kalau mahu didaulatkan
Penggunaan Bahasa Melayu kena diwajibkan tanpa kompromi
WALAUPUN pengaruh dan kuasa Kamarulzaman Shaharuddin atas nama Timbalan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) tidak sebesar pengaruh orang politik, namun saranan beliau supaya majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bagi memertabatkan bahasa Kebangsaan tidak patut dipandang rendah.
Ini adalah kerana bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan suku kaum patut membanggainya supaya nilai dan kualiti kewarganegaraan tidak akan tercalar dan terjejas.
Para pemimpin khususnya dan sekalian rakyat amnya kena merasa bangga bercakap dalam bahasa Melayu termasuk diforum-forum antarabangsa yang mana pihak penganjur lazimnya akan menyediakan penterjemah untuk menterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa yang mudah diifahami oleh para delegasi dari pelbagai negara tentang apa yang diuacapkan oleh tokoh-tokoh tertentu..
Bagi saya bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan kalau pemimpin bukan Melayu dan juga kaum bukan Melayu semacam lupa bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara apabila para pemimpin Melayu pun seringkali bercakap dalam bahasa Inggeris pada majlis-majlis yang diadakan di negara sendiri dan ianya disiarkan pula di kaca tv.
Penguasaan banyak bahasa patut digalakan kerana orang yang menguasai dua bahasa akan lebih berpengetahuan berilmu dari orang yang hanya menguasai satu bahasa. Macam mana pun ianya biarlah dalam bentuk individu manakala bagi bentuk kenegaraan, apatah lagi bagi urusan rasmi, keutamaan mestilah diberikan kepada penggunaan bahasa Melayu.
Mewajibkan matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bagi saya adalah suatu penghinaan kepada bahasa rasmi negara yang mana kalau tidak segera dibendung akhirnya rakyat negara ini akan mengalami nasib yang sama dengan apa pernah dialami oleh orang Melayu yang tidak boleh baca jawi kerana gara-gara pemindaan dasar pelajaran.
Kalau bahasa Inggeris dikatakan cukup hebat untuk tujuan keilmuan, ekonomi dan hubungan antarabangsa, macam mana kalangan yang boleh dikatakan berak-kencing dan bersin-batuknya pun dalam bahasa Inggeris boleh runtuhan ekonomi sehingga dunia kini diancam masalah ekonomi kronik.
Orang di kawasan sempadan dengan Thailang sama di Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah pasti berpeluang menonton sebilangan besar rangkaian tv Thailand. Dalam banyak-banyak stesen tv, hanya ada satu saluran sahaja menggunakan bahasa Inggeris yang lain semuanya menggunakan bahasa Thai, malah Shah Rukh Khas pun bercakap Siam di kaca tv Siam.
Pergilah ke mana-mana pun ke negara Thai, termasuk ke Bangkok sebagai ibu negara, kalau disapa menggunakan bahasa Inggeris, orang Thai akan membalasnya dengan bahasa Siam. Di negara kita, kalau berada di pekan sikit, mualah bercakap bahasa mat saleh, apatah lagi bagi penghuni Kuala Lumpur sebagai ibu negara.
Kaca-kaca tv kita banyak menyiarkan gambar-gambar menggunakan bahasa Inggeris pada semua rangkaian walhal matlamatnya adalah untuk ditonton dan difahami oleh rakyat negara ini yang kena faham bahasa rasmi negara.
Yang peliknya siaran rancangan atau tayangan gambar dalam bahasa Arab, apatah lagi siaran khusus dalam bahasa berkenaan yang merupakan bahasa rasmi di akhirat jarang pula disiarkan, kecuali pada bulan Ramahdan dan pada waktu siaran yang tidak ada nilai komesial.
Persoalannya apakah kerana penggunaan bahasa Siam, maka rakyat Thai lebih mundur dari kita, lebih-lebih dalam bidang pertanian, penghasilan produk hiliran berasaskan sumber laut, barangan kraf, pelancongan dan sebagainya. Kena tepuk dada tanya selesa gocoh dahi tanyahati.
Pada saya hebat atau tidak hebatnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, terpulang kepada kita sendiri. Mana mungkin kita minta bahasa Melayu dijunjung dan dijulang kalau kita orang Melayu sendiri memijak ligannya.
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Berpolitik kebangsaan dangan politik perkauman dua perkara yang tentunya berbeza.
Kenapa bahasa Melayu masih tidak termartabat selayaknya dan masih dicabar bahasa-bahasa lain di negara ini?
Puncanya mentaliti rakyat mahupun pemimpin sendiri masih tak reti dan kelabu bahasanya.
Soal bahasa negara sepatutnya tidak boleh dikaitkan lagi dengan soal kaum. Noktah. Kewibawaan bahasa kebangsaan tidak boleh dicabar dan disaingi bahasa lain di negaranya sendiri.
Itu semoleknya. Bangsa Malaysia apanya kalau masih julang bahasa lain dan tidak mengutama dan memartabattinggikan bahasa Melayu.
Baik la tulis pasal cerita masalah PAS di Kelate, lagi menarik Li.
Jadikah Ibrahim Ali dan MP PKR Peringat apa nama tu akan masuk UMNO, Li?
yolo tuweh, maklumat terkini mamat butuk akan segera menikah lain. acu tulis dalam blog ni, kita bincang dan debat pass cerah. menarik
Post a Comment