Sunday, October 12, 2008

MUNCUL KEMBALI (99)

Penubuhan Tabung Azan patut menerima sokongan padu


WALAUPUN yang lancarkan Tabung Azan adalah Umno Bahagian Cheras bersama Utusan Malaysia bagi memperjuangkan kebebasan melaungkan azan di masjid dan surau di negara ini, namun pada saya semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik dan taraf kedudukannya kena memberi sokongan padu bagi memastikan kejayaannya.
Dengan jumlah penerimaan sumbangan serta merta berjumlah RM32,000 boleh dianggap besar dan merupakan suatu kejayaan yang membanggakan pada hari pelancarannya, sepatutnya tabung tersebut menerima sumbangan yang lebih besar lagi.
Ini adalah kerana memandangkan majoriti kira-kira 28 juta rakyat negara ini adalah beragama Islam, seandainya setip hanya orang menyumbangkan RM1 bagi diri sendiri serta masing-masing disumbang RM1 bagi isteri dan anak-anak serta anak yang masih dalam kandungan ibu untuk melabur dan membeli pahala itu, pasti jumlahnya akan mencecah angka RMRM14 juta.
Saya yakin kalau umat Islam negara ini benar-benar tulen keislaman masing-masing serta bukan sahaja beriman tetapi juga bertaqwa, jumlah Tabung Azan yang dilancarkan itu pasti akan meningkat kepada RM140 juta, malah tidak mustahil boleh mencapai angka RM14 bilion dalam jangka masa sesingkat mungkin.
Mungkin di kalangan maha pandai agama yang ada kepentingan politik, langkah pelancaran Tabung Azan akan dilihat dan dinilai dari sudut negatif melebihi sudut positifnya semata-mata kerana yang memulakannya adalah sebuah Umno bahagian dengan kerjasama akhbar yang dianggap membayangi Umno.
Antaranya sebagai hujah lazim ialah langkah itu akan dianggap 'terbalik kot' sifatnya dengan dianggap amalan sunat diutama atau didahulukan berbanding dengan amalan-amalan wajib yang patut lebih diutama dan didahulukan.
Amalan wajib yang perlu diutama dan didahulukan bagi maha pandai agama yang berkepentingan politik ialah pertukaran kerajaan yang kononnya skular kepada kerajaan Islamik yakni kerajaan yang ditubuhkan oleh parti yang mereka dukung, sokong dan terajui
Tapi persoalannya kenapa bila azan dilarang dikumandangkan pada sesuatu kawasan di sebuah negara merdeka dan beragama-rasmikan agama Islam dengan majoriti penduduknya pula bergama Islam, tidak ada pun usaha dibuat untuk menentangnya demi kedaulatan dan maruah Islam, termasuk tidak ada pun inisiatif yang dibuat oleh akhbar-ahkar pro parti politik yang dikatakan Islamik.
Betul azan hanya amalan sunat tetapi ianya adalah sunat yang dituntut kerana ayat-ayat dalam azan itu sendiri mengandungi seruan agar mengaku kebesaran Allah, memperakukan keesaan Allah, memperakuan kerasulan nabi, menyeru umat Islam bersembahyang dan menyeru umat Islam mencapai kejayaan, yakni kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Apa yang diserukan dalam azan adalah merupakan keperluan-keperluan yang kena sentiasa ada dalam kepala, dalam hati dan dalam dada umat manusia supaya berkenan kepada Islam mana yang sudah Islam pula kualiti iman dan taqwa merekla akan sentiasa meningkat.
Dalam azan Subuh pula ditambah dengan serangkai seruan yang memperingatkan bahawa sembahyang lebih baik dari tidur. Lagi pula seruan azan merupakan kerja ahli syurga dan pelopor kepada laungan azan itu adalah Bilal Ibnu Rabbah yang semasa hayatnya lagi sudah dimakluminya bahawa dia adalah antara ahli syurga.
Soal melarang laungan azan dikemuandangkan jangan sekali-sekali dipandang remeh kerana sejarah telah dicatatkan oleh umat Islam Turki yang mengalami kemerotan dan keruncingan kualiti iman dan taqwa kerana tindakan Kamal Atartuk selaku pemerintah melarang azan dikemundangkan, kecuali jika dikumandangkan dalam bahasa pertuturan tempatan.
Kepada saya tidak kira apa pun fahaman politik umat Islam negara ini, walaupun Tabung Azan dilancarkan oleh sebuah bahagian parti politik dengan kerjsama akhbar yang kononnya dibayangi oleh parti politik tertentu, ianya adalah suatu langkah dan tindakan Islamik tulen dan perlu diberi sokongan dan umat Islam kena berebut -berebut untuk mempercepatkan jumlah tabungannya mencecah ratusan juta, ribuan juta, malah berlaksa-laksa.
Apabila tabung itu mempunyai kewangan yang kukuh secara tidak langsung ianya dapat membantu meningkatkan pencapaian ekonomi umat islam dengan mewujudkan pinjaman mudah untuk para peniaga muslim yang kemudiannya akan membuka peluang pekerjaan atau membantu peniaga muslim yang lain membina empayar perniagaan.
Kekuatan ekonomi umat Islam yang dipasak-paksikan oleh keutuhan iman dan taqwa akan menjadi umat Islam kuat. Bila umat Islam, maka suara dan kuasa umat Islam akan menjadi kuat dan hebat, tidak akan ada yang berani memperkotak-katikaknnya.

No comments: