Sunday, November 2, 2008

MUNCUL KEMBALI (109)

Kenapa perlunya kempen Budi Bahasa kepada ahli Parlimen


ORANG yang tidak sakit tetapi rata cari bomoh, dukun, pawang atau pun doktor tentulah kerana ianya sakit dalam sihat, nampak sihat tapi sakit, setidak-tidaknya hanya sihat fizikal tetapi sakit mental, kalau ianya lelaki perkasa pun sebenarnya ianya mati pucuk.
Kempen Budi Bahasa menjadi seseuatu yang tidak perlu kalau kumpulan sasaran untuk kempen tidak mengalami sakit 'Budi Bahasa yang kronik, kecuali yang merancang kempen itu ada gangguan kesihatan mentalisme.
Demikian halnya apabila Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd. Shafie Afdal menyatakan bahawa kempen Budi Bahasa terhadap ahli-ahli parlimen akan diperhebatkan kerana mereka adalah contoh terbaik kpada rakyat.
Pada perkiraan saya, walaupun mereka berstatus 'ahli' tetapi belum tentu cukup 'meter' sebagai seorang yang bertaraf 'ahli' untuk benar-benar 'ahli' dan ditambah-statuskan lagi dengan 'Yang Berhormat' apabila kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan ke atas mereka.
Dengan kata lain, ahli-ahli parlimen di negara ini gagal mencapai tahap profesionalisme untuk menjadi ahli Parlimen yang mana sama ada ianya mewakili pembangkang atau pemerintah tugas setiap ahli Parlimen adalah untuk menyumbangkan ke arah menambah-baikan lagi negara dan rakyat dari pelbagai sudut.
Pada umumnnya ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipilih untuk diberi mandat oleh rakyat melalui undi yang menjadi amalan demokrasi adalah untuk memimpin dan seseorang hanya akan layak menjadi pemimpin jika ianya lebih baik dari yang terbaik di kalangan yang dipimpin, bukannya lebih buruk, lebih haprak dari yang dipimpin.
Selain dari Budi Bahasanya kena elok dan terpuji, sebagai pemimpin, sekurang-kurangnya untuk kawasan yang diwakili, budi pekerti, tahap kecerdikan, keilmuan, profesionalisme dan daya kepimpinan ahli Parlimen dan ADUN juga kena lebih tinggi dan lebih advan dari kalangan yang dipimpin.
Ertinya, untuk tempoh-tempoh masa yang akan datang, pemilihan calon-calon untuk bertanding sebagai ahli parlimen atau ADUN sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang kena dipastikan ianya adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik, setidak-tidaknya di kawasan yang bakal diwakili.
Kes-kes ahli parlimen atau ADUN yang mengambil kesempatan menggunakan parlimen atau dewan undangan negeri untuk bertelagah atas hal-hal yang bersifat peribadi dan kepartian yang sempit patut dihapuskan dengan memilih ahli Parlimen dan ADUN yang benar-benar berkuali
ti

No comments: