Saya tidak pernah mohon jadi ahli mana-mana parti politik
"Kawe nak tumpang tanya demo sikit Cik meli. Demo yang pernah aktif PAS dalam tahun 60an, 70an dan 80an dulu. Selepas PAS kalah tahun 1978, demo dang masuk UMNO ko?. Sebabnya apa pada pilihanraya umum 1995, Orang Tino demo (penghulu Kak Lah sekarang) membuat pengumuman lompat masuk PAS dari Semangat 46. (Biasanya orang AS46 majoritas UMNO)Majlis ini dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz dan bekas orang kuat UMNO Kedah, bertempat di Padang Jalan Hamzah. Tapak KB looni" - petikan paragraf paling hujung komen yang dihantar oleh HAMBAH ALAH sebagai respon terhadap posting MUNCUL KEMBALI (89) dalam blog saya. (Bahan yang sama tersiar di Sabahdaily)
Untuk mengelak dari sebarang kekeliruan, rasanya saya perlu membuat penjelasan seperti berikut;
Sebenarnya saya tidak pernah masuk mana-mana parti. Saya cuma menyokong sahaja. Tahun 1973 saya dah mula menceburi bidang penulisan sebagai penyumbang/pemberita bebas. Saya pernah jadi Setiausaha JKKK (Umno) tetapi saya tidak masuk Umno semasa saya masih berada di kampung saya dulu. Waktu itu orang Umno kampung saya hanya ada dua keluarga sahaja walaupun Kelantan diperintah oleh Umno/BN.
Tahun 1982 saya berhijrah ke Tanah Merah kerana membuka syarikat penerbitan di samping mengusahakan kilang ketam kayu (buat lurah papan dinding). Kilang disewa di samping saya terus menulis, kerja yang saya mulakan sewaktu di kampung lagi setelah menerima ilmu asas menulis/mengarang dari Dato' Haji Muhammad Nasir (kini Allahyarham - bekas Menteri Bear Kelantan dan juga bekas Menteri Tak Berportfolio Jabatan Perdana Menteri).
Pada tahun yang sama saya diajak oleh Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) menjadi stringer agensi berita berkenaan. Dalam borang perjawatan kena diisi nama parti politik yang dianggotai di samping maklumat-maklumat lain. Saya tulis PAS sebagai parti yang dianggitai walaupun saya bukan jadi ahli Pas pun. Saya juga tidak jadi ahli Umno.
Kerana pengisian borang itu menyebabkan sayalah yang diutamakan membuat liputan untuk program Pas untuk BERNAMA. Macam mana pun Haji Hussein Mahmood (kini Allahyarham) yang ketika itu Ahli Parlimen Tanah Merah dan Setaiusaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam sering ambil saya di rumah (di Taman Adabi Tanah merah) untuk membuat liputan program-programnya bila balik ke Tanah Merah.
Tahun 1984 saya berpindah ke Kota Bharu kerana diminta bertugas dengan Harian Nasional terbitan Khaled Jeffri. Dalam borang perjawatan untuk ruangan parti politik yang dianggotai, sekali lagi saya tulis PAS. Bila berhijrah ke KB perniagaan saya di Tanah Merah ditutup.
Macam mana pun Harian Nasional telah ditutup selepas saya sempat bekerjama selama 6 bulan. Saya kembali menyertai BERNAMA hingga tahun 1990 di Kota Bharu. Saya banyak ditugaskan buat liputan Pas. Barangkali kerana saya bersekolah agama dan berguru politik dan penulisan dengan Dato' Haji Muhammad Nasir, maka saya lebih condong kepada Pas bila bercakap tentang parti politik tetapi saya tidak berminat berparti politik.
Kebetulan pula sama ada keluarga sebelah ayah saya (titih Tok Padang Jelapang + Lebai Akil, ada bau-bau bacang dengan Tok Wali Hassan) mahu pun keluarga sebelah ibu saya, merupakan orang Pas, maka minat saya lebih condong kepada Pas berbanding Umno.
Mungkin kerana saya sebagai pengamal media yang menterpaksakan saya bergaul dengan pelabagi pihak termasuk dengan pimpinan pelbagai parti politik, menjadikan saya tidak fanatik dalam berpolitik. Sebenarnya saya sendiri tidak pernah mengundi kecuali pada pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini. Tidak mengundi adalah perkara lazim bagi pengamal media.
Bini saya juga bukan orang parti politik asalnya. Dia suri rumah sepenuh masa. Tetapi ketika S46 lahir dan cawangan-cawangan diwujudkan, entah macam mana namanya tersenarai didaftarkan sebagai ahli S46. Kebetulan bini saya bekas juara syarahan dan tafsir al-Quran peringkat sekolah-sekolah menengah Malaysia, maka dia boleh bersyarah dengan agak baik.
Sementelahan saya pula bekerja sebagai wartawan, setiap hari dua akhbar berbahasa Melayu dibeli dan tidak kurang dari 10 judul majalah dilanggani setiap bulan. Dia yang banyak membaca kerana tidak ada banyak kerja yang dia kena buat selain dari menguruskan rumahtangga.
Anak-anak pula masih kecil ketika itu. Saya jarang ada di rumah kerana tugas yang tidak tentu masa. Siang hari buat liputan am, malam buat liputan bola. Bilangan tenaga kerja waktu itu kecil. Teman paling rapat bini saya ketika itu adalah akhbar dan majalah. Kerana itu beliau banyak maklumat macam saya juga yang bekerja dalam bidang yang kena sentiasa bermaklumat.
Ketika mesyuarat cawangan S46, dia diberi peluang berucap dan dari situlah akhirnya orang S46, khususnya Hajjah Illani Dato' Ishak membawanya ke mana-mana untuk bersyarah. Hajjah Illani yang berikan dia point, dia yang syarah. Saya tidak pernah mendorong dia menyertai S46, malah saya ada nasihatkan agar beliau tidak aktif supaya anak-anak tidak terabai.
Apabila saya menyertai Harian Watan sebagai Ketua Biro, bini saya turut dilonjakkan ke jawatan yang lebih tinggi dalam kepimpinan S46 Kota Bharu dan Negeri Kelantan. Mungkin orang S46 mahu ambil kesempatan agar saya yang mengetuai Harian Watan di Kelantan memberi liputan istimewa kepada S46 kerana bini saya adalah antara aktivitisnya.
Macam mana pun saya cuba mengelak dari menyalahgunakan kuasa saya, malah apabila bini saya minta tolong hantarkan dia ke program-progam S46 pun saya tidak pernah menghantarnya atas alasan saya mahu berkecuali dan tidak mahu berpihak kepada mana-mana parti politik.
Saya juga ramalkan bahawa S46 tidak akan kekal lama. Kerana ramalan saya itu ramai pimpinan dan orang S46 memarahi saya. Seorang pimpinan wanita S46 berketuruan raja pernah maki saya kerana saya dianggap anti S46, lebih-lebih lagi apabila S46 pecah kongsi dengan Pas.
Bila S46 dibubarkan dan Hajah Illani masuk Umno, bini saya diajak masuk sama. Setiausaha Akhbar Annuar Musa ketika itu (sahabat baik saya) pun ada datang ke rumah, ajak bini saya masuk Umno, malah meminta keizinan saya agar membenarkan bini saya masuk Umno kerana kononnya kebolehannya bercemarah adalah suatu aset yang sangat penting.
Ketika itu saya sudah pun bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan atas jemputan dan saya yang berhenti dari Harian Watan kerana enggan ditukar ke ibupoejabat di Kuala Lumpur sedang mengusahakan penerbitan majalah bulanan sendiri dan juga penerbitan buku-bu pro Pas. Saya juga menjadi editor perundi majalah Al-Fununiah terbitan Pusat Pengajian Pondok Tunujung. Kerana bebanan tugas diurusetia agak berat, perniagaan saya sekali lagi ditutup.
Macam mana pun saya tidak beri kata putus kepada permintaan Setiausaha Akhbar Annuar Musa itu dengan alasan saya tidak minat berparti politik dan hanya mahu berpolitik sahaja. Walaupun bekerja dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Pas Kelantan, saya bukan ahli Pas pun. Saya rasa saya dijemput bertugas pun kerana pengalaman saya dalam bidang media, bukannya kerana keahlian politik atau pun kerana saya banyak tulis, terbit dan edar buku pro Pas dan kepimpian Tok Guru Nik Aziz. Lagi pun tugas saya diurusetia adalah berkaitan dengan karang mengarang, buat buletin dan buku.
Bila bini saya tanya saya parti mana yang patut dia sertai antara Pas dengan Umno, saya kata kalau mahukan kebendaan masuk Umno, setidak-tidaknya akan diberi jawatan sebagai kakitangan KEMAS. Kalau mahukan parti yang Islamik sifatnya, masuk Pas tapi jangan harapkan apa-apa faedah. Yang paling moleknya tak payah masuk parti mana-mana, duduk di rumah dan jaga anak.
Kerana masalah kepimpinan cawangan Pas yang bakal ditubuhkan yakni cawangan Seni Budaya, akhirnya beliau meminta keizinan saya untuk sertai Pas. Pada mulanya saya diminta jadi ketua cawangan tetapi saya menolak atas alasan saya tidak mahu berparti politik, malah kalau boleh nama saya jangan didaftarkan. Walaupun mesyuarat cawangan diadakan di tingkat bawah rumah saya, namun saya tak pernah ikut serta.
Mahu tidak mahu ketua cawangan diberikan kepada jiran terdekat, pun begitu tugas-tugas penting cawangan, bini sayalah yang laksanakan sehinggakan Haji Abdul Fatah Haron tersalah sangka dan menganggap bini saya adalah wanita pertama yang jadi ketua cawangan Pas di negara ini. Sebenarnya bni saya hanya ketua wanita cawangan, bukan ketua cawangan.
Pun begitu saya peringatkan dia (bini saya) supaya jangan cuba mencari sebarang kepentingan apabila menyertai Pas kerana untuk jadi orang Pas kena banyak berkorban. S46 dengan Pas jauh berbeza. Kerana itu walaupun dari segi kelulusan dan kemampuan bekerjanya sama layak kalaupun tidak lebih layak dari penjawat-penjawat jawatan politik dalam kerjaaan Pas, namun dia tidak pernah minta diberikan kerja. Apa-apa hal pun selain saya minta dia rujuk tafsiran al-Quran, saya galakan dia semak Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II, III dan IV serta Terjemahan Hadis Sahih Bukhari Jilid I, II, III dan IV supa tidak terlalu fanatik dalam berpolitik dan pemujaan ketokohan.
Ada yang meminta pandangan saya dengan cadangan supaya bini saya dilantik ke jawatan unit penerangan di Urusetia Penerangan tetapi saya membantahnya. Saya tegaskan kalau dirasakan bini saya perlu dilantik, maknanya saya terpaksa berhenti. Elaun sebagai petugas di Urusetia Penerangan bukannya merupakan punca rezeki utama saya kerana kemahiran menulis/mengarangkan membolehkan saya memperolehi pendapatan yang boleh dikatakan lumayan hasil dari penghasilan karya kreatif dan non-kreatif.
Saya tidak mahu laki bini kerja di pejabat yang sama walaupun unitmya berbeza, seolah-olah tak ada orang lain yang ada kemampuan dalam Pas. Mungkin kerana ketika itu dirasakan unit saya masih memerlukan saya, maka bini saya tidak dilantik dan saya meneruskan tugas seperti biasa selepas sengaja tidak hadirkan diri agak lama juga ke pejabat.
Bila kontrak saya tidak disambung di urusestian kerana mungkin saya banyak menulis perkara-perkara yang tidak melabakan Pas untuk jangkan pendek dan betulan pula diwujudkan jawatan penghulu wanita, barulah bini saya dilantik sebagai salah seorang penghulu yang disandangnya hingga kini.
Sebenarnya saya agak terkejut apabila saya pun ada sijil keahlian Pas cawangan Seni Budaya. Rupanya nama saya turut diisi sebagai ahli. Macam mana pun saya tetap tidak hadirkan diri dalam mesyuarat cawangan kerana bagi saya parti politik bukan dunia saya.
Lebih memeranjatkan lagi apabila saya juga berdaftar sebagai ahli Umno Jalan Hamzah Lama. Itu pun bila ada yang berikan nombor keahlian saya melalui blog saya. Suatu ketika, ketika S46 baru dibubarkan, saya ada terima surat jemputan mesyuarat Umno cawangan Kijang Kencana dan saya dijemput atas jawatan Ketua Penerangan Cawangan.
Kebetulan saya kenal ketua cawangannya yang merupakan bekas pegawai bank dan bila saya tanya macam mana nama saya boleh terdaftar, dia kata dia yang daftar untuk cukupkan bilangan ahli. Bila saya jelaskan bahawa saya tidak berminat berparti politik dan minta nama saya digugurkan, selepas itu tidak ada surat jemputan mesyuarat lagi dihantar kepada saya.
Itulah natijahnya: saya tidak pernah memohon menjadi ahli mana-mana parti politik, setidak-tidaknya pada waktu ini. Kalau ekonomi saya benar-benar kukuh dan kalau saya jadi ahli parti pun nanti parti tidak akan terbeban kerana saya, barulah saya akan jadi ahli parti politik yang aktif.
Keahlian Pas saya sekarang adalah kerana bini saya yang daftarkan kerana dia tahu saya banyak bela Pas. Keahlian Umno saya pula dilakukan tanpa dimaklum dan tanpa mendapatkan keizinan saya. Bini saya pula hanya pernah jadi ahli S46 sebelum sertai Pas. Dia tak pernah jadi ahli parti politik lain selain dari S46 dan Pas.
Bini saya juga tahu simpanan wang hasil dari titik peluh saya sebagai pengamal media sejak tahun 1973 yang jumlahnya hampir ratusan ribu jumlahnya habis digunakan bagi pembiayaan penerbitan buku-buku menjulang Pas dan era kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Saya berhenti menerbit apabila wang untuk membiayai penerbitan sudah tidak ada lagi. Rumah yang kami dapat di Taman Kurnia Jaya Pengkalan Chepa pun terpaksa ditolak kerana wang untuk bayar mukanya habis digunakan untuk menerbit.
Baru sekarang saya kembali menerbit semula dengan harapan pembiayaan penerbitan secara komersial yang saya lakulan sekarang tidak akan menjadi umpama garam di curah ke laut. Dulu saya terbit lebih kepada tujuan kebajikan kerana ketika itu Pas kekurangan saluran maklumat. Sekarang Pas sudah limpah dengan maklumat, maka saya kini tumpu kepada penerbitan komersial untuk menyediakan masa depan untuk anak dan cucu cicit saya.
Saya pula walaupun sepayah mana pun dan setinggi mana pun risiko yang terpaksa dihadapi, saya kena juga teruskan kerjaya menerbit kerana saya hanya berpengalaman dalam bidang ini dan tidak reti buat kerja lain. Perkembangan perniagaan penerbitan saya agak lambat berkembang kerana masalah modal yang terhad. Dalam tempoh sebulan dua ini barulah ada dua bank yang datang tawarkan pinjaman mudah dengan intrest rendah.
Insyallah kalau permohonan pinjaman berjumlah RM500,000 (Ringgit: Lima Ratus Ribu Sahaja diluluskan) kesemua sembilan permit majalah bulanan dan akhbar mingguan yang saya ada akan dapat diterbitkan di samping pelan terbit sejudul buku sebulan akan digerakan sebagaimana yang dijadualkan.
Jika apa yang rangka dan dikerangkakan menjadi kenyataan, paling penting jumlah pembiayaannya membolehkan saya bergerak, sekurangnya-kurangnya 100 hingga 150 orang akan berpeluang mendapat pekerjaan manakala ribuan lagi akan dapat peluang mendapat punca rezeki sebagai pengedar dan peruncit bagi akhbar mingguan, majalah bulan dan buku yang saya terbitkan melalui empat buah syarikat saya. Malah saya akan cuba mohon lebih banyak lagi permit dari Kemnenterian Dalam Negeri (KDN).
Doakanlah kejayaan saya. Semakin cepat saya ada kemampuan dan bila saya aktif berparti politik nanti parti politik yang saya sertai secara aktif itu terjamin tidak akan terbeban kerana saya, sebaliknya saya pula yang akan ada kemampuan untuk meringankan bebanan parti politik yang disertai, maka akan semakin cepatlah saya akan sertai parti politik secara aktif, Insyaallah!
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
ada kerja kosong ? hehe
saya tahu penulis adalah pencetus semangat kesedaran.
bergantung apa yang ditulisnya.
cadangan saya abe ramly buat majalah mingguan paparkan tulisan blogger umno dan pas dan pkr.
pasti top! dan masukkan juga blog saya hehehe.
salam aidilfitri
Molek jugok tu jange masuk mana2 parti..kalu kito sokong satu parti bila pemimpin buat onar..kita jadi serba salah..nak tegur pemimpin kito dan akan jadi taksub. Memang doh pemimpin UMNO banyak sangat peel perangai..tak dok sapo nak tegor..PAS pon doh mulo naik toncang..molek la kito yg buke ahli buat tegoran..ahli PAS dah jadi taksub sgt..semua betol belako..Nok buat guano....
kalau semua orang bersikap macam Encik Ramli negara ini akan sentiasa aman.
Jarang ada yang nak tunggu senang, tunggu tidak akan susahkan parti dan boleh bantu parti baru nak jadi ahli politik.
Yang banyak masuk parti nak balak, nak jawatan itu dan ini. Yang ikhlas berjuang teus terpinggir. Apa jadi dengan Bunyamin dan anak-anaknya? Apa jadi dengan anak-anak Dato' Haji Muhammad Nasir dan apa jadi dengan orang lama Pas?
Terima kasih di atas penjelasan Cik Meli.
Kesimpulannya demo 2 kali berlawok. Demo kata ahli PAS masa isi borang nak joint wartawan dengan Bernama dan Watan. Padahal demo tidak jadi ahli PAS ??
Untung jugok demo belawok.
Biasanya orang akan isi borang nak minta kerja tulis keahlian politik "Umno'. tapi demo terbalik kok.
Berhubong dengan orang rumah demo (Tok Penghulu Kak Lah) nampak dia kerja kuat. Kalau dia uzor atau berundur kekok juga Anuar Tan nak bergerak di DUn Kota Lama.
Kawe doakan perniagaan dan usaha demo berjaya. Moga-moga kawe boleh gi tumpang cari make dengan demo suatu masa akan datang.
Demo kata Meli belawok...isi borang kerja kata ahli Pas walhal Meli bukan ahli Pas...pah tu nak tumpang kerja dengan Meli. Takut belawok Meli tu jjakit ke demo ko?
Bealwok-belawok Meli pun dia buat kerja, kawe pun ada buku-buku hok dia tulis dan terbit julang Pas dan kepimpinan Nik Aziz.
Demo hok tak belawok banyak mana tulung Pas. Kalu kawe malu nak tunggu orang senang baru nak tupe, maso susah tak ambik kisoh. Demo baso jenis tok kkoran.
Worih kawe ada hak Meli ambil jadi sidang editoral Masilatul-Ummah, khabarnya akan mulakan tugas pada November ni. Kawe tak kecek Meli suruh ambik worih kawe...Meli pun kawe yakin tak can hok mano so kawe.
Demo kata Meli belawok...isi borang kerja kata ahli Pas walhal Meli bukan ahli Pas...pah tu nak tumpang kerja dengan Meli. Tak takut belawok Meli tu jjakit ke demo ko?
Bealwok-belawok Meli pun dia buat kerja, kawe pun ada buku-buku hok dia tulis dan terbit julang Pas dan kepimpinan Nik Aziz.
Demo hok tak belawok banyak mana tulung Pas. Kalu kawe, malu nak tunggu orang senang baru nak tupe, maso susah tak ambik kisoh. Demo ni baso jenis tok lebai kkoran bokali.
Worih kawe ada hak Meli ambil jadi sidang editoral majalah dua kali sebulan Masilatul-Ummah, khabarnya akan mulakan tugas pada November ni. Kawe tak kecek Meli suruh ambik worih kawe...Meli pun kawe yakin tak can hok mano so kawe. - MAAF KENA HANTAR SEMULA, TADI TAK BERAPA BETUL EJA DAN AYAT TERGANTUNG.
SALAM UNTUK FAKEH ALIMALBARI. MACAM CIK LI GUNA BLOG DEMO UNTUK JAWAB BUDAK NI.
Ambo tulis meli Belawok bab isi borang nak minta kerja. Memang disebut oleh Meli dalam artikelnya.
Demo kena faham Belawok (bab isi borang) dengan Meli terbit buku Julang Nik Aziz dan PAS dua benda berbeza. Belawok Meli (bab isi borang katan Ahli PAS) demo tidak nafikan.
Dalam bab ahli PAS kawe tak belawok. Kawe ahli no 28****. Ada jawatan dalam PAS di Peringkat Cawangan dan Kawasan. Sumbanga kawe kepada PAS tertakluk kepada arahaan pimpinan PAS, baik Kawasan, negeri atau Pusat.
Semeta ada worih dia kijo dengan meli, kecek lebih pada budak PKR Perak hok nama ZUL 'Zina sedekah'. teh nampaknya.
Saja kawe sebut nak kerja dengan Meli, sebagai ayat penamat selepas tanya Meli. Kawe dah ada 2 company sendiri. Demo gi gatal mulut, apa nama kijo??. Tu baru worih kerja dengan Meli. Kalau diri sendiri tak tau laa lagu mana?
Apa kha bar En. Ramli.
Saya nasuhatkan penjenguk blog jangan bergaduh disini. Muka pasti tak lebam. Layan nafsu sikit.
naampak keturunan fakeh ali malbari, Jelasin dengan Hamba Allah ni tak dok fasal-fasal dok bedebat dalam ni.
Kepada Keturunan fakeh. Sila baca betul betul apa yang hamba allah sebut tu.
Barulah kepala tidak pusing sangat. Biskut raya dah habis ke.. atau celing dah pecah, muflis lepas raya.
Bakpo Meli tak komen balas komen-komen yang dihantar macam blog dia hok dulu?
Agaknya Meli sibuk bedo'oh. Baru secara tak langsung kawe ada dengar Meli mengeluh atas beranda masid Kampung Sireh tempat dulunya kawe tengok dia sering baca al-Quran bahawa dia mungkin ada untung dalam perniagaan tetapi rugi besar kerana tidak dapat rileks di beranda masjid, tengok mendung berarak dan burung terbang.
Dia kata ke benerapa orang hak kelilingnya yang tertarik dengan kecomelan baju bertulisan Mingguan Wasilah yang dipakainya bahawa dalam usia sekarang pitih-mas tak berapa ada nilai mana tetapi ketangan fikiran dan perasaan paling berharga.
Jemaah Masjid Kampung Sireh memang kenal Meli sebagai seorang yang pemurah. Minta apa derma darinya pasti tidak akan bersisa.
Kawe rasa Meli pun tak berapa suka kalau penjenguk blognya dok berbalah.
Tolong gat muncul Meli!
Post a Comment