BONGKEH
Oleh
MELI SAIKO
meli_industry@yahoo.co.uk
MAHA Autasme yang telah terpaksa bersara dari kerusi ‘maha’nya kerana hasrat mahu menjadi maha kepada segala maha hingga kiamat gagal apabila tiga batang kaki kerusi pertakhtaannya dipatahkan menyebabkan dia terjatuh menonggeng kaki ke langit, masih juga menyimpan hasrat dan masih berusaha dengan kemaruk, dengan gigih lagi ketagih supaya mimpi untuk kembali ke parcel ke kerusi kekuasaan dan menjadi 'maha' hingga kiamat akan menjadi realiti.
Lazimnya dialah yang ketawa terbahak-bahak, tetapi pada hari kejatuhan-menonggeng-kaki-kelangitnya, dia pula yang menjadi bahan ketawa, dirasakan percel pemerintahannya bergoyang dan bergoncang penaka dilanda gempa bumi oleh gegak gempitanya tawa hilai mengiringi kejatuhan-menonggeng-kaki-ke langitnya.
Sakit kerana terjatuh menonggeng nyior selepas dia cuba bangun dari jatuh menonggeng kaki ke langitnya gara-gara tiga batang kerusi pertakhtaannya dipatahkan tidaklah sesakit mana pun kerana tempat jatuhnya beralaskan karpet membaldu setebal sama tinggi dengan aras lututnya bila duduk berdiri, tetapi sakit kerana menjadi bahan ketawa lebih menyiksakan, lebih mesusuk jantung hatinya.
Sepanjang melekat pada kerusi ketakhtaan atas nama maha bagi segala maha yang digezetnya sendiri, dia ketawa terbahak-bahak, sampai terloncat-loncat, terkenyeh-kenyeh, terkising-kenyeh macam beruk kena belacan, macam anak kera muda boleh cermin ialah kerana melihat yang tepak datang menginsut, yang bikung datang berusung, yang bole datang berpimpin, yang buta datang bertongkat, yang lumpuh kedua kaki datang berketkong, yang lumpuh seluruh badan datang berketpong, yang pekak dan bisu datang bertemankan jurubahasa isyarat menujukkan kehambaan kepadanya, masing-masing membawa buah tangan untuknya sebagai Maha Autasme, paling debek pun tiga butir coklat cicak tiga warna. Yang kandar berkandaran Kopi Tok Lebai pun ada.
Sekali ketawa duburnya yang tidak lekat unjat pasti terkentut. Pun demikian halnya bila terlompat dan punggungnya sedikit tertonggeng, pasti terkentut. Ada yang kata lubang duburnya tidak lekat unjat, loose kerana gara-gara perbuatan mungkar yang kalau dibari-riwayatkan boleh menyebabkan pembari-riwayatnya diambil tindakan dibawah Akta Maha Autasme berpasak-paksikan sistem genstarisme dan samsingsme ciptaannya.
Bau kentutnya pula bukan setakat busuk tetapi lengkap dengan banganya sekali. Busuk pahit penaka terhidu bau busuk seribu ekor bangkai gajah mampus berulat nyunyak-nyunyak.
Sesekali kentutnya ada bau komisyen pembinaan mahalebuhraya, komisyen penswastaan mahatelekom, mahatenaganasional, mahaperkhidmatanpos dan maha-maha pembinaan serba raksasa dan serba maha yang lain.
Sesekali ada kentutnya bersulam bau hampak dan ko’oh kronisme dan proksisme. Yang pasti kentutnya maha busuk dan bapak bagi segala busuk lagi membusukkan.
Walaupun dia tau kentutnya busuk dan dia sendiri nyaris-nyaris termuntah menghidunya, dia tetap berkentut dan terkentut serta terkentut pada setiap kali dia ketawa, terloncat atau tertonggeng punggung.
Orang nak muntah-kedarah, mau pening nak mampus, nak lembik-lotek macam kain buruk pengesat kaki kerana terhidu kentutnya dia tak peduli, dia akan dan terus tserta tetap akan ketawa, dia tetap akan dan terus mengilai kerana seronok, bangga, megah deng a dengan kemahaannya.
Dia ketawa kerana dia cukup senang hati, seronok dan terhibur apabila perangkap dan teori autasme, sikap mulut manis dubur masam, telunjuk lurus kelingking berkaitnya terus menjadi.
Adakalanya dalam ketawanya tiba-tiba dia selak-tengango. Rupanya walaupun cuba dirahsiakan, namun rahsianya terburai juga, dia adalah pengidap uluran kronik.
Kerana itulah ada yang bawa buah lada pahit berguni-guni banyaknya sebagai hadiah penuh kehambaan kerana Noor Ibrahim pemilik Perladangan Jasban yang memang pakar dalam bidang pokok kayu kayan dan herba kata, lada pahit mustajab untuk mengubati uluran, bisul, gout dan penyakit t saraf.
Teringatkan betapa mangsa autanya meratap, menangis, meraung, merayu dan meronta-ronta sambil merintih NO! dan terlontar pertanyaan WHY? dan WHY ABOUT YOU? meyakinkannya bahawa beruk-beruk dan kera serta kakoh dan kalangan yang spesisnya dengannya dan yang hampir terlucut pelekah tidak kira sama ada yang jantan atau betinanya akan memilih untuk terus memperkukuhkan sendiri pelekah di tengkuk masing-masing bagi membolehkannya merentap dan menyenjah bila dia mahu berbuat demikian.
Beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengannya yang terauta oleh autasmenya masih bersedia untuk terpusir butir mata dan terjelir lidah kerana cekit nak mampus oleh perbuatannya, kerana rentapan dan senjahannya yang bukan sahaja tidak ada perikemanusiaan langsung tetapi juga tidak ada perikeberukkan, perikekeraan, perikelutungan dan perikekakohan.
Kembang hidungnya yang memang sudah mempelepah-nyior bentuknya bukan main apabila airmata sandiwara hasil peminuman tiga botol mineral water sebelum melakunkan tangisan yang agak menjadi, ditadah dan disedut serta dijilat dengan lahap oleh ampu-man dan ampu-women yang memang telah diprogramkan sebagai pengampu dan penjilat pundat dan pantat berkerapu berkurapnya.
Perangkap dan teori autasmenya akan terus diperagakan bertujuan membaik-pulih imejnya yang tercemar dan ternajis kerana angkaranya sendiri yang sepanjang berada pada kedudukan mahanya sering asyik memperbodoh, memperlekeh, memperleceh bukan sahaja sekalian makhluk Allah tetapi juga Allah dan Rasul-Nya serta hukum Allah turut sama dipersendakan manakala dia pula mahu dianggap sebagai serba jagat.
Dia juga sering memasang perangkap autasmenya dan menwarwarkan teori autasmenya sebagai sesuatu teori yang maha baik di kalangan yang baik, yang maha berhemah di kalangan yang berhemah, yang maha berwawasan dari sekelian wawasan dan maha perfect dari segala perfect.
Justeru itu, melalui autasme dan gerakan autasme, dia mau segala kemahuan, segala ungkapan dan segala tindak tanduknya dianggap betul belaka, tidak ada yang lebih betul darinya, tidak ada yang lebih hebat darinya, tidak ada yang mampu mengatasi rekod kemahaannya.
Dia juga mahu bau kentutnya yang lebih busuk-kohong dari bangkai seribu ekor gajah berulat nyunyak-nyunyak dianggap harum semerbak setanggi dan kasturi, seribu kali lebih wangi dari bau-bauan hasil pemerosesan pokok-pokok depu yang dicucuk dengan ubat khas untuk menilaikan tinggikan pokok yang pada asalnya hanya digunakan untuk dibuat bodi gendang.
Dia mahu dia yang bertukar antara ‘sabda’ dengan ‘firman’ bagi merujuk kepada hadis nabi mahu dianggap lebih alim, lebih warak, lebih cendekiawan tentang Islam, tentang ilmu al-Quran dan Hadis berbanding dengan tokoh yang hafal 30 juzuk al-Quran yang mengandungi 114 surah serta 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf.
Dia mahu orang yang lebih alim, lebih cendekiawan darinya dianggap jahil, dianggap barua, pokna dan pak-had-ceton-tembus yang terauta oleh perangkap autasmenya berbuat apa sahaja supaya secara rela atau terpaksa memahakannya.
Dia mahu dilihat oleh sekelian beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengannya bahawa dia lebih layak masuk syurga kerana jasa-jasanya membina masjid jemaah kerana berkunci sepanjang waktu, kerana menyediakan pelbagai kemudahan bagi keperluan duniawi dan sekularisme manakala neraka adalah untuk penentangnya.
Dia mahu diusahakan supaya tokoh yang bukan sahaja setiap waktu akan menunaikan sembahyang fardhu berjemaah tetapi juga tidak pernah lupa sembahyang sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan dhuha sebagai pembawa ajaran sesat dan menyalah-gunakan agama bagi kepentingan politik, bagi kepentingan peribadi dan kroni.
Yang menentang arus, yang menyanggah kemahuannya, teori dan impian bersalut nyanyuk nak mampusnya akan dikenakan tindakan, tanpa dipastikan dengan sepasti-pastinya kesalahan yang dilakukan, musuhnya akan disumbat dalam gok, tanpa dipedulikan soal kemanusiaan, soal keadilan dan sebagainya asalkan dia sedap duduk.
Maha Auta mahu dianggap tanpanya rimba tidak akan lagi menjadi rimba, laut tidak akan mampu lagi menjadi laut, bumi tidak akan lagi menjadi bumi dan langit tidak akan lagi menjadi langit, malah dia mahu air laut yang masin akan dikatakan manis bila dia kata air laut manis. Dia mahu air sungai yang tawar akan dikata masin bila dia mahu air sungai dikata masin.
Bila autanya tidak menjadi, maka akan dibuat kejutan kononnya kemahaannya akan dinoktahkan, dia akan menoktahkan dirinya sebagai Maha Auta yang sebenarnya adalah antara autanya, kepura-puraannya merajuk dengan para pengampunya yang telah sedia dilatih akan segera meratap supaya dia menarik balik dari menitikkan tanda noktah perkhidmatan keautaannya..
Ratapan yang bersalut autasme para pengampu lengkap dengan tanda seru NO! dan pertanyaan WHY?, ada yang terkam bersama pujukan dan ampusme sampai patah tumit kas, malah ada yang betina rebah terletang dalam keadaan terkangkang koyak ketika menyerbut untuk bersandiwara memujuknya supaya menarik balik pengumuman kebeerundurannya.
Kerana kononnya dipujuk (sebenarnya ianya adalah di antara perangkap dan teori autasmenya) oleh mereka yang memang telah diprogramkan lebih awal, maka penitik-noktahan itu ditarik balik.
Dalam tangis dan mimik muka pilu bersalut autasme, dia ketawa dalam hati hingga terkentut dan terbelahak kerana autasmenya terus menjadi hasil bantuan penuh ampu dan bodek beruk, kera, lutung, kakoh dan yang spesis dengan yang yang masih bersedia memperkukuhkan pelekah di tengkuk masing-masing dan bersedia untuk terpusir butir mata dan terjelir lidah tercekit dekat nak mampus kerana rentapan dan senjahannya sebagai Maha Aautasme.
Maha Autasme terus ketawa terbahak-bahak, terhingguk-hingguk, terloncat-loncat, terhegeh-hegeh, tersengih-sengih, terkising-kising, terkenyeh-kenyeh dengan iringan kentut yang busuknya lebih banga dan busuk-pahit dari bangkai seribu ekor gajah berulat nunyak-nyunyak apabila Sang Maha Lembek-Lotek termimpi dalam tidur dan dalam bangun kerana terauta oleh perangkap dan teori autarismenya untuk mengambil kerusi maha bagi segala maha yang secara auta dijanjikannya.
Walhal pada hakikatnya impian Maha Lembek-Lotek itu hanyalah mimpi siang hari yang tidak mungkin akan jadi kenyataan kerana Maha Auta pernah mengubah aku-janjinya dalam tempoh kurang dari setengah minit, inikan pula mengambil tempoh masa beribu kali lebih panjang.
Tapi sama sekali tidak disangkanya, dalam di kelilingi pengampu dan pembodek, tiga kerusi pertakhtaannya dipatahkan dan dia boleh rebah menonggeng kaki ke langit dan terpaksa juga kehilangan kerusi pertakhtaannya. Yang memilukannya, segala ampu bodek telah berpindah kepada panggantinya yang lebih menampakkan ngoh clearingsme yang pasti akan menyebabkan sekalian rakyat saka akan melihat kebersihan penggantinya dan dia serta segala kerja raksana dan mahanya akan dilupakan.
“Kena bongkeh sampai terbongkeh” itu tegasnya kepada saki baki pengampu dan pembodek yang terus setia kepadanya kerana tidak mendapat sebarang tempat, ruang dan peluang pada percel ketakhtaan penggantinya yang menampakan ngoh clearingsme, malah terdedah kepada kemungkin menjadi sasaran tindakan KESAN dan KURUNG mereka yang melakukan penyelewengan dan kemungkaran.
“Sebelum genap lima tahun ketakhtaannya, kursi ketakhataannya kena dibongkeh, biar dia jatuh tertonggeng balik, moleh-molek biar tengkoknya patah getah dan tidak boleh bangkit kembali, biar dia tidak boleh buat perancang untuk bongkeh myself. Macam myself bongkeh dia. Ada faham?”
Semua saki baki pembodek dan pengampunya angguk dan tunduk menguku. Agaknya dah berjangkit dengan perangai boss, bila tertonggeng mereka pun terkentut. Barangkali memang dari sepsis makhluk perut dan mulut busuk, apa yang dibuat pun akan diselubungi busuk lagi membusukkan
Peliknya penggantinya yang menampakkan ngoh clearingsme, yang memerangi penyelewengan dan kemungkaran sanggup dibongkeh, dia yang bermulut dan berperut busuk boleh pula diberi laluan untuk menduduki kerusi takhta dan meneruskan pndekatan Maha Autasmenya.
Tidak hairanlah kalau dalam pelbagai macam air yang boleh diminum, maka air syaitan juga yang jadi pilihan, dalam Islam membenarkan jantan kuat nafsu kejantanan berkahwin empat, perempuan-perempuan sundal juga yang dipilih, malah boleh berlakunay rasuah dan sedekah seksualisme, dalam diterangkan dengan jelas tentang jalan ke syurga dan neraka, namun jalan ke neraka pula yang dipilih.
Pelbagai sepesis makhluk nampaknya lebih sukakan yang busuk lagi membusukkan dari yang wangi, ramai yang lebih sukakan yang haram dari yang halal. Pasti kerana iman dan taqwa masing terbongkeh kerana mereka sentiasa di kelilingi para pembongkeh, yakni syaitan dan iblis laknatullah!
Monday, October 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
En. Ramli,
Background merah menyala, penar butir mata nak baca weh.
Minta adjust macam blog hok demo buat dulu. Latar putih tulisan hitam.
Kawe harap tu.
Mat Bedah
Post a Comment