60,000 kerja kosong menanti graduan dan RM9 bilion wang negara mengalir keluar
BUKAN sahaja graduan yang sudah lama menganggur akan merasa lega dan boleh menaruh harapan kepada kemungkinan akan merdeka dari belenggu pengangguran tetapi ibubaba mereka juga pasti tumpang gembira bila sebanyak 60,000 kerja kosong sebagai ajen panggilan dengan gaji minimun RM2,000 sebulan kini dikatakan menanti graduan menganggur.
Walaupun peluang untuk tersenarai dalam jumlah 1,000 graduan terawal yang akan dipilih menyertai kurus jangka pendek bagi melayakan mereka diiktiraf sebagai ajen pusat panggilan mungkin tidak layak untuk dimimpikan oleh para graduan dari kalangan anak-anak orang kebanyakan, namun sebanyak 59,000 peluang lagi masih boleh digantungkan harapan.
Mudah-mudahan ianya bukan sekadar retorik sebagaimana kononnya Dana Khas Penerbit, Pencetak dan Penerbit Buku disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang kononnya bertujuan mewujudkan dana khas bagi membantu pertubuhan koperasi dan syarikat penerbitan mendapatkan pinjaman untuk mempertingkatan perniagaan dalam bidang berkaitan.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh timbalan menteri di kementerian terbabit pada bulan Jun tahun ini tetapi bila saya sendiri sebagai penerbit kecil bertanya pada bank yang dinamakan sebagai pengurus dana berkenaan, rupanya bank berkaitan tidak tahu menahu pun tentang kewujudan dana itu sedangkan ianya telah pun tersiar di media cetak dan elektronik.
Sepatutnya bila diumumkan kewujudan sesuatu dana, ianya telah benar-benar dilancarkan, jangan sekadar dalam bentuk apa yang baru difikirkan atau apa yang tergambar secara spontan untuk dijadikan modal berucap bagi menarik perhatian pendengar, maka ianya diumumkan seolah-olah dana berkenaan telah pun wujud.
Para penjerbit termasuk penerbit kecil macam saya jangan dibiarkan merasa menjadi
mangsa retorik dengan pengumuman dana yang belum wujud pun. Sebenarnya kalau ada modal yang cukup untuk menggerakan urusniga, syarikat saya pun mampu membuka peluang pekerjaan kepada sekiat 100 hingga ke 120 orang dengan sebilangan besarnya adalah graduan.
Dengan itu angka peluang yang dikatakan terbuka sebanyak 60,000 dalam bidang ajen panggilan untuk graduan menganggur akan bertambah menjadi 60,100 atau 60,150 bila dicampur dengan peluang kerja di sayrikat saya. Kalau syarikat seperti syarikat saya milik usahawan lain turut dibantu sama, maka dengan sendiri peluang kerja juga akan terbuka.
Saya bangkitan isu berkenaan kerana saya mahuk tekankan supaya kenyataan 60,000 kerja kosong menanti graduan hendaklah dipastikan bukan hanya berbentuk retorik sebagai retoriknya kenyataan kononnya dana khas disediakan untuk penerbit, pencetak dan penerbit buku yang mana bila ditanya pihak bank yang dikatakan menguruskan dana berkenaan, kakitangan bnak berkaitan menjadi terpinga-pinga kerana tidak ada maklumat mengenainya.
Dalam pada itu saya selaku usahawan kecil yang sering dipandang kecil oleh institusi kewangan bagi mendapatkan pembiayaan bagi projek-projek yang sebenarnya berdaya maju, rasa amat geram, marah dan pelik apabila sebanyak RM9 bilion (RM9,000 juta) dikatakan dibawa pulang oleh untuk tempoph setengah tahun (Januari hingga Jun 2008) oleh rakyat asing ke negara masing-masing.
Barangkali wang negara sebesar itu jumlahnya akan dapat disekat dari mengalir keluar sekiranya pinjaman mudah tanpa cagaran dan penjamin diberikan kepada para usahawan di negara ini yang benar-benar minat menjadi usahawan dengan bidang yang diusahakan itu pula adalah berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang usahawan.
Pengalalaman dan kemahirkan serta kesungguhan atau istiqomah bakal peminjam patut dijadikan cagaran dan jaminan untuk diluluskan bantuan kewangan sama ada dalam bentuk pinjaman atau sumbangan kerana apa pun yang diusahakan hanya akan berjaya bila dibuat berdasarkan pengalaman, kemahiran yang dimiliki serta kesungguhan dalam melakukannya oleh pengusahanya.
Faktor bijak bergaya dengan tali leher, bimbit beg ekskutif, kereta besar dan mewah yang kadang-kadang dipinjam oleh bakal peminjam yang menjadi keutamaan untuk diluluskan permohonan pinjaman sepert amalan sekarang ini patut dibanteras kerana peniaga atau manusia yang tulus akan menampilkan imej sebenar, bukannya imej yang sengaja dicipta untuk mengelirukan pihak yang mahu dikelirukan, termasuk institusi kewangan melalui pasaran lagak dan gaya
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment