Pengunduran Pak Lah bermaruah
NILAI dan peri mustahaknya kesihatan tidak takan dirasakan sangat bagi seseorang tidak pernah sakit, nikmat kenyang tidak akan sama dengan nilai nikmat kenyang bagi mereka yang sentiasa terpaksa berlapar.
Demikian juga nilai keperdana-menterian, apatah lagi ketokohan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak diselami sekiranya beliau tidak mencipta rekod dengan mengumumkan tempoh persaraannya pada waktu jauh lebih awal dari waktu sepatutnya.
Justeru, walapun masih ada yang mempolitikan keputusan Pak Lah bersara pada bulan Mac tahun depan, malah ada lawan yang membuat ulasan kononnya kalau tidak ada salah kenapa mesti letak jawatan, seandainya beliau umumkan tidak akan berundur lagilah tokoh berkenaan mmanipulasikannya untuk burukkan Pak Lah, namun pada dasarnya semua pihak mula merasakan riak-riak akan 'kehilangan' ekoran pengumuman kebersaraan Pak Lah.
Pelbagai pihak mula melihat keperibadian sebenar Pak lah yang telah mencipta rekod tersendiri dengan mengumumkan kebersaraannya walaupun beliau masih lagi kuat dan berkudarat untuk meneruskan tugas di samping beliau sendiri secara tersirat pada hemat dan firasat saya merasakan beliau masih berkemampuan untuk menerajui kepimpinan negara sehingga tahun 2010 atau lebih lama dari itu lagi.
Tetapi oleh kerana ekoran dari desakan pihak pembangkang yang melihat betapa sukarnya mereka untuk menggugat keutuhan Umno/BN dibawah penerajuan Pak Lah, maka beliau yang banyak menerima tikaman belakang bukan sahaja daripada parti-parti kompoen BN tetapi juga dari dalam Umno sendiri, telah mengambil keputusan pada waktu yang tidak sepatutnya beliau berundur demi kerana maruah dan harga diri.
Hakikatnya tikaman dari lawan walaupun sakit dan menyiksakan pastinya masih mampu dan masih ada kesanggupan untuk menahan dan menanggugnya tetapi siapa boleh tahan kalau tikaman demi tikaman diterima dari dalam parti sendiri.
Hanya muka yang tidak reti malu dan spesis manusia yang tidak ada maruah dan harga diri sahaja boleh babilkan diri untuk mengunci diri pada kerusi yang dari dalam parti sendiri mahukan kerusi berkenaan dikosongkan dan yang bertakhta di atas dinyahkan.
Bagi saya pengunduran Pak Lah bukan kerana mengalah atau bersifat panglima perang yang lari meninggalkan medan perang tetapi pengunduruannya adalah demi maruah dan harga diri.
Saya yakin nantinya pengundurannya akan menjadi suatu saat yang akan ditangisi dan dikesali, termasuk di kalangan mereka yang sebelumnya melihat tersandar dan terpacaknya Pak Lah pada kerusi Perdana Menteri dengan penuh rasa benci dan sangsi.
Pak Lah hanya memenuhi kehendak dalaman parti sendiri di samping parti-parti komponen yang terpedaya dengan jerangkap samar politik pembangkang supaya jangan kekal dalam keadaan hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong.
Kepada saya apa yang Pak Lah lakukan tidak akan dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri pun yang berkepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan kroni, malah apa yang Pak Lah lakukan adalah merupakan satu catatan rekod peribadi yang mungkin tidak akan berulang pada masa-masa akan datang.
Saya yakin walaupun dengan kebersaraannya Pak Lah maka beliaulah yang akan menaiki takhta Perdana Menteri dari kedudukannya sekarang sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun Datuk Seri Najib tidak akan merasa sangat dan teramat gembira terlibat dalam peralihan kuasa yang disegerakan lebih awal dari waktu yang sepatutnya.
Keterbukaan Pak Lah menjadi Datuk Seri Najib juga cukup terbuka dan usaha-usaha untuk mewujudkan pertembungan dan krisis di antara keduanya tidak pernah berhasil dan hanya pada kali ini, menggunakan teknik supaya Pak Lah segera bersara telah membuahkan hasil.
Teknik yang digunakan sama dengan teknik yang pernah digunakan bagi merungkai dan merombak simpulan pakatan penuh serasi Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat - Dato' haji Abdul Halim selaku Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mana padahnya Kelantan mencipta rekod membentuk kerjaan dengan hanya lebihan satu kerusi dan satu kerusi itu pula hanya bermajoritikan dua undi sahaja.
Yang pasti Dato' Seri Najib sebagai pengganti Pak Lah akan diserang dan diganyang dari pelbagai sudut oleh pembangkang yang melihat bahawa bila Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, maka itulah masa yang paling sesuai dan paling cerah untuk kerajaan Umno/BN ditumbangkan
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment