PR tidak mampu bertahan dalam lingkaran kesepakatan
DALAM Islam, bila kita ke mana-mana dalam lebih dari seorang diri, kita diminta melantik seorang ketua dan yang dipilih itu pula kenalah dari kalangan yang paling layak dari yang layak.
Walau pun sebagai pihak lawan adalah merugikan dari sudut politiknya jika diperakukan, namun hakikatnya kena diperakukan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang menggabungkan di bawah satu konsortium yakni BN adalah selari dengan tuntutan Islam.
Islam menuntut supaya dihormati kalangan bukan Islam, malah mencuri harta benda atau menafikan hak bukan Islam tidak dihalalkan selagi bukan Islam itu tidak mengkhianati umat Islam, apatah lagi jika mereka setia membayar cukai cemukai kerana berada di bawah pemerintahan Islam.
Langkah parti-parti komponen BN yang menjadikan Umno sebagai parti induk, teras, tulang belakang, pasak dan paksi kepada BN juga bagi saya selari dengan tuntutan Islam kerana selain dari Umno adalah parti orang Melayu, orang Umno itu sendiri rata-rata beragama Islam.
Soal pada tahap mana kualiti iman dan takwa orang Umno berbanding dengan orang Pas misalnya tidak boleh dimutamadkan kata putusnya oleh sesama manusia kerana ia banyak bergantung kepada hidayah dan ihsan Allah.
Kerana itu walau pun dilanda ombak dan badai fitnah serta serangan pihak lawan yang kadang-kadang ikatan kesepaduan dan keharmoninan parti-parti komponen terungkai oleh kucah dari dalam BN sendiri, namun tidak sampai kepada terlerai ikatannya, miskin pun ikatannya sudah lama dan patut reput pun.
Malah sering kali terbukti bahawa kucahan yang berlaku dari dalam yang kadang-kadang sampai ke tahap merimaskan, kesudahannya ia akan menjadi faktor penyumbang kepada penambah-baikan perpaduan, kerjasama dan persefahaman dalam BN.
Tetapi keadaan yang serupa tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) yang cuba duduk dalam satu kapal tetapi dinakhodai oleh banyak nakhoda pangkalan dan pelabuhan yang dituju juga tidak sehala.
Percubaan-percubaan yang dibuat oleh pihak pembangkang termasuk oleh Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang diterajui tokoh sehebat Tengku Razaleigh Hamzah bagi mewujudkan ikatan kerjasama gagal, malah cukup rapuh dan mumut.
Demikian juga dengan PR yang dibina tanpa ikatan resmi oleh Pari Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP, belum genap sepenggal sudah berlaku ketidak-sefahaman dan kesehaluan kerana masing-masing sebenarnya tidak skata untuk ikut jalan yang sama menunjuk ke matlamat yang tidak seruapa.
Kecuali di Kelantan dan Kedah (Perak sudah kembali ke pangkuan Umno/BN) yang diperintah oleh PR berteras-tunjangkan Pas, kepura-puraan dan cula sandiawara kesepakatan di Pulau Piang dan Selangor khususnya boleh nampak dengan jelas.
Rakyat Malaysia boleh melihat akhirnya retak di Pulau Pinang dan Selangor akan pecah dan terbelah sebelum tibanya edah Pilihanraya Umum Ke-13. Perpecahan DAP - PKR akan bermula di Pulau Piang dan sterusnya akan merebak ke Selangor.
Akhirnya sama ada secara rela atau terpaksa PKR akan dibubarkan sebagaimana terbubarnya S46 dan ahlinya akan ada dua pilihan sama ada akan kembali ke pangkuan Umno atau akan menyertai Pas.
Secara hakikatnya, kecuali bagi kalangan yang suka berkhayal, hanya dua buah parti orang Melayu beragama Islam yang diperlukan di negara ini yakni Umno untuk jadi tulang belakang kepada parti kerajaan manakala Pas pula akan jadi pembangkang yang layak dan mampu terus memainkan peranan.
Parti-parti Melayu lain hebatnya akan berbentuk sementara sahaja kerana kebanyakan parti-parti Melayu yang lahir selepas Umno dan Pas bukan lagi menjadi keperluan negara tetapi lebih bersifat kepentingan individu yang kecewa dalam cita-cita politik dan akhirnya akan hilangan sokongan apabila penyokong sedar dari ulitan ketaksubab meampau.
Tuesday, April 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment