Tuesday, October 7, 2008

MUNCUL KEMBALI (90)

Jangan sampai negara jadi macam Thailand

DALAM keghairahan, keketagihan dan kekamrukkan tokoh-tokoh tertentu yang mahu jadi peeneraju negara gara-gara sindrom dan wabak 'syok sendiri' kononnya hanya dirinya yang paling layak dan paling digantungkan harapan oleh rakyat untuk memacu pemerinahan negara, jangan pula akhirnya rakyat dan negara terdedah kepada kejadian mahu mengelak dari tertusuk duri di tapak kaki tiba-tiba tertusuk seligi menembusi jantung dan hati.
Hakikatnya menjadi pemacu sebuah kerajaan tidak semuda menjadi ketua pembangkang, menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang, mata yang memandang tidak akan seberat mahu memikul, praktikal pemerintahan tidak semudah teori dan rangka, kerangka serta pelan pemerintahan sesebuah kerajaan.
Kejayaan negara bermasyarakat majmuk hidup dalam keadaan rukun dan damai selama tempoh 51 tahun, terutama selepas tahun 1998 apabila anasir komunis memberhentikan perjuangan bersenjata mereka adalah satu tuah dan anugerah dari Allah yang sepatutnya dipelihara dan terpelihara sampai bila-bila.
Oleh erana Thailand adalah jiran tetangga terdekat, maka para pemimpin dan rakyat negara ini yang ghairah, kemaruk, ketagih dan babuk mahukan peralihan kuasa dan pertukaran kerjaan patut merujuk kepada apa yang sedang berlaku di negara tetangga itu supaya masing-masing dapat menilai erti kedamaian dengan erti kata yang sebenar.
Jangan ada rasa ingin mencuba berekspirmenan untuk hidup dalam keadaan negara huru hara, berdemonstrasi sana berdemonstrasi sini, letup sana letup sini kerana bila keadaan sedemikian berlaku, banyak masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit yang kena digunakan untuk menyelesaikannya.
Rakyat yang bergama Islam sebagai warganegara majoriti bagi negara tercnta ini kena pastikan peneraju negara dipilih berdasarkan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. yang diutuskan bukan sahaja untuk memberi rahmat kepada umat Islam, tetapi juga kepada manusia bukan Islam, malah juga untuk seluruh isi alam. Tokok yang kemaruk, ketagih dan gila jawatan ditolak oleh baginda untuk dilantik ke sesuatu jawatan.
Sebaliknya tokoh-tokoh yang cuba mengelak dari dilantik ke sesuatu jawatan adalah yang menjadi pilihan utama kerana tokoh atau individu sedemikian akan lebih jujur, lebih tulus dan akan bekerja kuat untuk melaksanakan amanah dan mandat yang ditakdir dan disuratkan ke atasnya manakala tokoh atau individu yang banyak mendatangkan masalah dalam menyempurnakan tannggungjawab yang menjadi tugasnya yang menjawab sesuatu jawatan.
Yang pasti, rata-rata Perdana Menteri Thailand dilantik dari kalangan tokoh yang berkehendakkan jawatan sehingga berlakunya rampasan kuasa untuk dapatlan jawatan sehinggakan rampasan kuasa dan penggulingan peneraju utama pemerintahan Thailand bukan seperkara yang luar bisa bagi negara berkenaan.
Apa yang berlaku di Thailand jelas membuktikan bahawa sunnah Rasulullah s.a.w. teramat dan terseangat benar. Rakyat Malaysia patut mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Thailand, juga di Indonesia dan Fillipina supaya rekod hidup aman damai dan harmoni masyarakat majmuk di negara ini terus berkekalan.
Kalau ada kelemahan di sana sini dikesan ke atas peneraju utama negara, maka tegur, kritik dan berikanlah pandangan secara berhikmah supaya segala kelemahan dapat dibaiki, bukannya diberi tekanan demi tekanan kerana belum tentu jika diganti peneraju baru, kemampuannya akan mengatasi peneraju sedia ada.
Lantiklah Perdana Menteri dari langit pun untuk mana-mana negara, rasa tidak puashati tetap akan wujud kerana kalau sesebuah negara rakyatnya berjumlah 30 juta, maka rakyat akan memiliki 30 juta ragam dan cara berfikir.
Nabi sendiri yang maksum dan bapa bagi segala kebijksaan pun yang secara jelas adalah pesuruh Allah yang mencipta manunia serta alam ini masih menerima penentangan, apatah lagilah Perdana Menteri bagi sesebuah negara yang bukannya seorang nabi dan rasul dan mustahil dari ada salah silap dan kelemahan. Demikian juga dengan Perdana Menteri Malaysia. Apa-apa kelemahan akan menjadi tambah lemah kalau beliau diasak dengan pelbagai tekanan.
Yang kena diperakukan ialah dalam lemahnya beliau pada kacamata kita manusia yang sangat terbatas, pasti ada kekuatan dan keistimewaannya berbanding dengan lebih 28 juta rakyat Malaysia yang lain. Kerana itu beliau disurat dan ditakdirkan menjadi Perdana Menteri daripada lebih 28 juta rakyat. Penilaian Allah dengan kita manusia tidak akan seragam. Yang pasti penilaian Allah lebih maha sempurna.

2 comments:

Anonymous said...

Mananya YB Kelantan 2 orang yang kata nak melompat ke BN pada 1 Oktober?... dah insaf ker? Atau Auta ajer?

Anonymous said...

Bila pula Anwar jadi Perdana Menteri dan Pak Lah jadi ketua pembangkang.

16 September dah deklat nak berganti dengan 16 Oktober, berak besar Anwar belum jadi nyata.

Kalau YB Kelantan 20 orang yang dikatakan nak melompat hanya auta. mimpi 916 sejuta kali lebih auta.

Bole ke Meli catatkan nama 2 tok wakil yang dimaksudkan? Saya rasa antara orangnya adalah Brehim Ali.

Saya pun ada dengar khabar, seorang lagi tu di sebelah timur Sungai Kelantan manakala ADUN yang akan ikut Brehim Ali masuk Umno pula seorang daripada dalam kawasan Pasir Mas.

Betul ke Meli?