Wednesday, April 29, 2009

MUNCUL KEMBALI (161)

Lawatan dan majlis resmi patut dimansuhkan

PASTI sekitar 27 atau 28 juta rakyat negara ini angkat tabik, serban, kopiah, songkok dan topi dengan langkah terbaru kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menetapkan majlis-majlis libatkan pemimpin kena diadakan secara berhemah dan tidak melebihi 10.30 malam.
Juga kena dipastikan majlis yang diadakan tidak membazir, lebih-lebih lagi dari dari segi persiapaan dan acara-acara tambahan. Malah sebutan orang kenamaan (VVIP) juga diringkaskan bagi tujuan menijmatkan masa.
Memang tidak dinafikan bahawa masa cukup berharga sehingga Allah sendiri bersumpah dengan masa yang dijadikan pembuka kepada suar al-Asyr. Justeru wajar benarlah kalau masa benar-benar dihargai.
Ketetapan yang dibuat oleh jemaah menteri kabinet dan diumumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Dr Rais Yatim itu tentulah antara pembaharuan dan pendekatan kerajaan kera kepimpinan Dato' Seri Najib yang menggagaskan '1 Malaysia' .
Gagasan '1 Malaysia' itu sendiri sedang dan akan diberi penerangan dan kefahaman mengenainya kepada rakyat terbanyak melalui pelabagi saluran dan cabang komunikasi, terutama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Sama ada ianya boleh diterima sebagai releven atau sebaliknya oleh rakyat terbanyak dan usaha-usaha untuk memberi penerangan dan kefahaman sampai atau tidak ke sasaran, segalanya akan dapat dilihat berdasarkan keputusan pilihanraya umum ke-13 nanti atau pun pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang diadakan.
Pada pandangan saya, seandainya pendekatan inilah yang digunakan sebagai teras, formula utama, tiang seri, pasak dan tunjang kepada pendekatan kepimpinan kerajaan sejak kira-kira lima puluh tahun yang lampau, kerajaan yang ada akan sukar digugat, malah akan terus mantap.
Lawatan dan majlis resmi tidak patut ada kerana ianya secara tidak langsung akan terdedah kepada barisan kepimpinan menerima maklumat-maklumat berbentuk bodek dan ampu yang disediakan secara resmi oleh para pegawai yang pastinya ada kepentingan.
Kalau didedahkan yang tidak baik dan kurang sempurna sebagai bahan taklimat umpamanya, pemberi taklimat dan jabatan/agensi yang diwakili akan menerima padah dari sudut prestasi dan reputasi. Kerana itu dalam penyampaian taklimat, segala kelemahan dan kegagalan disorok manakala kejayaan yang sedikit akan dipersohorkan.
Bahananya setiap rangka dan kerangka pelaksanaan sesuatu program atau dasar untuk kepentingan rakyat banyak yang melencong dan songsang berbanding dengan yang selari dan keperluan rakyat terbanyak. Kesannya imej, prestasi dan reputasi kerajaan rosak di mata rakyat.
Rasanya belum terlambat untuk pimpinan kerajaan mansuhkan majlis atau lawatan resmi, sebaliknya kena lebih banyak ikut resam kepemimpinan Khalifah Umar Ibnu Al-Khattab yang memikul sendiri guni gandung mencari rakyat jelata yang susah untuk dibantu tanpa menonjolkan diri siapa beliau sebenarnya.
Apa salahnya kalau Dato' Seri Najib tanpa menonjolkan dirinya sebagai perdana menteri yang bebas dari lensa kamera tv dan jurugambar media cetak menaiki keretapi, LRT, bas, kereta sewa dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat secara langsung tentang kualiti perkhidmatan pengangkutan awam itu.
Tidak salah kalau beliau menyamar sebagai pekerja ladang getah, ladang kelapa sawit, buruh binaan bangunan untuk dapatkan maklumat mengenai sektor berkenaan. Juga beliau boleh menyamar sebagai nelayan, sebagai petani, sebagai pelanggan yang berurusan dengan kaunter jabatan sektor awam, badan berkanun dan syarikat-syarikat swasta.
Tanpa memperkenalkan statusnya, beliau juga patut cuba berurusan dengan bank-bank perdagangan untuk dapatkan pinjaman, malah kena juga cuba berususan dengan ceti/ah long.
Para menteri, timbalan menteri, menteri besar, timbalan menteri besar, anggota exco serta wakil-wakil rakyat juga patut berbuat demikian dalam mendapatkan maklumat sebenar secara terus untuk nantinya dibentang dibahaskan di parlimen atau dewan undangan.
Dengan berbuat demikian ianya tidak akan melibatkan kos yang tinggi, maklumat yang diperolehi pula dapat dikumpul secara terus yang nantinya bolehlah dikesan sama ada pemberi taklimat atau proposal yang dikemukakan oleh kalangan tertentu, termasuk pihat kementerian atau jabatan benar-benar tulus dan telus dalam melaksanakan tugas atau pun bersifat membodek dan ampu.
Kes-kes apa yang dibentang dan dibahaskan di parlimen atau dewan-dewan undangan negeri tidak berapa selari dengan realiti sebenar keperluan rakyat sama ada dalam bentuk soalan dan usul mahu pun jawapan yang diberikan, pasti tidak akan berlaku apabila pihak pembangkang atau kerajaan menerima maklumat yang benar-benar tepat tentang sesuatu isu.
Kompleks pusat pemerintahan bagi saya tidak perlu kerana semakin besar dan canggih tempatnya, maka secara tidak langsung akan menjadikan pemimpin akan bertambah ada sekatan atau gate dengan rakyat.
Malah akan timbul rasa terlalu istimewa di kalangan pemimpin dan boleh menyebabkan mereka menjadi lupa bahawa mereka berstatus pemimpin pun kerana undi rakyat, sekaligus akan berlaku kes seolah-olah rakyat sebagai pemberi budi (undi) yang kena menjadi hamba kepada pemimpin/wakil rakyat selaku menerima budi (undi) rakyat.
Bila keadaan itu berlaku, para pemimpin akan semakin sukar untuk fahami kehendak dan keperluan sebenar rakyat manakala rakyat pula akan melihat pemimpin umpama bulan di langit yang tidak mudah untuk mereka gapai, malah adanya pemimpin atau wakil rakyat akan dilihat tidak memberi sebarang faedah kepada mereka sebagairakyat.
Apabila pemimpin (kerajaan) dengan rakyat tidak ada connection, mahu tidak mahu akan menimbulkan pelbagai masalah yang akan menyumbang kepada kerosakan imej, prestasi dan reputasi kerajaan pada mata rakyat terbanyak.
Pada saya rakyat akan lebih menghormati kepimpinan kerajaan kalau pejabat perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, timbalan menteri besar dan exco diadakan di masjid bagi yang beragama Islam to'kong atau biara bagi yang bukan beragama Islam.
Pejabat perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri barangkali sesuai ditempatkan di masjid negara manakala pejabat menteri besar dan timbalan menteri besar di masjid utama negeri masing-masing.
Manakala ketua jajahan di tempatkan di masjid jajahan dan penghulu/penggawa ditempatkan di masjid daerah.
Bila ditempatkan di masjid, maka mahu tidak mahu masalah rasuah, ponteng kerja, curi tulang dan sebagainya tidak akan berlaku kerana masing-masing akan bekerja dalam keadaan suci, setidak-tidak dalam keadaan sentiasa ada air sembahyang sebagai tanda beradab dan bersopan berada dalam kawasan masjid.
Rakyat nak jumpa pun tidaklah terpaksa berdepan dengan pelbagai protokol yang sebenarnya menjadi gate antara rakyat dengan pemimpin. Protokal itu sendiri sebenarnya dicipta oleh manusia dan bersifat memberhalakan sesama manusia sahaja.
Kalau itulah yang kerajaanb era kepimpinan Dtao' Seri Najib praktikkan, saya yakin kalangan alim ulamak dalam Pas sebagai parti pembangkang paling berperanan menggugat kerajaan Umno/BN akan dibubarkan kerana tidak ada sebab lagi untuk parti itu menentang Umno/BN.

No comments: