Thursday, October 30, 2008

MUNCUL KEMBALI (108)

Sekadar coretan setelah melawat Haji Wan Mohd Jamil di HUSM


SETELAH kontrak saya tidak disambung melalui tindakan umpama ketika dijemput datang saya ditatang macam minyak yang penuh tetapi akhirnya dicampak keluar melalui jendela macam lampin pakai buang bayi, saya tidak banyak tahu, tidak ambil tahu dan tidak diberitahu tentang perkembangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn).

Belawok kohonglah saya kalau saya katakan bahawa saya tidak berkecil hati apabila orang lain yang berhenti dan diberhentikan dari UPKn diraikan pada majlis khas tetapi saya dan dua lagi bekas kakitangan UPKn yakni Webmaster (Mat Fian) dan pemandu pengarah (Saudara Sobri) tidak disenaraikan.

Selama lapan tahun memberi khidmat atas undangan, saya telah buat apa yang patut saya buat untuk UPKn walaupun ganjaran bulanan yang saya terima sama sahaja dengan yang diterima oleh kakitangan yang datang ke pejabat untuk banyak tidur buat air lior basi kerana tidak ada kerja yang nak dibuat di samping nak mengeja pun tak betul mana.

Sedebek-debek saya pun saya adalah bekas boss jugalah, yakni bekas ketua biro kepada sebuah akhbar harian dan bertaraf eksekutif. Sebagai ketua biro, pihak akhbar tempat saya bertugas dulu mengamanahkan saya bukan sahaja di seluruh Kelantan tetapi juga sehingga ke Permaisuri, Terengganu.

Pokoknya kenapa kakitangan lain yang berhenti dan diberhentikan dirai sedangkan saya dan dua lagi rakan tidak dimaklumkan pun tentang majlis yang diadakan, seolah-olah kami bertiga tidak pernah wujud dalam UPkn.

Kami bertiga juga manusia yang ada hati dan perasaan, walaupun sehina mana kami, kami juga manusia yang kalau dihina, bermakna penghinanya menghina ciptaan Allah kerana kami adalah sebahagian dari ciptaan-Nya.

Saya juga dimaklumkan bahawa kakitangan UPKn yang sayangkan kerjanya dilarang mendekati saya kerana kononnya saya bukan orang Pas lagi. Barangkali mereka yang membuat larangan itu tidak sedar bahawa semasa saya dijemput berkhidmat dulu pun saya bukannya ahli Pas pun, malah saya bukan ahli mana-mana parti. Saya seorang pengamal media.

Apa pun biarlah masa lalu berlalu sebagai suatu masa lalu. Hanya Allah yang Maha Saksama dalam memberi penilaian terhadap apa yang telah saya buat sepanjang berkhidmat dengan UPKn yang nampaknya terus-terusan menghadapi masalah kakitangan dipecat dan memecat diri sendiri hingga kini.

Kalau dalam sejarah penubuhan UPKnh anya saya sahaja yang tidak disambung kontrak, mungkin orang nampak saya ni jenis tidak berguna. Tetapi kalau ramai yang dipecat dan memecat diri sendiri, tentulah ada sesuatu yang tidak kena di UPKn dan dalam pengurusan UPKn itu sendiri kerana ikan akan buruk dan busuk bermula dari kepalanya.

Bagi saya UPKn adalah satu komponen kerajaan Membangun Bersama Islam yang sangat penting. UPKn adalah cermin kepada kerajaan Membangun Bersama Islam. Apa yang berlaku dan dilakukan oleh UPKn dan kakitangannya, termasuk kakitangan paling bawah akan mencerminkan wajah Kerajaan Membangun Bersama Islam.

Kerana itu pengambilan kakitangan UPKn bukannya boleh dibuat wecara tangkap muat atau dijadikan tempat melonggok mereka yang kononnya bekerja kuat untuk parti atau untuk tempat individu diberi penghargaan dan ganjaran dalam bentuk pekerjaan kerana rapat dengan pengerusi jawatankuasa penerangan,

Bodoh-cerdik, releven atau tidak releven kerajaan Membangun Bersama Islam akan diukur kepada macam mana UPKn diwarnakan oleh kakitangannya yang kena serba advan, yang kena serba ke depan, khususnya dalam menangani isu-isu semasa.

Saya semacam terpanggil untuk menulis tulisan ini selepas dengan izin-Nya saya mendapat maklumat secara tidak langusung tentang bekas Pengarah UPKn Haji Wan Mohd. Jamil Wan Mahmood yang juga bekas Ahli Parlimen Tumpat yang banyak berkorban dalam perjuangan, kini dirawat di Wad 7 Selatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan saya sempat melawatnya pada petang hari Rabu, 29 Oktober.

Nampak sangat ketika diziarahi, Wan Mohd. Jamil yang telah pun 13 hari dirawat dan tidak dibenarkan bergerak dari katilnya dalam tempoh beliau dirawat, cuba menceriakan dirinya supaya tida akan ada yang bersedih atau gundah dengan kesakitan yang ditanggung.

Demikian juga dengan isterinya (Kak Ti), setiap penziarah disambut dengan keceriaan, seolah-olah suaminya dalam keadaan penuh selesa. Sifat sanggup berkorban masih mnyerlah pada wajah Haji Wan Mohd. Jamil dan isteri dalam keadaan dirawat dan memerlukan sokongan moral untuknya kembali sembuh.

Semasa di UPKn, saya sering ke mana-mana dengannya. Malah ketika menyertai rombongan Menteri Besar melawat Kemboja selama seminggu, kami duduk sebilik, sesuatu yang jarang berlaku, pekerja bawahan duduk sebilik dengan boss. Beliau lebih menampakan semangat kekawanan walaupun beliau seorang boss.

Beliau gemar membaca dan mempunyai koleksi buku yang banyak, terutama buku-buku politik. Mungkin kerana minat dan kecenderungan yang sama, maka beliau dengan saya boleh jadi macam kawan, walaupun beliau boss. Kalau dalam perjalanan dan saya sakit perut, dia akan minta pemandu segera cari tempat melepas kerana dia tahu bila sakit perut saya tak boleh tangguh-tangguh.

Saya masuk UPKn lebih awal darinya yakni pada tahun 1997, ketika pengarah UPKn ketika itu adalah Haji Abdul Fatah Haron (kini ADUN Bukit Tuku). Waktu itu Haji Wan Mohd Jamil adalah Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau menjadi pengarah UPKn pada tahun 2000 apabila tidak bertanding kerana memberi laluan kepada Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Ketua Umno Bahagian Tumpat yang masuk Pas ekoran dari krisis Dr Mahathir-Anwar Ibrahim.

Haji Wan Mohd. Jamil meninggalkan UPKn pada tahun 2005 apabila beliau dilantik sebagai Penyelia DUN Pengkalan Kubur ekoran kekalahan teruk Pas pada pilihanraya umum ke-11.

Macam mana pun pada pilihanraya umum ke-12, beliau yang sepatutnya bertanding di DUN Pengalan Kubur telah sekali berkorban apabila kawasan berkenaan diperuntukkan kepada PKR. Padahnya kawasan yang patut dimenangi kalau Haji Wan Mohd. Jamil yang bertanding, gagal dirampas dari Umno/BN.

Mengunjungi Haji Wan Mohd. Jamil yang dirawat di Wad 7 Selatan HUSM mengembalikan kenangan lama, terutama tentang betapa susah dan lelahnya kami di UPKn menghadapi dan menangkis isu SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN SYAITAN, TUHAN PUN MENCARUT dan TUHAN SAMSENG dan isu-isu lain yang bersifat umpama pemacu senapang ditarik dengan muncul senapangnya menghala ke epala sendiri.

Saya tahu betapa cemasnya Haji Wan Mohd. Jamil ketika itu dalam menerajui UPKn yang perlu mnjelaskan dalam bentuk positif untuk kerajaan Membangun Bersama Islam dalam menangani isu-isu yang berat umpama mengandar bas dan kepala keretapi lakunya.

Macam-macam buku dan risalah diterbitkan walaupun peruntukkan kewangan untuk unit penerbitan UPKn tidaklah sebanyak mana. Kerana itu bila ada printing yang sanggup kurangkan harga sekadar tiga sen dari harga yang dikenakan oleh sesebuah perinting, kerja-kerja mencetak akan dipindahkan ke percetaan yang mampu murahkan sebanyak 3 sen itu.

Yang mengumpul bahan, melayout, membuat film cetak tiruan dan menghantarkannya ke percetakan adalah saya. Pernah dalam seminggu tiga judul buku diterbitkan di samping buletin dan risalah, termasuk akhbar dinding (Al-Jidariah) diterbitkan ikut jadual. Pernah saya tidak tidur 24 jam untuk siapkan buku.

Untuk meredakan kecemasan Haji Wan Mohd. Jamil, saya akan pastikan setiap buku, buletin dan risalah siap dicetak pada watku yang sepatutnya, acap kali tempoh siapnya lebih awal dari yang sepatutnya.

Ketika saya dan beliau berada di Langkawi kerana urusan kerja dan untuk rehatkan fikiran, saya masih lagi terpaksa uruskan prcetakan bahan terbitan UPKn melalui telefon, terutama ketika saya seorang diri di unit penerbitan UPKn apabila Penolong Pengarah Penerbitan UPKn Encik Yusoff Jalil berhenti kerja kerana masalah peribadi.

Membawa pulang komputer pejabat ke rumah dan masuk pejabat melalui tingkap untuk siapkan kerja pada waktu malam ketika pejabat UPKn masih di Blok 5 Kota Darulnaim adalah seperara yang lumrah kerana saya tidak ada kunci pejabat.

Pakgat (pengawal keselamatan) sering datang jenguk bila tengok lampu pejabat terang dan mereka lazimnya akan melihat saya sambil geleng kepala.

Lazimnya bila siap satu buku saya akan demam kerana terlalu penat. Macam mana pun MC saya sering dibatalkan apabila rakan sepejabat, malah Haji Wan Mohd. Jamil sendiri datang ke rumah kerana ada buku dan risalah baru yang kena diterbitkan. Acap kali demam saya sembuh ketika dalam sibu buat kerja.

Mujurlah saya bekas pekerja di sebuah akhbar harian dan sebelumnya pemberita daerah kepada Pertubuhan Berita Nasonal Malaysia (Bernama) yang dilatih menjalan dan menyaiapkan kerja dengan cepat, menjadikan segala kerja dapat disiapkan lebih awal atau pada masa yang ditetapkan.

Bila dah siap buletin atau buku dan juga risalah, kena edar pula. termasuk di hantar keluar Kelantan. Yang agak teruknya kos pnghantaran kena guna wang sendiri, pejabat tidak ada peruntukkan untuk kos penghantaran.

Hal-hal sedemikian saya tidak pernah beritahu Haji Wan Mohd. Jamil termasuk penerima hantaran, antara Datuk Haji Hassan Ali yang ketika itu orang pejabatnya sering minta dihantar macam-macam bahan terbitan UPKn di samping Badan-Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas kawasan seluruh negara.

Sepanjang lapan tahun bertugas dengan UPKn, saya rasa tidak kurang dari 24 judul buku saya hasilkan di samping akhbar dinding dan buletin. Macam mana pun akhbar dinding kini sudah tidak diterbitkan, malah buku juga tidak sebanyak dulu lagi. Mungkin kerana tidak ada keperluan untuk terbit buku lagi.

Kerana jarang-jarang diterbitkan dengan tenaga kerjanya pula ramai dan peruntukkan yang ada agak banyak bagi penerbitan sesebuah buku, maka buku-buku yang diterbitkan oleh UPKn sekarang tentulah lebih bermutu, termasuk kualiti cetaknya. Ketidak-kerapan penerbitan buku juga pastinya kerana pengarah UPKn sekarang bukan ulat buku macam Haji Wan Mohd. Jamil.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini untuk berdoa supaya Haji Wan Mohd. Jamil kembali sembuh dalam tempoh yang singkat kerana pada hemat saya sumbangan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit kepada Pas dan kerajaan Membangun Bersama Islam masih diperluan.

2 comments:

Pok Nik Klate said...

Pagi isnin yg hening bening.. ambo mash di kota bharu bercuti sambil berjupo mato dgn sedara mara yg nok gi mengerjakan haji..

Begitulah abg meli kehidupan kita ni. Bila baca posting abg meli beraso sedih kakloh..ambo pon tidok berparti jugok tapi tengok ko kerajae kelate ni serupo dgn UMNO jugok..bezonyo pd namo jah tapi perangai hok tulo.

Tok tuo ambo pon kuat dan penyokong PAS tegar. Tp dio jenis kuat sediri. Jd anok menatu dio mace2.. ada PAS dan ado UMNO dan ado tak dok parti mace ambo. Bilo jupo ambo yg jadi moderator.. berbahas tapi tak rajin baloh kekoh.. bele2 suko lepas make nasik.

Ambo nok cerito ni waris tok tuo ambo. Dio ni berkerja di suk jugoklah..tu pon kerana kuat kerjo ko parti bukan kerana cerdik. Sebab ambo kato gitu setiap kali kecek mace ore tok kabar. Ambo nok tegor2 pun takut dio sero hati. Jadi ambo diam dan gi dapor minum air. Dule dio naik honda cub..tapi loni buleh buat rumoh dan kereto pon buleh kiro jugolah hargonyo.

Jadi puok2 dale pas ni pon doh pandai cari makan doh..Cuma ore sebeloh luar dok puji kerajaan kelantan sebab tengok rumah TG Nik Aziz.Kalu tengok rumah YB Taki? Berapa buah?

Kes abg meli ni..nok wak guano doh ore tok sir. Jadi busuk bangar belako..ore UMNO pandai menipu..ore PAS pon apo kure?? Jasa abg meli..tak masok dale book puok2 mereka..

Sebab tu lah abg meli..baik kito tok soh berparti lah..wak sakit hati. Ko Guano??

Anonymous said...

Assalamualaikum Abe Li...

Sedih kakloh ambo baca hok ABe Li tulih. Tapi, maaf deh...kade2 raso supo Abe Li pelahak menar ore sanjung, ore puji Abe Li. Tu buke ambo kato, tapi ramai jugak saing2 kata gitu. Pada ambo, itu pandange dio dan luahan Abe Li pun kena ambik kiro jugok.

Pah so lagi...demo2 tuh dok wak gambar, Syed Azidi tu akan jadi supo Abe Li. Maaf deh...demo2 tu dok guna istilah "beruk kekoh tuan".

Bui kerja, ada gaji...lama2 bila tok berkerja lagi dok cice majikan lama.

Tapi, apopun,pada ambo, apa juga baik buruk Abe Li buat, pahala doso Abe Li sedia tanggung. pelik begapo, mugo Abe Li pun buke ore otok tin kosong, ado hotok jugok buleh mikir.

Kalu Abe Li rasa betul..pujilah, sanjunglah Kerajann Islam Kelantan dan kalau rasa tak kena, tegurlah berhemah biar kita semua mendapat redha Allah. Wallahua'lam.