Friday, February 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (125)

Strategi 16/9 makan diri: kerajaan PR Perak tumbang

TIDAK diberitahu pun seluruh rakyat negara ini sudah sedia tahu bahawa melalui projek 16/6 (singkatan dari 16 Sepember 2008), Pakatan Pembangkang (PR) berkepalakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kini ketua pembangkang), kerajaan Barisan Nasional (BN) bertunjang, berpaksi, bertiang seri, berpasak dan bertulang-belakangkan Umno mahu ditumbangkan melalui taktitik ahli-ahli parlimen, terutama dari Sabah akan melompat parti.
Anwar sebelum datang dan perginya 16/9 cukup yakin pelan dan strategi yang lebih bersifat mimpi pada siang hari itu akan menjadi realiti walaupun mimpinya itu umpama sang pungguk yang mahu mengait bulan tinggi di awan menggunakan batang bemban.
Mengikut bari, kerana gila berahinya kepada puteri bulan, malah kerana mahu menunjukkan kehebatan dan kekayaannya,sang pungguk akan membunyikan suaranya bila bulan mengambang, kononnya untuk menunjukkan bahawa ia sedang tempa emas, suasa, perak dan tembaga yang setiap satunya sebesar bulan untuk dihantar sebagai hantaran bagi memperbinikan puteri bulan.
Sebagaimana sang pungguk dengan mimpi yang tidak menjadi realitinya, maka Anwar dengan PR juga gagal merealitikan pelan dan matlamat 16/9 kerana tidak ada mana-mana ahli parlimen BN, termasuk di Sabah yang menjadi sasaran dan matlamatnya supaya melompat parti tidak menunjukkan rasa 'pecah lior' untuk menyertai pelan Anwar untuk 'nyahkan' BN dari menjadi kerajaan.
Ramai yang menganggap pelan yang diatur, dirancang dan diselenggarakan Anwar itu sebagai tidak demokratik tetapi tidak dihiraukan, malah pada kempen pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh yang diadakan apabila wakil rakyatnya, Datik wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar yang juga suaminya, maka dicipta slogan dari Permatang Pauh ke Putrajaya.
Memberi laluan kepada Anwar ke parlimen adalah antara pelan PR untuk menumbangkan kerajaan dan bagi memberi laluan supaya Anwar mencapai impiannya yang juga impian kalangan yang taksub kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, kononnya tidak ada tokoh yang lebih layak dan paling sekun-rasi menjadi perdana menteri selain dari tubuh bernama, badan begelar Anwar Ibrahim.
Tetapi yang jelas, pelan 16/9 terus berlalu bagaikan debu di atas tunggul yang disepuh angin lalu, umpama masuk angin keluar asap dan meninggalkan punca penyakit dalam badan perokok.Kerananya juga keyakinan majoriti terhadap apa yang Anwar cakap mula goyah. Malah di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri, apatah lagi dalam PR, mula timbul riak-riak krisis keyakinan terhadap kewibwaan Anwar.
Apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim isytihar menyertai Umno, ianya menjadi antara pil perangsang kepada PR, terutama PKR, lebih-lebih lagi Anwar yang cakap-cakapnya mula dipertikaikan apabila pelan 16/9 tidak menjadi. Kononnya ramai lagi wakil rakyat BN, tertama dari Umno akan sertai PR dengan menyertai PKR, antaranya dari Negeri Sembilan.
Tetapi hanya dalam tempoh sepuluh hari Datuk Nasaruddin masuk PKR, Keajaan PR yang bermenteri-besarkan (lebih tepat kalau disebut bermengkorangkan) tokoh dari Pas sebagai peneraju, kegembiraan PR telah bertukar dengan kekeceawaan dan kehampaan, malah Kerajaan PR Perak kena menerima hakakiat kehilangan kuasa di Perak dan Umno/BN kembali berkuasa di negeri yang kaya dengan bijih timah itu.
Terbukti strategi 16/9 yang Anwar cipta telah memakn diri sendiri, malah beliau serta tokoh-tokoh PR enggan menerima hakikat bahawa melompat parti itu bagi menumbangkan sebuah kerajaan yang diberi majoriti oleh rakyat adalah merupakan pelan asal yang dicipta oleh Anwar dan PR sendiri. Anwar dan PR umpama pengidap uluran yang bengkak batu alat sulitnya dan meraung kesakitan kerana terduduk atas batu kemaluan sendiri.
Barangkali Gubala yang dalam ceramah sering membacakan ayat al-Quran WAMAKARU-WAMAKARALLAH dan disambut dengan takbir oleh orang Pas akan melihat berkacamatakan ayat berkenaan terhadap apa yang terjadi di Perak. Sebijak-bijak Anwar dan PR membuat perancangan, bijak Allah lagi dalam membuat perancangan. Kerajaan Perak tidak akan jatuh kalau memang bukan itu yang ditakdirkan-Nya lyang pastinya akan lengkap dan hikmahnya.
Kalau dianggap kerana kebijaksanaan Umno/BN yang membuat perancangan, maka bukan sahaja Gubala mempersendakan ayat berkenaan tetapi mereka yang menyambut bacaan ayat al-Quran berkenaan oleh Gubala dengan laungan takbirnya juga secara tidak langsung mempersenndakan ayat bertkenaan yang merupakan kata-kata Allah.
Menentang atau tidak menktiraf apa yang yang berlaku berlaku di Perak bermakna menentang takdir Allah kerana hakikatnya tidak akan berlaku sesuatu perkara kalau bukan kerana dengan keizinan-Nya. Tuanku Sultan Perak sendiri tidak ada keupayaan untuk merealitiak apa yang telah berlaku di Perak, malah baginda tidak akan berkeupayaan untuk menggerakkan walaupun hanya sebatang jari baginda tanpa keizinan-Nya.
Bekas Menteri Besar Perak (yang rasanya paling pendek menjawat jawatan itu dalam sejarah negara ini) dan PR terutama pimpinan, pendukung dan penyokong Pas kena muhasabah diri, kena mencari faktor penyebab kenapa ditakdirkan usia kerajaan PR Perak yang bermenteri-besarkan tokoh dari Pas begitu singkat usianya. Apa pun, termasuk kematian seseorang tidak akan berlaku tanpa sebab. Paling tidak pun, sebab seseorang itu mati kerana putus nyawa.
Kerajaan PR Perak tidak akan tumbang dan digantikan oleh Umno/BN tanpa sebab, malah dua wakil rakyat dari PKR, seorang dari DAP dan wakil rakyat Umno yang melompat ke dalam PKR kembali melompat ke pangkuan Umno juga berlaku kerana ada sebab dan akibatnya. Tidak kira siapa pun, sama ada jamaah masjid atau mufti sekalipun kalau cuba mencetuskan kehuru-haraan kerana enggan menerima hakikat apa yang telah berlaku di Perak, maka kualiti iman dan takwa kena dimuhasbahi kerana secara tidak langsung bila mereka berkelakuan sedemikian, bermakna mereka mempertikai hak Allah untuk mensurat dan mentakdirkan sesuatu.
Sama ada bekas Menteri Besar yang masih gila sangkak dan enggan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi dan suratan serta takdir telah nyahkannya dari kedudukan sebagai menteri mahu pun para pendukung dan penyokong PKR, masing-masing kena berusaha mencari sebab dan faktor kenapa kerajaan PR terlalu pendek usianya di Perak.
Kalau mahu dikatakan Umno/BN bijak merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR, apakah Umno/BN cukup berkuasa dan mampu untuk leburkan kerajaan PR tanpa keizinan-Nya. Kenapa Allah mengizinkan kehancuran kerajaan PR dan mengizinkan kerajaan Umno/BN kembali berkuasa di Perak? Ianya boleh dijawab dengan saksama kalau jawapan yang dibuat berteraskan iman dan takwa.
Dari sudut ketokohan antara Nizar (bekas menreri besar) dengan Zambry (menteri besar sekarang), rakyat boleh nilai sendiri kerana Zambry menghabiskan banyak masa belajar di UIAM. Sejahil-jahil Zambry kerana menjadi orang Umno yang sering dijahilkan oleh Pas khususnya, tak 'kanlah sebagai lepasan UIAM, Zambry sampai jahil teropong. Tidak mustahil Zambry di sisi Allah lebih alim dari Nizar, kalau tidak masakan ditakdirkan berlaku pertukaran kedudukan sebagai Menteri Besar Perak.
Kesimpulannya, sebagai manusia, kita kena berhenti memperjahilkan orang lain, juga jangan skali-kali mendahului takdir kerana sehebat mana pun perancangan manusia, natijahnya tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah. Percaya dan yakinlah bahawa apabila Allah mentakdirkan kerajaan di Perak dan jawatan menteri besar bertukar tangan, maka itu adalah yang terbaik bagi rakyat Perak.
Jika kepercayaan itu disimpan dalam dada dan dalam kepala, maka tidak akan ada yang sanggup melakukan huru-hara, merancang dan menyertai demonstrasi yang lazimnya akan membabitkan mereka yang kecewa, hilang pedoman dan tohor iman. Apa yang berlaku di Perak kena dilihat sebagai antara bayaran tunai Allah terhadap perancangan jahat, termasuk pelan 16/9 untuk menjatuhkan kerajaan negara ini secara tidak demokratik.
Selebihnya lu-lu semua fikirlah sendiri! ------------ ulasan SELANJUTNYA DALAM MINGGUAN KONSEP TERBARU!

9 comments:

MyIdea said...

Salam abe meli..

Sakit perut ngila sore2 diri ambo ini..

Kute atau cubitan yang menarik..

Minta di linkkan ke blog ambo

wassalam...

Anonymous said...

firasat ker atau kenyataan ni meli?
Bila meli mau melompat ke umno kelantan?

Anonymous said...

bak kata org..meludah ke langit terkena hidung sendiri..begitula juga keadaannya dgn BN masa kini..dahulunya ketika DSAI mengumumkan pelan 169,habis dikutuk,dikatakan tidak bermoral,gila kuasa,melanggar prinsip demokrasi serta mandat rakyat dan sebagainya tuduhan dan penghinaan yg berbagai-bagai..dan skrg jelas mereka hanya berkata bagi pihak mereka.
jelas,BN kini ape yg mereka katakn dahulu terhadap org lain.merekalah gila kuasa,melanggar prinsip demokrasi dan tidak bermoral.malah mereka menuduh MB perak DS Nizar sebagai penderhaka,namun jika diimbas kembali peristiwa perlantikan MB terengganu tahun lepas,apa yg berlaku??
cuba imbas dan renung kembali...

oyabun said...

Salam Abe Ramly..

Ulasan yang menarik. Mohon dimasukan dan disiarkan di blog saya.

Wassallam

Anonymous said...

MasihWaras pada saya tidak benar-benarwaras. Kes Terengganu dengan Perak berbeza. Di Terengganu sesama Umno. Di Perak antara PR dengan Umno/BN.
Alasan Nizar kononnya beliau jadi MB atas pilihan rakyat tidak benar. Ikut majoritinya wakil rakyat dari DAP yang patut jadi MB. Tetapi kerana Perak ada raja dan kerananya ada undang-undang tubuh, maka Nizar berpeluang jadi MB.
NIzar patut sedar tentang itu dan patut menerima apa yang berlaku secara berhimkah.
Abang Meli patut asah dan tajamkan mata kapak jangak untuk meleraikan kekusutan tentang isu Perak.
Mudah-mudahan Abang Meli aktif semula blog yang sangat diminati ramai ini. Sesibuk mana pun Abang Meli, tolong luangkanlah sedikit waktu untuk kami para peminat blog Abang Meli, please!

Anonymous said...

bak kata org..meludah ke langit terkena hidung sendiri..begitula juga keadaannya dgn BN masa kini..dahulunya ketika DSAI mengumumkan pelan 169,habis dikutuk,dikatakan tidak bermoral,gila kuasa,melanggar prinsip demokrasi serta mandat rakyat dan sebagainya tuduhan dan penghinaan yg berbagai-bagai..dan skrg jelas mereka hanya berkata bagi pihak mereka.

KALAU NAK BERCAKAP TU BIAR BERPIJAK DI BUMI NYATA, NUAR AL JUB MERANCANG AHLI PARLIMEN BN LOMPAT MASUK PKR, TAPI YANG BERLAKU DI PERAK, KEDUA-DUA ADUN TU DICAT KEMUDIAN MENJADI ADUN BEBAS. (biar pandai beza sikit)

DAN BEKAS MB PERAK JANGAN BERLAGAK BAHAWA BELIAU PILIHAN RAKYAT, SEDAR KE PAS HANYA MENANG 6 DUN SAHAJA BERBANDING DENGAN UMNO SEBANYAK 27 DUN. DI SINI JELAS MEJORITI RAKYAT PERAK SUKA KEPADA UMNO DAN MAHU UMNO MENJADI PEMERINTAH BUKANNYA PAS. KALU SETAKAT JADI MB TAPI MENJADI KUDA KEPADA DAP LAKNAT TU APA GUNA.

" kecik-kecik lembu jaga
sudah tua saman raja
angkara PAS gila kuasa
jadi lembu pun tak apa"

MyIdea said...

bermengkorangkan

Korang tu kukur kelapa mcm kuda atau lembu..

bermengkorangkan = Dikudakayukan

Anonymous said...

bermengkorangkan

Korang tu kukur kelapa mcm kuda atau lembu..

bermengkorangkan = Dikudakayukan

LEBIH TEPAT 'BERMENGKORANGKAN' ITU DISAMAKAN DENGAN 'BERKUDAKAYUKAN' BUKANNYA 'DIKUDAKAYUKAN'

February 7, 2009 9:52 PM

Anonymous said...

Kalau Nizar terus dengan sikap 'gila sangkaknya' bukan sahaja beliau akan dibenci dan dianggap 'pelahapkan' jawatan tetapi imej Pas juga akan punah.
Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi keba 'bageh' mmolek bekakas Nizar tu. Ingat cerdik, rupanya ada sikit banganglah.
Jangan pula nanti sampai tulis besar-besar perkataan MENTERI BESAR atas belakang pula nanti sambil kandar kasut rongak tumit raound bandar Ipoh