Dr Mahathir sudah tidak berhak untuk warnakan Umno
JASA bekas Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno, kerajaan Umno/BN, rakyat dan negara tidak boleh dinafikan, ianya akan tetap tepahat dan tertinda sebagai sejarah sama disukai atau pun tidak.
Itu realitinya.
Atas nama ahli Umno, Dr Mahathir selepas bersara mempunyai hak yang sama rata dengan ahli-ahli yang lain untuk membuat teguran, kritikan, cadangan dan sebagainya kalau tujuannya adalah unrtuk kebaikan dan kdemi eutuhan serta kemantapan parti.
Tetapi Dr Mahathir sekarang bukan ahli Umno lagi, bukan kerana beliau dipecat sebagaimana beliau pernah pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri dan pelbagai jawatan yang ada kaitan dengan parti dan kerajaan yang diterajuinya tetapi Dr Mahathir sendiri yang pecat diri beliau dari Umno.
Bila sudah bukan lagi ahli Umno, maka beliau tidak berhak untuk campuri urusan dalam parti, apatah lagi untuk ikut terlibat mewarnakan corak Umno bagi jangka masa pendek atau panjang, termasuk untuk menamakan tokoh yang patut digugur dan yang patut dilantik untuk menjenterakan kerajaan, kecuali jika beliau diminta berbuat demikian berpandukan pengalamannya.
itu pun kena ada had dan batasnya kerana era terkini tidak sama dengan era keperdana-menteriannya dulu. Keperlluan berpolitik dan berkerjaan sekarang tidak sama dengan era beliau kerana rakyat semakin cerdik dan matang berpolitik dan menilai kualiti kerajaan.
Semurni manapu pun niat dan tujuan Dr Mahathir tidak akan nampak dan jadi murni, malah teguran dan cadangan daripada orang yang mufarakah yakni pecat diri sendiri dari parti sepertinya akan dlihat dan akan menjadi lebih cemar dari teguran dan cadangan yang dibuat oleh orang yang dipecat, orang yang terpaksa mufarakah, bukannya sengaja mufarakah dari parti.
Oleh itu pada pendapat saya, Perdana Menteri Datuk Seri Abbullah Ahmad Badawi yang penyabar orangnya memang patut pun kalau beliau gagal untuk terus bersabar dengan kerenah dan tindak tanduk Dr Mahathir yang kerana tidak suka dan sepandangan dengan pendekatan Datuk Seri Abdullah sebagai Datuk Seri Abdullah sehingga sanggup berhenti jadi ahli Umno, cuba untuk terus campuri urusan Umno.
Dengan anaknyam Datuk Mukhriz yang bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan bertembung pula dengan menantu Datuk Seri Abdullah yakni Khairy Jamaluddin, maka umum akan nampak apa tujuan sebenar Dr Mahathir dan caranya lambat laung akan menyebabkan Datuk Mukhriz akan menjadi sasaran cemuhan sebagaimana yang Khairy terima beliau memenang kerusi Ketua Pergerakan Pemuda nanti.
Selepas ini isu seolah-olah kepimpinan negara dianggap pusaka warisan apabila dalam kepimpinan negara ada anak Tun Razak, anak Tun Hussein, anak Dr Mahathir, anak-anak bekas menteri dan sebagainya yang akan mengkemelutkan Umno, ekoran rasa senang kalangan yang bukan dari titih bekas perdana menteri dan anggota kabinet tetapi ada keupayaan untuk jadi pemimpin yang lebih baik. Ianya juga mahu tidak mahu akan menjadi punca kepada keretakan Umno dengan parti-parti komponen.
Perbuatan Dr Mahathir dan kecaman terhadap Datuk Seri Abdullah lebih bersifat kepada mengkhianati Perdana Menteri dan parti yang sekaligus membawa makna beliau mengkhianati mandat rakyat dan negara. Kalau sekiranya beliau nantinya dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekalipun, beliau kena terimalah sebagai ramai yang terpaksa menerima penahanan dibawah ISA semasa pemerintahannya dulu.
Dalam pada itu, kalau iman Datuk Seri Abdullah tohor dan goyah serta mahu menegakkan egonya dalam menghadapi gerakan merendah-rendahkan apa yang ditakdiekan kepadanya menjadi Perdana Memteri, beliau boleh melakukan pembelokan dan reformasi yang akan menghancurkan Umno yang boleh membawa kepada nantinya akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.
Antara yang boleh dilakukan ialah dengan mengajak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kabinet sama ada dengan mencadangkan PKR menyertai BN atau PKR dibubarkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh S46 dulu atas alasan demi kesabitan negara, terutama kestabilan politik yang akan menentukan kestabilan cabang-cabang yang lain, termasuk banag ekonomi..
Jika teori itu digunakan, Datuk Seri Abdullah pasti akan menerima sokongan padu dari sebilangan besar wakil-wakil rakyat Umno sendiri serta wakil-wakil rakyat dari PKR dan Pas serta sebahagian dari wakil-wakil rakyat DAP.
Beliau juga pasti akan terus diminta menjadi Perdana Menteri sehingga pilihanraya umum ke-13 walaupun beliau sanggup bersara seandaai beliau mempraktikan tteri itu manakala Datuk Seri Anwar pastu akan bersedia untuk jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum menggantikan tempat Datuk Seri Abdullah tanpat membuat desakan agar Datuk Seri Abdullah meletak jawatan lebih awal dari yang sepatutnya.
Seandainya Datuk Seri Abdullah bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar, banyak masalah negara sama ada masalah politik mahu pun masalah ekonomi dapat diselesaikan, malah Datuk Seri Abdullah pasti akan dipuji dan dijulang memandangkan titih dan latar pendidikannya memang mempunyai ciri-ciri Perdana Menteri yang didoakan oleh Pas khususnya.
Tetapi kerana ketulenan Umnonya, Datuk Seri Abdullah sanggup menerima penghinaan menjadi Perdana Menteri pertama bagi negara ini yang terpaksa mencairkan pelan peralihan kuasa walaupun pada firasat saya beliau dalam kebimbangan bahawa selepas era beliau, masalah kepimpinan negara tidak akan selesai, malah akan semakin kusut masai serta tidak mustahil akan berlaku sebagaimana yang sedang berlaku di Thailand misalnya dalam soal kepimpinan negara.
Kalau keadaan itu berlaku nanti bukan ianya kerana kegagalan Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN, tetapi kerana beliau diganggu dari segenap sudut, terutama oleh Dr Mahathir dan koncu-koncunya yang nampaknya hanya kerana tidak suka yang 'tidak cukup sebab' pun untuk tidak suka, maka masa depan negara dan rakyat sanggup dipertaruhkan.
Bagi saya Datuk Seri Abdullah patut meneruskan sikap terbukanya untuk berbincang secara terbuka tentang kemungkinan bekerjasama engan Datuk Seri Anwar yang mana walaupun adakalanya Datuk Seri Anwar mengecam Perdana Menteri tetetapi tidak sebiadab kecaman Dr Mahathir, tetapi nadanya lebih lunak.
Keterbukaan itu penting demi untuk mengembalikan suasana harmoni dan ketertiban, termasuk dalam berpolitik di negara ini. Keharminian dan ketertiban kepimpinan negara dan orang politik akan membantu melahirkan masyarakat yang harmoni dan tertib, biadab kepimpinan negara dan orang politik, maka masyarakat juga akan turut sama biadab kerana apa yang dilakukan oleh kepimpinan negara dan orang politik sentiasa boleh dibaca, didengar dan ditoton melalui dadah akhbar, corong radio dan kaca tv setiap hari dan setuap saat.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Syabas kerana melemparkan satu alternatif kepada Pak Lah. Regim Mahathir semestinya disekat dari berkuasa semula. Kalau dari tahun 80an hingga pertegahan 90an regim tersbut telah menghakis kuasa raja, hak melayu serta kedaulatan Islam. Mahukah kita kembali memberi kuasa kepada regim tersebut supaya kita kembali menjadi dungu dan penakut.
Mahathir banyak mempesakakan pelbagai masalah kepada Pak Lah. Lima tahun lamanya Pak Lah terpaksa buang badi Mahathir.
Molek benar kalau Pak Lah bina pakatan dengan Anwar dan masukan Mahathir ke penjara atau diISAkan.
Setuju dengan Pateh Karma Wijaya Sungai Petani. Kalau cuba meletakan Pak Lah bersendirian dalam kepimpinan, macam mana beliau boleh laksanakan tugas dengan sebaik mungkin
Setuju ISAkan Mahathir.
Setuju tangkap atau ISAkan Mahathir kalau boleh bantu stabilkan Umno/BN, kerajaan dan keharmonian rakyat.
sama ada suka atau tidak, hakikatnya penyokong Umno dan rakyat yang sayangkan negara ini, tidak gemarkan pendekatan Pak Lah yang terlalu berlembut terhadap pelbagai pihak.
Selepas 22 tahun hidup di bawah autokratik, pendekatan Pak Lah secara mengejut menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak, sebab itu penyeokong Umno tetap sayangkan Mahathir.
Pak lah memang ada buat sesuatu yang baik kepada rakyat khususnya pelbagai koridor tetapi pelaksanaan terlalu perlahan. Ketika pelancaran diumumkan ratusan juta dan bilion pelaburan tetapi hakikat perlaksanaannya macam kura-kura.........
Masa sama, pak lah suka membuat janji dan suka memungkiri janji. Lidah bercabanglah senang cakapnya.
janji dan cakap lain tetapi buat lain. Apa juga yang pak lah buat selama ini hanya menguntungkan pembangkang. itu yang buat Orang Umno marah sesangat.
Nak terbuka itu boleh tapi jangan sampai memunahkan diri sendiri. Itu yang orang Umno tak boleh terima.
Post a Comment