sa di istana Kelantan?Percayakah rakyat Kelantan dengan apa yang menjadi bahan utama blog-blog dan media Indonesia?.
Apa kata rakyat Kelantan?
Langkah-langkah segera perlu diambil bagi menjernihkan keadaan kerana ianya boleh menjejaskan hubungan kedua negara. Selesaikanlah umpama menarik rambut dalam tepung supaya rambut tidak putus tepung pula tidak rosak
2 comments:
Kedudukan sebenar perlu diperjelaskan memandangkan memang wujud beberapa blog Indonesia di bawah banner All Indonesian Bloggers Community sedang mencerca Paduka Seri Sultan Kelantan dan keluarga baginda sehinggakan ibu model terbabit menceritakan tentang mereka sekeluarga ditinggalkan atau dihelahkan ketika hendak menunaikan umrah.
Sekali baca artikel berkenaan, bagaikan membaca kisah lucu. Sebabnya, ada pulak penumpang ditinggalkan oleh kapal terbang di tangga kapal terbang... seolah-olah kapal terbang itu adalah sebuah bas awam di jalan raya.
Maka seharusnya, cerita sebenar perlu diketahui, apatah lagi berita berkenaan kononnya, dada model berkenaan dihiris-hiris oleh pihak suaminya, menimbulkan kehangatan dan kemarahan mereka. Sesuatu yang nampaknya sebagai cubaan untuk mengaibkan Kelantan dan Tanah Melayu amnya.
Jangan-jangan dada tercalar kerana genyehan janggut. Maklumlah bila bini cantik sangat, power kegeraman itu ada lebih sikit.
Ada baiknya YTM Tengku Temenggung mencemar duli memnanggil sidang akhbar khas untuk betulkan keadaan. Jemput media cetak dan elektronik Indonesia sekali. Buat sidang akhbar di istana negeri sebagai tanda keterbukaan pihak istana.
Bukankah pihak istana ada unit media sekarang ni. Semolek-moleknya biar wakil media dari kalangan wanita yang buat liputan, bolehlah mereka tengok swendiri bahagian dadah yang kononnya ditoreh.
Mahu tidak mahu model warga Indonesia yang merupakan isteri yang sah kepada YTM Tengku Temenggung itu kena bercakap sendiri kepada media bagi membersihkan kesucian istana dan meredakan ketegangan Malaysia-Indonesia.
Pihak yang membocorkan (menfitnah)dari dalam istana kononnya keganasan dilakukan oleh pengeran istana kelantan ke atas isteri sendiri itu kena disiasat hingga ke akar umbi dan dikenakan tindakan yang seberat-beatnya kerana perbutan serupa itu boleh memungkinkan Malaysia-Indonesia brperang atau setidak-tidaknya boleh merenggangkan hubungan antara dua negara.
Post a Comment