Sunday, November 9, 2008

MUNCUL KEMBALI (115)

Pendeklamasian puisi tentang siksa kubur kepada pelajar patut diteruskan


ANAK bongsu saya yang baru belajar di darjah tiga mengalami perubahan sikap yang sangat ketara. Dari kemaruk menonton siri kartun yang disiarkan dikaca tv serta sering bertumas depan komputer bermain game, malah cukup susah nak diajak balik kampung pada hari minggu kerana sayang berpisah dengan ‘pollystation’nya, kini menjadi pengekor yang kemaruk ke masjid.
Dia juga mengingatkan supaya dikejutkan dari tidur untuk sama-sama ke masjid menunaikan sembahyang Subuh berjemaah. Kalau sesekali saya tidak ke masjid kerana sesuatu masalah dan saya sembahyang saja di rumah, anak saya tidak akan beralih dari sejadahnya apabila selesai sembahyang Maghrib sementara menunggu masuk waktu Isya’.
Doanya panjang, nampak semacam sedang bertafakkur. Bila ditanya isteri saya macam mana anak saya boleh berubah, dia hanya geleng kepala. Macam mana pun kami suami isteri cukup gembira dengan perubahan sikap anak bongsu kami yang diharap bila besar nanti akan menjadi seorang terpelajar yang tahfiz dan bertaqwa.
Saya hanya ketara tentang punca perubahannya apabila petikan gambar iringan pendeklamasian puisi tentang siksa kubur disiarkan dalam slot berita oleh sebuah stesen tv, anak bongsu saya lantas menjerit memberitahu bahawa gambar yang sama ditayangkan di dewan sekolahnya
Rupanya itu yang menjadi faktor perubahan sikapnya. Dari seorang anak yang agak degil dan tidak cepat ambil endah bila disuruh mandi, diajak sembahyang, disuruh mengaji Quran, disuruh makan, disuruh buat kerja sekolah atau diminta berhenti tonton tv atau bermain komputer mahu pun pollystation untuk tidur pada waktu sepatutnya, kini dia menjadi sebaliknya.

Bila ditanya apa yang didoakan, katanya minta dia, abah, mama, tokcik (datuk), mokwe (nenek), abang, kakak, sepupu dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup, yang telah mati mahu pun yang akan lahir tidak akan dikenakan siksa kubur, supaya lubang kubur menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.
Maknanya penayangan video/cd pendeklamasian puisi yang diiringkan dengan lakunan tentang siksa kubur yang kini diperdebatkan setelah ianya disiarkan melalui slot berita oleh sebuah stesen tv, secara tidak boleh merubah sikap anak-anak ke arah mendekatkan diri dengan amalan agama.
Ianya tentulah akan mengembirakan ibubapa yang mahukan anak-anak bukan sahaja berpelajaran tetapi juga beriman dan bertaqwa pada era pemikiran anak-anak terlalu mudah dipunahkan oleh pelbagai unsure, ketika era soal amalan agama kurang dititik-beratkan sekarang.
Lagi pun bukankah bila mahu melentur buluh kena bermula dari rebungnya lagi. Maknanya kalau mahu menyedarkan anak-anak tentang dosa pahala, tentang siksa yang akan ditanggung di alam kubur dan alam akhirat jika melakukan dosa, maka ketika mereka masih kanak-kanaklah masa yang sesuai untuk diinfomasikan kepada mereka tentang itu kerana agama pun mahukan anak-anak disuruh mula sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Jika masih juga tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun, disuruh pukul.
Soalnya berapa ramai ibubapa zaman sekarang ini yang pukul anak kerana tidak sembahyang atau yang malas mengaji Quran atau pun yang enggan ke kelas Fardhu Ain. Malah berapa orang ibubapa yang menganggap anak-anak akan rugi kalau menjadi warganegara yang tidak sembahyang, yang tidak kemaruk melakukan amalan-amalan agama. Sebaliknya ramai yang akan marah dan tekanan darah akan naik bila anak-anak mendapat markah di bawah target dalam ujian penggal atau dalam sesuatu peperiksaan.
Kalau nak dikatakan kerana ditakut dan digerunkan oleh penayangan gambar iringan dalam pita pendeklamsian puisi tentang siksa kubur boleh merosakan pemikiran dan menjejaskan tumpuan anak-anak dalam belajar, saya dapati hal sedemikian tidak berlaku bila anak saya sendiri dalam ujian akhir tahun ini telah mengalami lonjakan yang sangat ketara pencapaiannya dalam pelajaran.
Oleh itu pada saya, penyangan gambar lakunan tentang siksa kubur yang mengiringi pendeklamsian puisi mengenainya kepada pelajar sekolah rendah (malah kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti) patut diteruskan dan jangan ditarik balik.
Siksa kubur adalah suatu hakikat dan kepercayaan itu kena ditanam dalam kepala anak-anak kita supaya nanti mereka bukan sahaja akan dewasa sebagai seorang yang terpelajar tetapi juga yang akan kuat iman dan bertaqwa.
Macam mana pun kena dielakkan dari unsur-unsur paksaan. Misalnya murid yang tidak berminat atau bagi murid yang ibubapa masing-masing bimbang pemikiran anak mereka akan rosak jika dipertontonkan gambar lakunan tentang siksa kubur dan pembalasan di hari akhirat, mereka hendaklah dikecualikan dari menontonnya.
Yang jelas Islam bukan agama paksaan kepada yang bukan Islam tetapi dituntut kesengotian amalan berdasarkan kemampuan dan tahap ilmu yang dimiliki kepada yang telah sedia Islam.

5 comments:

Anonymous said...

1 Oktober dah lepas... 1 November pun dah lepas... tapi tak ada pun YB PAS dan PKR isytihar masuk UMNO....


Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!.... Apa ni Encik Meli Kapap Berjangak....

Kah! Kah! Kah! Kah! Kah...

Anonymous said...

Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!Kah!
Nuar Brehim pun belawok. Orang politik ni jenis bobok belako bokali. Tapi hak kata tok wakil lawan nak masuk Umno tu ada sungguh. Kawe pun tau...tunggu masa jah lagi nak umum. Bakpo Meli tak royat teru nama tok wakil tu? Bokali Cik Meli akur pada etika.

Anonymous said...

Ahli parlimen hak nak masuk Umno sebenarnya Ibrahim Ali. Kalau tak percaya tanya Meli.Meli tau cuma dia tak tulis jah.
Hak sorang lagi tu pulak demo kok sebelah timur sungai Kelantan. ADUN-ADUN pula adalah mereka yang ada budi dengan Ibrahim Ali.
Toksoh gobalah, lambat bangat ada la perisytiharannya. Tak macam Nuar Brehim, tetap tarikh tepat, bila tak jadi kenyataan pakat-pakat dok buat begong dalam dewan pula.
Baso cis sengotinya!

Anonymous said...

2 AHLI PARLIMEN DI KELANTAN SERTAI UMNO

'Sulit bagi orang lain tetapi tidak lagi sulit bagi saya. Dua ahli parlimen akan sertai Umno dan perisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti" itu panggilan telefon yang saya terima.
Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini.
Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepda PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri.
Pemanggil itu mendakwa tidak ada sebarang tawaran harga, jawatan atau kecek dan pujuk rayu dari mana-mana pemimpin Umno negeri atau pusat yang menyebabkan mereka terdorong mahu menyertai Umno.
Sebaliknya keputusan itu dibuat atas pilihan sendiri demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta dan permohonan resmi untuk menyertai Umno dikatakan telah pun dibuat dan keduanya kini menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diterima atau ditolak.
"Saya yakin kalau pimpinan Umno terutama ahli MKT berfikiran terbuka, rasional dan profesional, permohonan keduanya tidak akan ditolak, malah patut dialu-alukan" tegas pemanggil berkenaan yang mendakwa menerima perakuan dari kedua-dua ahli parlimen itu sendiri bahawa mereka akan sertai Umno.
Dakwanya, selain dari kedua-duanya, beberapa orang ahli parlimen lain lagi, termasuk dari Pas akan turut sertai Umno, malah ada beberapa ahli dewan undangan negeri juga turut akan berbuat demikian.
Antara faktor wakil-wakil rakyat berkenaan mahu masuk Umno ekoran kenyataan tentang kronisme dan nepotisme yang ditentang oleh Pas selama ini dikakatakan oleh pemimpin tertinggi parti itu bahawa kronisme dimulakan oleh Islam, malah Rasulullah s.a.w. juga dikatakan mengamalkan kronisme.
Kenyataan itu dikatakan amat mengelirukan. Kononnya kalau benarlah kronisme dibolehkan oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. juga mengamalkan kronisme, ertinya selama ini Pas menentang Islam dan Rasulullah s.a.w. dalam soal koronisme dan nepotisme.
Sebagai sebuah parti yang dasar dan teras perjuangannya adalah Islam, tidak munasabah kalau apa yang dibolehkan oleh Islam dan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ditentang, malah ianya menjadi sesuatu yang tidak halal untuk ditentang.
Kalau kenyataan itu dibuat oleh tokoh utama semata-mata untuk selamatkan kedudukan sendiri dan orang-orang di sekelilingnya, maka lagilah tidak halal untuk Pas terus disokong dan didukung.
Pemanggil itu juga berkata, banyak yang Umno/BN buat yang asalnya dianggap tidak boleh dan haram oleh Pas, termasuk dalam soal bekerjasama dengan kalangan bukan Islam kini sudah menjadi sesuatu yang 'boleh' dan halal menjadikan apa yang Umno buat nampak lebih 'makan ssiku' dengan hukum hakam.
ITU LAPORAN BLOG MELI TENTANG DUA AHLI PARLIMEN AKAN MASUK UMNO, TAKDOK SEBUT ORANG PAS. MUNASABAHLAH KALAU YANG DIMAKSUDKAN ADALAH IBRAHIM ALI.
YANG DISEBUT IALAH SELAIN DARI DUA AHLI PARLIMEN TERMASUK SEORANG DARIPADANYA AHLI DARI PARTI KEADILAN RAKYAT, BEBERAPA ORANG AHLI PARLIMEN, TERMASUK DARI PAS AKAN SERTAI UMNO.
AHLI DEWAN UNDANGAN PUN DIKATAKAN AKAN IKUT MASUK UMNO TETAPI TIDAK DINYATAKAN DARI PARTI MANA, PAS ATAU PKR.
BETUL KE TIDAK, SAMA-SAMA KITA TUNGGU. DALAM POLITIK TIDAK ADA YANG MUSTAHIL. ORANG PAS BERI LALUAN KEPADA IBRAHIM ALI PUN KERANA NAK PERGUNAKAN IBRAHIM YANG BUKANNYA MUDAH DIPERGUNAKAN SEBENARNYA, ORANG PAS RASO MEREKA CERDIK HEKDOH TAPI.........KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

Anonymous said...

Guano yang parok sangat kah! kah! kah! ni?