Monday, December 22, 2008

MUNCUL KEMBALI (124)

80.229 pastikan siapa akan menang di Kuala Terengganu

TUMPUAN kini ke Kuala Terengganu. Masing-masing mula mencongak siapa yang alam menang dengan alasan-alasan, ramalan dan spekulasi tersendiri.
Umno/BN, Pas/PR. Akim dan Bebas bergantung kepada pemilihan dan undi yang akan diperolehi juga bergantung kepada kemampuan calon meyakinkan pengundi bahawa ia adalah calon terbaik.
Pastinya setiap calon yang menawarkan diri bertanding ada alasan tersendiri kenapa tawarkan diri bertanding walaupun antara calonnya tinggal di luar Kuala Terengganu dan bukan orang Terengganu.
Setiap calon secara peribadi atau atas nama parti yang diwakili pasti yakin boleh menang walaupun hanya dengan majoriti satu undi.
Kalau ada yang bertanding untuk kalah, maka dengan sendirinya tentu ada sesuatu yang tidak betul, termasuk dari sudut mentalnya bagi seseorang calon.
Ini adalah kerana pilihanraya bukann pertunjukkan sarkas, pentas bangsawan, persembahan rodat atau pertunjukkan lawak jenaka.
Ia adalah suatu kerja serius dan bersifat tanggungjawab untuk tentukan masa depan penduduk dan kawasan yang diwakili.
Justeru, pada pendapat saya, pengundi kena serius dan kena membuat pemilihan dengan penuh tanggungjawab supaya tidak tersalah pilih semata-mata kerana tidk serius dalam membuat pilihan.
Selain dari Akim dan Bebas, Umno/BN dan Pas/PR sudah sudah ada moleh untuk dicontohi kerana di samping menjadi kerajaan pusat, Umno/BN juga adalah kerajaan di sembilan dari 14 buah negeri yang dikenali dengan Kerajaan Barisan Nasional.
Manakala Pas/PR adalah kerajaan pada lima negeri yakni Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, dikenali dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Pastinya 80,229 pengundi yang layak mengundi dapat membuat penilaian, analisa dan penghakiman terhadap pencapaian kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Pakatan Rakyat, apatah lagi pengundi di Kuala Terengganu pernah berpengalaman berada di bawah kerajaan Pas selama satu penggal.
Kerana itu saya yakin para pengundi P.036 Kuala Terengganu tidak akan melakukan kesilapan dalam membuat pemilihan.

4 comments:

Anonymous said...

P36 Kuala Terengganu akan jadi medan tempur ceramah seperti medan jual ubat tepi jalan.masing2 penceramah akan menyampaikan suara, isi dan berbagai gaya penyampaian bagi memperkatakan kelebihan, menarik minat dan sokongan para pendengar. berbagai penawar, ubatan dan cara rawatan dilaungkan bagi meyakinkan audien mereka. begitulah penceramah politik akan bertegang minda dan suara mengajak para pengundi supaya memberi undi kepada calon2 mereka.pastinya BN/UMNO akan lebih bersungguh, sebab mempertahankan kerusi miliknya. malu dan gerah besar jika calonnya datuk wan farid tersungkur masuk parit. pas juga akan menggandakan usaha untuk mendapat kedudukan pada kerusi P36 itu. tentu ia mengharap pas/lulus memajoritikan undi kepadanya. calon2 lain sama ada dari AKIM,Bebas Nek Maimun atau Bebas pedagang sekerap getah dari rantau panjang hanya gelenyar, kacau daun, cari glamer, berudang sebalik batu atau cari 'duit lebih' saja.namun mestinya PRKecil P36 adalah pembuka pentas bagi drama 'ribut awal tahun' bagi panggung politik malaysia 2009M. akan tibakah anak tsunami menggegar pelabuhan dan pantai BN/UMNO yang masih belum kebah dari tsunami PRU12 mac lalu? ataukah akan bercahaya terang kembali 'bulan' di pantai batu buruk? para pengundi di sana akan dibodek, akan disogok, akan dipujuk-puji, dirapati, akan dicari walau di rumah2 usang; sumbangan maaterial, pitis dan rawatan akan dijalankan ke segenap bucu @ ruang. pak2 menteri, org2 besar, pemimpin2, penceramah2 upahan akan bergeliwa' turun padang bersama org2 tempatan. ssuasana akan jadi seperti akan menyambut hari raya, patutlah kita panggil pilihanraya! wartawan2, peminat2 dan pemerhati2 politik akan juga memberi tumpuan sambil menonton, menganalisis dan mencongak suasana iklim di kuala terengganu mutakhir ini. di kawasan ini tiada pihak barangkali menjanjikan pembangunan kerana P36 adalah kawasan bandar, bandaraya kuala terengganu sedia membangun. isu2 yang akan digodeh mungkin sedikit berbeza.takat ini, isu hudud, isu perpaduan dan isu pembahagian wang royalti beratus2 juta akan dileburkan kepada orang2 negeri terengganu. pihak yang kaya pitis akan mencanang projek mega-maggienya sambil mencerna keburukan ke atas parti lawan. manakala pihak memperjuangkan islam akan mewar-warkan konsep kebajikannya sambil menjanjikan kebaikan islam, keadilan dan agenda membenteras kebejatan pimpinan/pemerintahan kerajaan pusat sekarang. pihak2 Akim dan bebas jangan susah hati, anda buatlah menurut kebebasan yang anda fahami.BN/UMNO tidak, Pas pun bukan. kena langkah, kehidupan anda akan berubah jadi kaya mendadak selepas PRKecil P36 ini.sekurang2nyan kaya glamer!Orang2 akan kata anda manta bakal YB. Orang2 lain di luar kotak PRK Kuala Terengganu tunggu dan lihat. buatllah spekulasi dan ramalan sendiri asalkan logik dan berpatutan. tidak salah asalkan jangan menyebarkan fitnah.fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan. jangan juga mudah percaya dengan fitnah. tepuk dada tanya iman dan kewarasan. 'cctv' dari langit sentiasa fokus ke arah siapa saja di muka bumi ini. waspada dan ingat Allah seumur!

UMNO PARTI PENJARA said...

Undi BN lah... Ok :-)

Selamat Tahun Baru :-)













(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

Pada firasat wak beginilah keputusan PRK p36.

DATO WAN FARID MENANG DENGAN MAJORITI 1800 KE ATAS.

CALON AKIM AKAN DAPAT BAWAH 300 UNDI DAN KOSING AKAN DAPAT BAWAH 200 UNDI.
CALON BEBAS SORANG LAGI AKAN DAPAT SEKITAR 450 UNDI.

SELAMAT MENGUNDI DARIPADA
WAK HAMAD

Anonymous said...

hahahaahhahaahaaaaa
semua salohhhhh
ALLAHU AKBARR!!
abe meli, sepertimana yang diharapkan oleh abe meli, pengundi KT tidak tersilap pilih..