Melayu mangsa retorik?
SAYA cukup bersetuju, malah setiap orang Melayu yang bangga menjadi Melayu kena bersetuju dengan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa politik Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaum yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersendakan oleh pihak lain yang hendak ambil kesempatan.
Pada saya, bukan hanya politik Melayu, tetapi semua cabang kepentingan Melayu kena diperkukuh dan diperkasakan kerana jika berlaku sebarang kelompangan, serpih, tembus dan tiris, apatah lagi kalau sampai pecah dan lebur mana-mana cabang atau ranting kepentingan Melayu, maka Melayu akan punah ranah.
Jika keadaan itu berlaku, Melayu tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan yang memanipulasikanemahannya sehingga Melayu ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina kerana sifir kehidupan ini pada hakikatnya penuh dengan persaingan.
Lagi pun orang tua-tua Melayu ada mempusakakan kata warisan yakni kayu bengkok adalah tempat kera meniti. Maknanya kalau Melayu lemah maka ia akan menjadi umpama kayu bengkok dan dengan sendirinya ia akan menjadi tempat kera meniti, yakni dalam kata lain tempat kera bersantai dan beriadah.
Orang Melayu pada semua peringkat kena memperakukan walaupun hakikatnya ia amat pahit dan perit, yakni yang melompang serta yang menyebabkan berlakunya ketembusan dan ketirisan kepada kepentingan Melayu di sana sini, termasuk dalam soal maruah dan harga diri Melayu, adalah orang Melayu sendiri.
Yang paling paling berperanan dan menyumbang kepada Melayu boleh dihina dan maruah Melayu dinjak-injak seperti sekarang adalah di kalangan pimpinan, ahli serta penyokong parti-parti politik Melayu yang rata-rata sangat rakus, kemaruk, pelahap dan ketagihkan pengaruh serta kuasa.
Kerana kemarukkan pengaruh dan kuasa, orang politik Melayu tidak segan silu menghidupkan sikap permusuhan, berpuak-puak, memaki hamun dan memperlekehkan sesama sendiri sehingga mereka menjadi lupa bahawa matlamat berpolitik adalah demi kepentingan agama, bangsa dan negara, bukannya untuk menyumbang kepada perpecahan dan suasana tidak selesa bangsa dan negara.
Dalam keberanian dan kehebatan Melayu dibanggai masyarakat antarabangsa, termasuk dalam keterlibatan wira-wiara negara dalam pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), malangnya dalam negara sendiri kehebatan Malayu semakin pupus dan lupus, antaranya kerana keperluan politik semasa yang jumud dan sempit.
Walau macam pun pada saya, masanya masih belum terlambat untuk Melayu membaiki keadaan dan yang mampu membaikinya pula adalah oran Melayu sendiri. Semua pihak, terutama parti-parti politik Melayu kena tulus dan telus untuk kembali kepada akal budi Melayu tanpa mengacau-ganggu atau menghadang pembinaan kehebatan kaum-kaum lain.
Menyekat kehebatan kaum-kaum lain untuk memudahkan pembinaan kembali kehebatan Melayu sebagai bangsa ketuanan bukanlah suatu langkah dan pendekatan yang bijak dan wajar kerana kalau pun hanya Melayu sahaja yang hebat manakala kaum-kaum lain tidak turut hebat sama, ianya tidak akan dapat membantu membentuk kehebatan bagi sebuah negara bermasyrakat majmuk seperti Malaysia.
Demikian juga halnya kalau kaum-kaum lain sahaja yang hebat sedangkan orang Mealyu tercorok, negara tidak akan menjadi cukup kuat dan hebat, sebaliknya negara akan terdedah kepada pelbagai kemungkinan buruk yang akhirnya akan menyebabkan semua kaum tidak akan hebat belaka.
Yang kena diusahakan adalah kehebatan bangsa Malaysia manakala Melayu sebagai bangsa ketuanan pula tidak boleh tenggelam dalam kehebatan bangsa Malaysia yang dibentuk kerana ketuanan Melayu bagi negara ini umpama laut yang masinnya secara resamnya tidak akan mampu dimaniskan dengan curahan berlori-lori gula ke laut.
Kepada saya, yang sedang mempersendakan, mempercemuh, menghina, menempelak dan menmpertikaikan serta menginjak-injak maruah Melayu sekarang adalah Melayu sendiri atau setidak-tidaknya orang Melayulah yang melompang, yang menyebabkan ketembusan dan ketirisan sehingga membuka peluang kepada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan memburukkan lagi keadaan Melayu.
Bagi tujuan memulihkan keadaan, maka segala cabang kepentingan Melayu kena dimuhasabahi teruutama aktivitis parti-parti politik Melayu kena berusaha keras memulihkan kembali kehebatan Melayu melalu kesepakatanm dan kerjasama atas nama Melayu. Ianya perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh, kena penuh kejujuran dan keikhlasan.
Kerja-kerja memperkukuhkan dan memperasakan Melayu tidak cukup hanya dengan beretori, malah pada umumnya Melayu menjadi Melayu seperti sekarang kerana menjadi mangsa retorik.
Monday, November 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
51 tahun kerajaan diperintah oleh UMNO sebagai tunjangnya tetapi 51 jugalah Melayu menjadi bangsa yang tercicir di negara ini! Porahhh Rais, cakap masa dah terantuk!
http://rp-semantan.blogspot.com
http://tokperan.blogspot.com
Kalau PR yang jadi kerajaan, Melayu tentu semakin parah. Perintah lima negeri yang belum tentu boleh selamat lebih dari satu penggal pun dah tunjuk karut marut, Melayu dah kena tunduk dan jilat jubur bukan Melayu.
Pasukan tentera patut bersiap sedia untuk ambil alih pemerintahan negara. Prgi jahanamlah dengan orang politik. Guna sistem pemerintahan khlaifah baru betul.
Bawah tentera senang, nampak kurang ajar, tembak!
Oiii Tak Minat parti politik ...
Kalau tak minat parti politik macam mana nak cakap tentang parti politik! Cakap saja pati santan kelapa! Itu saja yang layaknya. Umno memang teruk, 51 tahun perintah; Singapura kena jual! Pulau Batu Putih kena jual! Lagi berapa banyak bumi Melayu ini kena jual! Jangan bercakap bodoh!
LEE KAWE NI RAMLY SU AKHBAR MAT YAKOB MB DULU.
HARI TU JUMPA RAMLI UTUSAN... DIA DOK KL DAH
SALAM
ABERAMLY.WORDPRESS.COM
RAMLYOTAI.BLOGSPOT.COM
Post a Comment