Tuesday, April 21, 2009

MUNCUL KEMBALI (151)

Jangan perjudikan masa depan bangsa kerana kepentingan politik

RAMAI yang salah faham tengan keBANGSAAan sehingga ada individu yang dinobatkan sebagai tokoh mengambil mudah tentang kepentingan bangsa, sehingga Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikhususnya untuk bangsa sendiri dianggap tidak perlu.
Tamabahan pula tokoh yang menganggap DEB tidak perlu itu tidak pernah merasa kesusasahan dan keperitan dalam membina hidup kerana kejayaan dibantu oleh pelbagai kemudahan dana yang tidak ramai anak sebangsanya yang berpeluang menerima kemudahan yang serupa.
Benarlah kata orang, sesiapa yang tidak pernah sakit tidak akan dapat mennyatakan secara hakikat sebenar kesakitan, kalangan yang tidak pernah hidup susah, tidak akan dapat faham erti kesusahan.
Tokoh yang menganggap DEB tidak perlu itu sudah tentu tidak tergolong dalam bilangan usahawan bangsa sendiri yang tidak pernah diberi tongkat, tidak pernah dapat pinjaman AIM, TEKUN, kredit mikro dan sebagainya kerana beberapa faktor termasuk faktor politik.
Yang penting baginya ialah kena menyuarakan apa yang boleh diterima oleh semua kaum walaupun suaranya, malah tindak tanduknya juga boleh membawa kepada kemusnahan masa depan bangsa. Barangkali juga kerana terpedaya dengan fahaman sempit tentang keBANGSAan yang kononnya tidak selari dengan tunutan Islam.
Golongan salah faham ini melihat isu keBANGSAan tidak penting kerana mereka tidak melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. disusur-galaurkan dan baginda disalsilah sehingga umat Islam pada zaman ini dan hingga kiamat akan maklumi bahawa baginda adalah dari kaum Quraisy.
Kalau soal kaum dan keBANGSAan tidak penting, masakan Rasulullah s.a.w. dimaklumatkan kepada umat baginda hingga kiamat bahawa baginda adalah berketurunan kaum Quaraisy dan tidak disirahkan secara pukal bahawa baginda adalah berbangsa Arab atau tidak disebut langsung bangsanya.
Justeru itu kepada saya kefahaman bahawa soal bangsa/keBANGSAan tidak penting selain dari iman dan takwa perlu dibahaskan oleh para cendekiawan secara profesional, telus dan tulus.
Kalau keturunan dan bangsa/KeBANGSAan tidak penting, masakan Allah mencipta manusia dengan pelbagai bentuk rupa, warna kulit, pertuturan dan budaya walaupun berasal dari perkahwinan Adam dan Hawa, sebaliknya akan dicipta manusia hanya satu bangsa, satu bentuk rupa, warna kulit, budaya dan bahasa pertuturan seperti malaikat.
Justeru itu bagi saya kalangan yang menolak kepentingan bangsa/keBANGSAan adalah berpunca dari salahan faham dan dikeranakan tidak ada kecenderungan untuk mengkaji hikmah di sebalik kemunculan pelbagai bangsa, adat resam, budaya dan bahasa pertuturan di kalangan manusia.
Yang tidak akan ada lagi suku kaum dan kepelbagaian bangsa adalah di akhirat nanti yang mana di sana tidak akan ada yang tua atau muda, semuanya sebaya dan memiliki wajah yang serupa di samping di sana akan semuanya menggunakan bahasa komunikasi yang sama yakni bahasa Arab.
Bagi saya kalau ada tokoh sesuatu bangsa memandang lekeh bangsa sendiri dan tidak menyokong dasar atau usaha untuk menambah-baikan lagi kualiti pencapaian bangsanya, maka tokoh berkenaan patut berhenti dari mengaku berbangsa Melayu kalau dia berbangsa Melayu dan bangsanya tidak patut memberikannya apa-apa sokongan dalam bentuk apa dan bagi tujuan apa sekali pun.
Tokoh-tokoh bangsa ada ada nilai-nilai keBANGSAan dan tidak bersikap kacang lupakan kulit tidak akan memperjudikan nasib bangsa untuuk apa-apa juga kepentingan, termasuk bagi kepentingan politik.

No comments: