Sunday, April 12, 2009

MUNCUL KEMBALI (138)

Sekadar untuk hidup bukannya payah

APA sumber pendapatan enta selepas Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah tidak diterbitkan dan Mingguan Wasilah pula dah bertukar tangan dan khabarnya harga pertukaran itu belum dilunasi oleh orang yang mengambil alih pengurusan penerbitan Mingguan Wasilah?
Pertanyaan seorang rakan yang dulunya sangat rapat tetapi sekarang sudah renggang itu mengingatkan saya pada pertanyaan rakan-rakan ketika Harian Nasional tempat saya bekerja menghentikan operasinya, atau ketika saya mengambil keputusan berhenti dari Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), ketika saya berhenti dari menjadi Ketua Biro Harian Watan kerana enggan ditukarkan ke HQ i KL dan ketika kontrak saya tidak disambung oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan kerana saya banyak kritik kerajaan beretorikan slogan Membangun Bersama Islam.
Itulah yang lazimnya terjadi, ketika kita ada kerja, apatah lagi jadi boss dan jadi taukeh kawan keliling pinggang. Tukang pungut derma pun hari-hari datang jumpa. Bila dah hilang kerja, semuanya jauhkan diri. Barangkali takut kena belanja minum pagi atau makan tengahari hari.
Hakikatnya walaupun tidak menjawat apa-apa jawatan atau operasi niaga terhenti, hakikatnya saya tidak pernah berhenti bekerja atau pun berniaga. Dengan kata lain saya tidak pernah menganggur walaupun saya sekadar berkelulusan 4 thanawi, tidak ada degree atau pun diploma seperti kebanyak anak-anak muda sekarang.
Sejak mula menceburi bidang penulisan pada tahun 1973 ke mari saya tidak pernah bersara dari bekerja atau berniaga. kerja saya adalah menulis. Perniagaan saya juga adalah menulis kerana setiap apa yang saya tulis dibayar. Bila hasil kerja dibayar dan untuk dapatkan tempat penyiaran memerlukan kualitinya tersendiri, bagi saya ianya adalah suatu bentuk perniagaan.
Hasil kerja saya itulah yang menyara hidup saya sekeluarga, membesarkan enam orang anak termasuk pembiayaan pelajaran mereka ke universiti, malah sekarang ini pula ikut menanggung anak yang sudah berkahwin, menantu dan cucu. Hasil menulis dan berniaga tulisan jugalah saya boleh beli kereta terpakai (Bluebird 1.0 cc, Audi 2.0cc dan Kancil 850cc) serta melunasi segala bil.
Dari hasil kerja dan perniagaan menulislah saya kumpul wang sehingga mampu mendanakan perniagaan bagi menerbitkan buku dan seterusnya akhbar mingguan dan majalah bulanan walaupun usaha saya berkesudahan dengan gagal kerana kehabisan dana apabila tidak ada pulangan bagi pelaburan yang dibuat.
Setakat ini tidak ada pinjaman dari mana-mana institusi kewangan yang dibuat kecuali dari TEKUN sebanyak RM30,000 untuk mendanakan perniagaan penerbitan mingguan akhbar mingguan dan majalah yang sepatutnya kena mempunyai dana tidak kurang dari RM500,000.
Maknanya sekadar untuk keperluan hidup sendiri dan keluarga, saya tidak perlu ada kerja lain selain dari menulis dan juga tidak perlu berniaga pun. Tetapi demi memenuhi tanggungjawab sosial, supaya rezeki yang diperolehi dikongsi dengan anak bangsa sendiri, maka saya menceburi bidang perniagaan walaupun kerananya wang simpanan yang sepatutnya boleh memewahkan keluarga habis begitu sahaja apabila pelaburan yang dibuat tidak ada pulangan.
Apakah saya tidak merasa rugi?
Jawabnya tidak.
Mungkin kerana wang yang saya perolehi tidak banyak mengeluarkan peluh dan ianya datang dari hasil tarian dua batang jari saya pada mata mesin taip dan sekarang ini pada papan kekunci komputer.
Lazimnya untuk tulisan ke ruangan pendapat Utusan Malaysia, saya dibayar RM100 ke atas untuk sekali siar. Dalam sebulan paling tidak pun untuk ruangan pendapat sahaja kadang-kadang 10 tulisan saya disiarkan.
Untuk cerpen di majalah terbiatan Kumpulan Karangkraf, saya dibayar RM150 dan untuk cerpen atau tulisan di pelbagai majalah dan akhbar, saya dibayar RM100 ke atas.
Purata karya saya yang tersiar setiap bulan adalah 30 karya, yakni satu karya sehari. Saya tidak memilih ruang atau standard majalah atau akhbar untuk dihantar karya, asalkan ia berbayar akan saya hantar karya walaupun majalah dan akhbar dikategOrikan kelas nyamuk. Kerana itu saya guna pelbagai nama.
Kalau 30 karya dibayar RM100 setiap satu, apakah saya tidak mampu untuk sara hidup keluarga di Kota Bharu? Apakah saya dan anak bini boleh kebulur?
Kerana itu saya sering kata, kalau diberikan saya sejutar hektar kawasan balak saya akan mati kebulur kerana saya tidak ada kepakaran dalam bdang berkenaan tetapi jika diberikan saya sebatang pen dan sehelai kertas (sekarang ini mungkin sesuai jika dikatakan jika saya diberikan sebuah komputer riba yang dilengkapi dengan broadband, buanglah saya di mana-mana pun di muka bumi ini, saya akan mampu berikhtiar untuk membina hidup.
Untuk jawapan kepada pertanyaan rakan lama yang dulunya sangat akrab tetapi kini amat renggag: apa sumber pendapatan saya selepas Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah tidak diterbitkan dan Mingguan Wasilah pula dah bertukar tangan dan khabarnya harga pertukaran itu belum dilunasi oleh orang yang mengambil alih Mingguan Wasilah, sebenarnya saya ada sumber dan pendapatan untuk hidup, saya tidak perlu mengemis dan mengharapkan ihsan sesiapa.
Masa Mingguan Konsep dan majalah Wsilatul-Ummah beroperasi pun, saya tidak senaraikan nama saya sebagai penerima gaji kerana saya sudah ada pendapatan lain untuk tampung keperluan keluarga.
Sama ada semasa menerbitkan Sari Peristiwa atau Siri Membangun Bersama Islam mahu pun siri Al-Falah (tetapi tidak sempat untuk kakitangan Mingguan Konsep dan majalah Wasilatul-Ummah)saya katakan kepada bertugas bekerjalah dengan menganggap bekerja untuk syarikat sendiri.
Kalau syarikat gagal anda semua akan kehilangan pekerjaan dan pendapatan tetapi saya mampu terus hidup kerana dua batang jari saya dengan izin-Nya mampu untuk memberikan pendapatan bagi menyara hidup saya da keluarga.
Kerana itulah juga saya tidak pernah takut untuk berhenti kerja apabila majikan atau pekerjaan yang menjadi tanggungjawab saya dirasakan bercanggah dengan prinsip saya.
Bila saya tidak terikat dengan kerja yang mana saya dibayar gaji atau apabila saya tidak sibuk dengan urusan perniagaan, bermakna masa saya untuk berkarya lebih banyak, sekali gus lebih banyak karya dapat saya hasilkan dan bayarannya juga tentulah akan bertambah banyak.
Dengan kemahiran yang saya ada, memang saya boleh 'agas' dan 'ego' kalau saya mahu tetapi saya cuba elak dari belagak demikian kerana saya tahu Islam, Allah dan rasul-Nya tak suka. Saya juga boleh hidup dengan dunia saya dan tidak perlu buka perniagaan dan berdepan dengan risiko kegagalan kalau saya jenis berkepentingan diri dan berprinsip pergi mampus anak bangsa dengan penganggurannya.
Tetapi demi keperluan kepentingan sosial dan rezeki perlu dikongsi dengan kalangan kurang bernasib baik terutama anak bangsa yang menganggur kerana hanya ada ilmu tetapi tidak ada kepakaran yang boleh mendatangkan sumber pendapatan, maka saya buka perniagaan walaupun sering gagal dan akan terus gagal kerana antara kelemahan saya ialah saya tidak pandai mengurus manusia dan mengendalikan akaun kerana itu bukan bidang saya.
Semasa bertugas dengan Harian Watan misalnya, saya boleh beri syarat kepada orang bawahan saya yang bertugas di unit pengiklanan dan pemasaran supaya jangan naik opis jumpa saya kalau hasil pungutan iklan dan jualan akhbar tidak sampai target, menjadikan Biro Kelantan mengaut perolehan melepasi target HQ dan muncul sebagai biro terbaik setiap bulan. Gaji saya naik setiap bulan.
Tetapi untuk syarikat sendiri saya tidak boleh setegas itu dengan kakitangan menyebabkan pelaburan pertama RM180,000 untuk biayai penerbitan Minggguan Fajar Islam hangus dan pelaburan kedua RM120,000 untuk biayai Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah juga hangus menjadikan tahun ini sahaja saya kehangusan wang sebanyak RM300,000, malah saya terhutang pula dengan TEKUN sebanyak RM30,000. Jumlah itu belum dikira intrestnya.
Gaji kakitangan juga tertunggak kerana tidak ada pulangan dari pelaburan. Macam mana pun hasil kerja keras dua batang jari saya yang tidak pernah jemu menari menekan kekunci komputer bukan sahaja tunggakan gaji akan dapat dilunasi dalam tempoh terdekat tetapi penerbitan Mingguan Konsep dan Majalah Wasilatul-Ummah akan kembali on semula, Insyallah!

9 comments:

NURHAKIMIN NOOR said...

Salam Abang Li. Saya juga adalah bekas seorang usahawan yang bankrap. Nasib kita sama. Saya cukup kenal Abang Li,tahu perangai Abang Li walaupun Abang Li barangkali tak ingat saya lagi. Sumbangan Abang Li RM10,000 sepuluh tahun lepas telah menjadikan saya usahawan yang agak berjaya. Abang Li bagi sumbangan, bukannya pinjaman setelah saya mengadu betapa sukarnya saya untuk dapatkan pinjaman bank. Dari hanya tiga pekerja yang sekadar tahu membaca dan menulis, akhirnnya saya ada 12 pekerja degan lapan daripadanya sisawazah. Keadaan ekonomi tidak menentu, kesannya turut menimpa saya. Saya jatuh bankrap. Siswazah yang saya harap dapat membantu menambah-baik perniagaan saya menjadi pemusnah dengan teori-teori yang bila dipraktikan ternyata membawa kepada kemusnahan.
Dalam kes Abang Li, (saya rasa Abang Li guna siswazah kerana dulu Abang Li sering kata kesian para siswazah terpaksa menganggur dan Abang Li akan cuba membuka peluang kerja untuk mereka) saya rasa kesilapan Abang Li kerana percaya bahawa para siswazah boleh membantu Abang Li menjadi usahawan yang berjaya dan Abang Li telah terperangkap. Para siswazah hanya mampu berteori tetapi teori tidak semestinya teorinya menjadi dalam bentuk praktikalnya.
Siswazah mahu dibayar gaji tinggi tetapi hasil kerjanya tidak mampu memberi pulangan kepada syarikat. Kerana itu ramai di kalangan mereka sanggup menganggur dan tidak berani berdikari pun. Bila kita bukan siswazah ambil mereka bekeja, pelbagai teori dibuat dan padahnya kita yang lingkup dan bankrap.
Saya sedih baca komen-komen berikut (melalui posting PERLUKAN KHIDMAT PENYNTINGAN & LAYOUT) yang saya pasti angkara para pekerja Abang Li;

February 4, 2009 6:45 PM
asz said...
saya sedih dan teramat sedih kerana pihak pengurusan terutama ketua pengarang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pekerja2 nya...walaupun seringkali bersms, telifon, atau bersua muka...ketua pengarang sering memberi kata2 dan janji2 manis... tapi sayangnya semuanya hampa belaka...sebagai bekas pekerja MELI MEDIAPLUS..saya amat kecewa kerana diperlakukan sedemikian...mana tanggungjawab bos pada semua pekerjanya???.. walaupun dia tahu sy mempunyai masalah..dia juga mempunyai masalah...tapi jgn dicampurkan dengan hal peribadi...
hinggakan semua pekerjanya diabaikan...
pasal tu la tenaga kerja semakin kurang kerana dek tak tahan dengan pengurusan... maafkan sy jika en ramli terasa...siapa makan cili dia tersa pedasnya...
para pekerja sedaya upaya menaikkan syarikat MELI ini..sanggup bersengkang mata hingga ke awal pagi...x cukup tidur..agar dpt memberi kepuasan pada bos..dan mendapat bayaran yg setimpal..
tp nampaknya hasil usaha & pengorbanan kami semua sia2 belaka...
akhir kata walau sejauh mana en ramli pergi...INGATLAH,..tanggungjawab en ramli pada semua pekerja belum terlangsai lagi...HARAP en ramli paham masalah kami..jgn heret kami sekali dlm masalah encik...
Wassalam....

February 19, 2009 12:31 AM
Anonymous said...
sy stju dgn kata2 cik asz...sbbnya sy salah sorg mgsa..

February 19, 2009 1:46 AM
Anonymous said...
bakpojadi gitu abe li
March 1, 2009 7:13 AM
Anonymous said...
YA ALLAH....
KENAPALAH AKU JADI MANGSA DIA NI...
BILA NK BAYAR GAJI OIII!!!!
DH BERBULAN2 DH NI...
KLU X MAMPU BYR PEKERJA..X PAYAH BUKAK SYARIKAT!
KLU CALL @ SMS X BLS2, X JAWAB...
SENGAJA CARI ALASAN UZUR LA, KAT LUAR LA..KONON CARI PITIH!!!...
KATA DOK CARI PITIH TAPI PITIH PEKERJA X JUGAK BAYAR2!!!
GUNA KERINGAT PEKERJA...TAPI KERJA PENAT KAMI X DAPAT SESEN PUN!
JANGAN BUAT NAYO KAT ORE WEH...
INGAT! X SELAMAT HIDUP...

March 3, 2009 2:52 AM
Anonymous said...
Jangan jadi janji hanya tinggal janji. Nanti merana lagi anak bini orang

March 6, 2009 3:42 PM
Anonymous said...
Jangan cuba menjahanamkan diri dengan cita-cita kosong

SAYA TAU ABANG LI SEORANG YANG SANGAT SABAR, BANYAK MEMBANTU ORANG TANPA MEMINTA BALASAN. ALLAH PASTI AKAN MENOLONG ABANG LI.

BERDASARKAN KOMEN-KOMEN YANG DIHANTAR, SAYA NAMPAK PEKERJA ABANG LI HANYA MAHU AMBIL KESEMPATAN DAN TIDAK ADA NIAT UNTUK MEMBANTU ABANG LI MENJADI SEORANG YANG BERJAYA PUN.
ABANG LI TELAH TERPERANGKAT OLEH ANGKARA MANUSIA-MANUSIA YANG BAGI SAYA SANGAT CELAKA. MEREKA MAHU ABANG LI JADI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. PEKERJA SEDEMEKIAN AKAN DILAKNAT.

SAYA SENDIRI MULA BANGKIT SEMULA KERANA BERPEGANG KEPADA KATA-KATA ABANG LI, KALAU MAHU BERJAYA KENA BERSEDIA UNTUK GAGAL.

SAYA KINI DIBANTU OLEH DUA PEKERJA ASAL SAYA YANG HANYA SEKADAR TAHU MEMBACA DAN MENLIS, BUKAN SISWAZAH. RASANYA SAYA TAK AKAN AMBIL LAGI PEKERJA BERIJAZAH.

INSYAALLAH, KALAU SAYA DAH ADA KEMAMPUAN, SAYA AKAN BANTU MEMBERI DANA KEPADA ABANG LI SEBAGAIMANA ABANG LI PERNAH BERI PADA SAYA WALAUPUN ABANG LI TIDAK MINTA SAYA BALAS.

RAKAN SAYA YANG TURUT MENERIMA BANTUAN RM15,000 DARI ABANG LI DULU DAN BEJAYA DALAM INDUSTRI PNGAKUTAN PUN SUDAH JATUH.

KATANYA KERANA KESILAPAN MENAMBAH PETUGAS DI KALANGAN SISWAZAH. DIA KATA DIA NAK JUMPA ABANG LI TETAPI MALU KERANA DALAM KEADAAN ABANG LI SUSAH, DIA TAK TERDAYA MEMBANTU.

SEMUGA ABANG LI KEKAL DENGAN SIFAT SABAR DAN AKAN BERJAYA DALAM APA JUA YANG DIUSAHAKAN!

Kawan Lama di UPKn said...

AKU pun terkejut baca komen-komen yang Nurhakimin Noor petik dalam komennya.
Setahu aku Meli bukan lagu tu. Masa di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dulu dulu kalau penderha yang dihalau dari pejabat MB (termasuk Cina mualaf) datang ke UPKn, dia akan beri derma dan kata duit yang diberi adalah sumbangan MB, pejabat MB atau keajaan negeri walaupun duit itu kepunyaan dia. Kononnya nama baik MB, Pejabat MB dan Kerajaan kena jaga.
Mintalah bola ke jersey ke, simin nak siapkan rumah ke atau mangkuk tandas, Meli buwi belaka dan akan diberitahu bahawa sumbangan itu adalah dari wakil rakyat di kawasan dari mana datangnya penderma.
Kalau betullah Meli tak bayar gaji pekerja maknanya Meli sesak benar dan aku yakin Meli akan bayar bila dia ada duit. Aku sendiri pun ada berhutang dengan Meli dan tak bayar lagi. Meli tak pernah minta pun.
Pengomen-pengomen yang hantar komen melalui Meli blog berniat jahat untuk aibkan Meli. Pasti pengomen dari jenis mulut dan perut busuk. Maki dan aibkan boss samalah seperti aib dan malukan makpak sendiri. Manusia lagu ni payah rezeki, kalau mereka siwazah patutlah kena kena menganggur dan kelulusan yang ada tak laku gadai.

Pekera Setia said...

Saya adalah antara kakitangan syarikat milik Encik Ramli yang masih mengharapkan keadaan kembali pulih dan saya mahu terus bekerja kerana Encik Ramli pada saya tidak ada sikap big boss, semasa bekerja sukar untuk bezakan antara boss dengan anak buah.
Sewaktu datang sessi kenalsuai, Encik Ramli seingat saya dah beritahu bahawa syarikatnya kecil, tidak ada supporter dan di peringkat berjuang untuk membina jaya. Bakal petugas diminta menjadikan bertugas di syarikatnya sebagai pilihan terakhir. Kebanyakan yang datang bekerja adalah yang terlalu mendesak supaya diambil bekerja, malah ada yang datang awal bertugas sebelum tarikh sepatutnya.
Dalam menyempurnakan tugas, Encik Ramli tidak penah merungut, kerja-kerja yang gagal disiapkan oleh petugas telah disiapkannya sendiri, malah beliau sendiri akan ke kilang cetak dan bersengkang biji mata sehingga jam 3.00 pagi, ketika para pekerja sedang enak dibuai mimpi. Encik Ramli boleh ikut sama dengan kelendan lori angkat turun majalah dan akhbar, kerja yang tidak dilakukan oleh unit lain selain dari unit pengedaran.
Sepanjang pengtahuan saya, dalam penyenaraian gaji, Encik Ramli tidak pun menyenaraikan namanya sebagai penerima gaji dari syarikat, sebaliknya segala sumber pendapat peribadinya dimasukkan ke dalam akaun syarikat menjadikan kerani akaun sering keliru apabila dalam rekodnya tidak ada kemasukkan tetapi bila sampai waktu bayar bil telefon, api dan air, syarikat mampu bayar.
Faktoir utama kegagalan Mingguan Konsep dan Majalah Wasilaturl-Ummah adalah kerana tidak ada satu iklan pun yang masuk di samping hasil jualan juga sangkut. Bagi mereka yang telibat dalam bidang penerbitan akhbar dan majalah pasti tau, tanpa iklan, nafas penerbitan akan tersangkut.
Dalam pernajian surat tawaran, disyaratkan setiap petugas kena memberikan pulangan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada jumlah gaji tawaran gaji, Macam mana semua petugas termasuk saya gagal memenuhi syarat itu. Padahnya Encik Ramli tersungkur.
Pun begit saya boleh kagum dengan Encik Ramli kerana dalam keadaan serba sukar beliau masih mampu tersenyum dan tersengih, malah sanggup pula turut padang sendiri mencari punca masalah. Encik Ramli sendiri turun jumpa pengedar.
Saya mendapat maklum Encik Ramli cukup kecewa kerana ada ada pengedar yang mendakwa, malah tunjuk bukti bahawa bayaran sudah dibuat tetapi duitnya tidak sampai kepada syarikat. Macam mana pun Encik Ramli tidak warwarkan hal itu yang merupakan antara faktor kenapa perniagaan yang dibina dengan payah boleh lingkup.
Sikap tidak jujur, kualiti kerja yang tidak seberapa dan masalah kerja tidak siap ikut date-line adalah antara segala-galanya kelam-kabut dan menjadi antara punca malah. Tetapi Encik Ramli tidak merungut, sebaliknya telah menggunakan segala kudrat dabn masa yang ada untuk pulihkan keadaan.
Saya sering dengar dia kata dia sanggup gagal sejuta kali lagi sebelum berjaya dan kakitangan atau bekas kaitangannya boleh kata apa sahaja ata boleh memburuk dan membusukkannya tetapi Allah Tahu apa yang terkandung dalam hatinya.
Mereka yang memburuk, membusuk atau cuba mengaibkannya tidak ada pengalaman dalam bidang penerbitan. Kerana itu mereka boleh tuduh apa sahaja dan katanya dia sentiasa memaafkan mereka, malah kalau mereka dapat kerja tempat lain, mereka akan menjadi antara pekerja yang disenangi oleh majikan dan mendatangkan laba kepada majikan.
Dia juga pernah kata, para pekerja boleh kutuknya tetapi kalau bekerja tempat lain dan timbul masalah, jangan kutuk majikan takut majikan tidak akan maafkan. Dia tak apa kerana dia sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang dirasakan pernah menyakiti hatinya. Dia tidak mahu akan ada hamba-Nya yang terlekat dosa dengannya.

Kawan Lama di UPKn said...

Minta maaf aku ualangi kone aku yang salah eja.....

AKU pun terkejut baca komen-komen yang Nurhakimin Noor petik dalam komennya.

Setahu aku Meli bukan lagu tu. Masa di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dulu dulu kalau peminta derma yang dihalau dari pejabat MB (termasuk Cina mualaf) datang ke UPKn, dia akan beri derma dan kata duit yang diberi adalah sumbangan MB, pejabat MB atau keajaan negeri walaupun duit itu kepunyaan dia. Kononnya nama baik MB, Pejabat MB dan Kerajaan kena jaga.

Mintalah bola ke jersey ke, simin nak siapkan rumah ke atau mangkuk tandas, Meli buwi belaka dan akan diberitahu bahawa sumbangan itu adalah dari wakil rakyat di kawasan dari mana datangnya peminta penderma tu.

Kalau betullah Meli tak bayar gaji pekerja maknanya Meli sesak benar dan aku yakin Meli akan bayar bila dia ada duit. Aku sendiri pun ada berhutang dengan Meli dan tak bayar lagi. Meli tak pernah minta pun.

Pengomen-pengomen yang hantar komen melalui Meli blog berniat jahat untuk aibkan Meli. Pasti pengomen dari jenis mulut dan perut busuk. Maki dan aibkan boss samalah seperti aib dan malukan makpak sendiri. Manusia lagu ni payah rezeki, kalau mereka siwazah patutlah kena menganggur dan kelulusan yang ada tak laku gadai pun.

Rakan Sekursus EDP-1 said...

Bila baca komen-komen tentang kegagalan Meli dalam perniagaan, khabarnya ini bukan kegagalan pertama Meli yang mula berniaga pada tahun 1982 kalau tidak silap saya selepas menyertai kursus melahir dan membina usahawan (EDP-1) anjuran Jabatan Kebuayaan Belia dan Sukan, nampak sangat para pekerjanyalah yang telah membuatkan Meli kecundang.
Masing-masing tidak menolong menghidupkan syarikat tetapi bertindak untuk memampuskannya. Antara sebabnya barangkali kerana para pekerja berijazah manakala Meli pula sering mengaku tidak berilmu. Para pekerjanya tidak mampu menangkap maksud tidak berilumya itu walaupun dia tidak berijazah tetapi tahap keilmuannya bukan sembarangan.
Sebab lain kerana Meli tdak cuba membezakan antara dia sebagai boss dengan para pekerja. Sikap ini sangat merbahaya kerana para pekeja boleh pijak kepala boss. Masa kursus EDP-1 lagi Meli pada saya menunjukkan sikap yang enggan dianggap boss walaupun beliau layak. Ini terbukti apabila dia menolak untuk dilantik sebagai ketua kumpulan peserta bagi merangka, menghasil dan membentangkan kertas kerja. Tetapi dia yang membuat segalanya. Kerja dia suka, jawatan dia tak mau. Pelik tapi benar. Itulah Meli yang saa kenal.
Kerana itu saya yakin ketabahan, kebaran dan komitmen terhadap apa yang dilakukan, akhirnya akan menjadikan beliau seorang orang yang berjaya juga sudahnya. Manakala para pekejanya adalah antara tenaga manusia yang tidak akan diterima oleh mana-mana majikan jika dalam temuduga untuk dapat kerja di mana-mana penemuduga dapat kesan merekalah bekas pekerja Meli. Kalau diteima kerja pun mungkin pada tahap kerani cabuk walaupun berdiploma atau berijazah.
Setahu saya suara Meli dan memonya ada harga kalau dalam bidang kemediaan di negara ini. Anak buahnya masa Harian Watan dulu semua dapat kerja apabila diberi rekmin ekoran biro Kelantan ditutup kerana Meli enggang ditukarkan ke HQ di KL.Kebanyakan mereka yang berpower di media cetak dan elektronik mengenalinya, malah menghormatinya.
Sepatutnya kalau dirasakan syarikat Meli sudah sesak nafas, para pekerjanya kena cepat-cepat minta dia rekminkan kerja di mana-mana majalah, akhbar atau stesen tv dan radio, bukannya cuba mengaibkabnya melalui komen dalam blog yang saya yakin Meli yang serba selamba akan tersenyum kalau pun tidak ketawa berdekah-dekah membacanya. Bagi Meli orang cerca tak apa kerana beliau tak akan rugi. Dia akan dapat pahala, yang cerca dapat dosa. Siapa laba.
Terbukti rata-rata pekerja Meli tidak cerdik dan tidak hairanlah kalau perniagaan Meli sangkut kerana mereka. Sikap mudah berkiranya menyebabkan Meli terperangkap. Tetapi saya yakin Meli mampu bangkit semula kerana kejayaan adalah milik oang yang tidak takut gagal. Saya berjaya dalam perniagaan pun kerana berpegang kata azimat Meli. katanya, kalau nak berjaya kena sanggup gagal. Kejayaan sebenar adalah milik mereka yang pernah ada pengalaman gagal.

GU MAT BU..... said...

Anonymous said...
sy stju dgn kata2 cik asz...sbbnya sy salah sorg mgsa..

MANGSA GGAPO NI MELI?. MU BAHANG PUNGGO BUDAK-BUDAK MU KE? NAMPOK BERJURUS, BERJANGGUT. MU NI JENIS JILAT JUGA KE?. AKU TAK APA LA, AKU TAK MENGAJI SEKOLAH ARAB SERUPO MU.

aku pun gu mat bi....juga said...

Kalau budak-budakmu kengkang gat jange dok lok terkenkeng begitu jah, patut jilat...jilat, Meli...kalau patut sumbat...sumbat. Daripada mampuh lluar baik mampuh ddalam. Rezeki jangan ditolak, muuh jangan dicari. Ko guano keneh?

The Blues Mind said...

Kalu Meli tok rok mengakat hadas, cuit mari...aku boleh tulung sumbat, kalu beraso tok cukup besar dan tak cukup panjang barang aku... aku sumbat dengan ulu sambal hak baru guna tumbuk sambal.

Gu sekampung said...

Nyayo mu Meli, mu bulih pekerja jenis beruk kekoh tuan. Kalu ada piyih tiga kontena pun habis licin