Friday, January 2, 2009

AKHIRNYA TERBITAN SULUNG WASILATUL-UMMAH KE PASARAN



DALAM payah ada senang, dalam senang ada payah. Tapi kami sentiasa dalam payah kerana ada pihak yang sengaja memperpayahkan kami dengan pelbagai kerenah. Namun Allah tetap menilai dan membeli ketabahan serta air mata dan keringat kami. Dalam ada pihak yang nampaknya
cukup gigih dan ketagih memperpayahkan kami, akhirnya majalah semi-ilmiah dakwah dapat ditampilkan ke persada pasaran. Inilah wajah comelnya yang terbentuk hasil dari tumpahan air mata, keringat, pengharapan dan penyerahan yang kudus kepada yang Maha Kudus supaya kami dipermudahkan dari kepayahan. Harga senaskah cuma RM6.00. Pembelian melalui pos boleh dialamatkan kepada Unit Pemasaran Meli Industry, 2584, Lot 47B, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Bharu, Kelantan atau masukan bayaran ke akaun Meli Industry (Bank Muamalat) A/C Nombor:03010003490718 dan fakskan/emailkan kepada kami salinan resit bank-in dan kami akan hantar majalah berkenaan. Kos tambang tanggungan kami.

Telefon pejabat: 09-7475387
Faks: 09-775385
H/P: 017-9871322 (Ramli 24 jam)
019-9888148 (Paharudin - Penolong Pengurus Pengedaran
012-9556266/0199043936 (Pauzie - Penyelia Eksekutif Jualan Terus)
012-9535111/0139489191 (Ariza Mat - Eksekutif Pemasaran)




2 comments:

Anonymous said...

Ya dalam payah ada senang... dalam ikhtiar ada kejayaan.

TAHNIAH ATAS PENERBITAN:
WASILATUL-UMMAH!!!

Moga benar2 menjadi wasilah dari ummah kepada ummah. Insya Allah.

dariana said...

lagu mana nak beri sumbangan karya?