Saturday, February 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (126)

SELEPAS PERAK, SELANGOR: BUKANNYA KEDAH

KALAULAH bukan kerana belajar barang selangkah dua dengan gemulah tokcik yang bukan sahaja tangkas bersilat pulut tetapi juga agak mahir bermain tongkat dan bersilat bersenjatakan parang dan kapak, barangkali batang 'erong' saya akan bersembur darah kena gocoh malam semalam.
Yang pasti saya bukanlah setangkas gemulah tokcik dalam mengelak gocohan, sepak teranjang atau pun sekadar sekeh kepala dan jentik telinga. Batang 'erong' saya terselamat dari jadi sasaran gocohan malam semalam pun lebih kepada secara kebetulan saya sempat mengelak sahaja, kata orang belum ada 'geghah'.
Geli hati saya bila ada beberapa orang yang menyaksikan peristiwa itu dalam sebuah kedai kopi, mendekati saya dan mahu berguru dengan saya dalam ilmu persilatan. Kononnya ketangkasan saya semasa mengelak dari terkena gocohan macam kilat. Si penggocoh terpaksa berkerut muka menahan sakit kerana tergocoh tiang warong.
Ada yang kata saya ada buah dalam dan saya memang mengaku, memang saya ada buah dalam yakni buah dalam seluar yang sudah agak lanjut kerana usia sudah tua. Kerap kali pula bila masuk tandas seluar dibasahi air kencing kerana yang ditarik keluar adalah buahnya, bukan alat penyalur kencing semasa buang air kecil.
Disedari salah tarik keluar adalah apabila paha dirasakan panas dan basah oleh air kencing sendiri. Biasanya bila dah terbilang dalam jumlah warga emas, akan lanjut batu dari batang, semuanya jadi kecut dan kereput.
Sebenarnya saya tak ada buah dalam apa-apa. Cuma saya berpegang kepada keyakinan bahawa tidak akan berlaku sesuatu sebab dan akibat sama ada menyakitkan atau menyedapkan kalau bukan dengan izin-Nya. Kerana itulah dalam keadaan senang atau susah, saya tetap tersengih dan ceria.
Derita, sengsara, sakit dan perit tidak akan hilang oleh dek tangisan dan raungan. Sebaliknya segala-galanya akan melegakan jika segala apa yang berlaku diterima dengan penuh redha.
Kalau dah ditakdirkan kena gocoh, masakan saya yang serba lemah boleh mengelak dari terkena gocohan. Ertinya saya kena redha kalau kena gocoh dan kena mujur kerana hnya kena gocoh, tidak kena sepak atau terajang atau tindakan-tindakan dan perlakuan yang lebih teruk lagi.
Kes saya nyaris-nyaris kena gocoh itu kerana saya menyanggah pandangan orang yang menggocoh saya tetapi tidak kena itu. Dia kata selepas Perak, Kerajaan PR Kedah pula yang akan jatuh. Tetapi saya kata bukan Kerajaan PR Kedah yang akan jatuh tetapi Kerajaan Selangor.
Pada saya Kerajaan PR Selangor lebih rapuh dan mumut berbanding dengan Kerajaan PR Kedah mahu pun Kerajaan PR Pulau Pinang. Ini adalah kerana Kerajaan PR Selangor bertunjangkan PKR manakala Kedah pula bertunjangkan Pas dan Pulau Pinang bertunjangkan DAP.
Berbanding dengan PAS dan DAP, PKR lebih rapuh dan mumut kerana ianya lahir hanya atas simpati pendukung dan penyokongnya terhadap Anwar Ibrahim yang dilihat menjadi mangsa penganiayaan Umno/BN pada era pemerintahan Mahathir.
Yang dilihat mengjejami Anwar adalah Mahathir, bukannya Umno. Bila Mahathir sudah tidak lagi menerajui Umno/BN, maka orang Umno yang menyertai PKR tidak ada sebab lagi untuk terus menjauhi diri dari Umno.
Orang DAP dan PAS mula memang sejak asal lagi memusuhi Umno, sejak Umno/BN di bawah penerajuan Al-Marhum Tunku Abdul Rahman, sehinggalah kepada era Pak Lah dan era pemimpin selepas Pak Lah. Pun begitu DAP dan PAS merupakan parti yang ada akar tunjang sebagaimana juga Umno/BN, kelahiran parti-parti berkenaan bukan kerana simpati terhadap seseorang individu.
Parti yang lahir kerana sipati terhadap individu tertentu belum pernah tercatat dalam sejarah politik mampu bertahan lama. Sehebat-hebat S46 yang dipimpin oleh tokoh yang hebat pun akhirnya dikuburkan oleh prsiden parti itu sendiri yang merupakan antara tokoh terhebat dari kalangan terhebat di negara ini.
PKR juga akan terkubur. Bila masanya? Saya ramalkan jangka hayat akan kurang sepuluh tahun dari sekarang. Anwar dan koncu-koncunya akan masuk Umno dan dengan cara itu imej ketokohannya akan kembali tergilap tetapi nasibnya akan jadi macam Tengku Razaleigh yang kembali Umno setelah memampuskan S46, tinggal dalam impian yang tidak menjadi realiti, banyak cakap nampak berisi tetapi tidak ada yang ambil peduli.
Bagi saya PKR sama juga seperti S46. PKR hanyalah sebuah parti yang umpama hangat-hangat tahi ayam sahaja. Panasnya tak seberapa dan tak selama mana pun. Kerana hujah itu, maka ada tumbukkan yang tiba-tiba melayang dan nyaris-nyaris mentersemburkan darah dari hidung saya.
Pasti penggocoh tu pendukung dan penyokong PKR yang fanatik dan jumud serta masih tidak berapa masak dan hanya baru separuh masak dalam berpolitik. Kerana itulah jugak barangkali maka saya dibabaskan dari menjadi mangsa gocohannya!

No comments: