun saman demo. Guana parok sangat demo ni, Bagi kawe demo dianggap bahaya ada ada pengaruh juga. Kalu tidak tak 'kan demo kena saman sokmo,
Kawe yakin ahli parlimen yang demo maksudkan adalah Ibarhim Ali, Tapi kawe tabik dengan demo...tak pernah nampak mengaku kalah. Terus keberanian demo,
Saya singgah sebentar ke blog tuan dan mengajak ke blog saya
harap dapat sisipkan blog saya ke blog tuan
http://jamaludinmdisa.blogspot.com/
Hamid Pendek KKeteh Pusuk 30 kalu nak menulis biar ejaannya betul. Biar nampak kita ni bersekolah.
Kawe pun yakin macam demo, yang dimaksudkan adalah Ibrahim Ali. Kawe orang Pas tapi kawe sokong kalau dia lompat masuk Umno semula.
Kalau dia lompat masuk Umno tentu akan dilantik jadi menteri walaupun dia tidak minta dan tidak dijadikan syarat masuk Umno. Kalau dia jadi menteri kita orang kelate boleh tumpang. Ibrahim Ali ni orang suka ambil peduli hal rakyat. Lompat Him jangan tak lompat!
Abe Meli weh..Serupo Hamid pendek kketih ghoyat..banyok benar saman demo..Takut si Husam pulok saman demo lepas ni..sebab mungkin dio kata demo yg menjadi penyebab Nuar Brahim tok leh tubuh kerajaan. Tapi guano Husam senyak jah lloni? Tak gerak air doh ..bakpo? Kalu dulu dio kuat benar dok mencetak dan menjilid idea Nuar nok tuka kerajae.. Ko Husam musa hok nok masok UMNO tu..acu ghoyak teh abe meli..demo tahu nih..sajo tok sir ghoyak.. Pok Nik Aziz kito tok brapo kuat mano doh weh dok behe UMNO.. guano? Berasa kesian ko beraso insaf? Mano kotahu takut baru kaba?..Berito abe meli ghoyak 2 ore nok masuk UMNO sapa doh ko Nuar Brahim.. gelaboh jugok dio.. ni saing ambo ghoyak..kalu dio belawok..ambo tupe belawok jugok lah..tapi belawok kito abe Meli tok serupo Nuar Brahim..Saing ambo sore lagi kato Nuar Brahim belawok kohong!! Ambo tanyo dio..mu pahe ko dok gapo belawok kohong tu? sebab saing ambo ni doh 32 tahun dok kolumpo...Dio jawab pahe lagi walaupun lamo bena doh tok kelik klate...
Jadi berbalik ko tarikh 111 (ceh macam tarikh Nuar pulok 916 ) kalu PKR masuk UMNO ambo tupe suko..tapi kalu PAS UMNO ambo tok brapo setuju..tapi kalu jadi jugok..ho llah nok buat guano.. muga tuka parti buke tuka ugama.
salam
Damansara Intan
Post a Comment