Dana Penggerak Industri Negara perlu dipermudahkan syarat agihan
SEBAGAIMANA dana dari tabung bagi pembiayaan pesakit yang kurang mendapat sambutan walaupun pesakit yang memerlukan bantuan kewangan, malah yang terpaksa menangguhkan pembedahan kerana gagal menyediakan bayaran yang diminta oleh pihak hospital ramai, nampaknya Dana Penggerak Industri bagi pembiayaan penerbitan buku oleh penerbitan Bumiputera mengalami masalah yang serupa.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Datuk Tarmuzi Abdul Aziz diktakan berkerut dahi kerana dana bagi tujuan itu yang disalurkan melalui DBP berjumlah RM10 juta pada tahun 2007 gagal dihabiskan. Setakat ini cuma RM3 juta daripada RM10 juta yang digunakan. Sepatutnya paling kurang pun RM8 juta digunakan.
Saya berpengalaman menjaga anak saya yang terlantar di hospital selama tiga bulan, beberapa minggua di Hospital Kuala Kuala Lumpur (HKL) dan selebihnya di Hospital Raja Perempuan Zainaib II Kota Bharu (belanja ditanggung sendiri) dan sempat berbual dengan pesakit yang sepatutnya dibedah tetapi terpaksa ditunda kerana gagal menyediakan wang untuk kos pembedahan.
Apabila diberitahu tentang tabung yang disediakan untuk pembiayaan pesakit, pihak keluarga pesakit yang mendakwa tidak tahu menahu tentangnya telah menemui pihak pengurusan hospital untuk dapatkan kemudahan itu. Macam mana pun saya diberitahu bahawa permohonan tidak berani dibuat kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat.
Tidak hairanlah kalau berdepan dengan masalah sakit kronik, maka ramai yang sanggup menggadai maruah memohon menderma dengan meniarakan masalah lengkap dengan gambar sekali sama ada melalui akhbar atau kaca televisyen, bukannya dipohon dari tabung yang menyediakan dana untuk itu.
Pada saya, ada kemungkinan Dana Penggerak Industri Negara menghadapi masalah kekurangnan penerbit memohon kemudahan dana itu kerana syarat-syarat untuk layak memohon, apatah lagi menerima dana berkenaan terlalu ketat dan kenaan prosudur yang kurang meyakinkan pemohon.
Saya sendiri sebagai penerbit yang menerbitkan dua akhbar mingguan dan satu majalah bulanan serta dalada 10 judul buku yang sudah siap dalam bentuk pra-cetak dan sudah pun ada nombor ISBN yang disenaraikan dibawah rangka dan kerangka menerbitkan sebulan sejudul buku tidak berani membuat permohonan apabila meneliti syarat-syarat sebagaimana yang disiarkan dalam majalah-majalah terbitan DBP.
Sebelum ini saya telah membuat permohonan pinjaman dengan pelbagai institusi kewangan setelah pegawai-pegawainya datang dan dan menyarankan saya membuat permohonan pinjaman. Tetapi setelah lebih setahun permohonan dihantar, tidak ada sebarang. Apabila dihubungi untuk mengetahui status permohonan, pihak bank minta maaf kerana permohonan tidak boleh diproses kecuali jika saya menyediakan cagaran.
Kepada saya kalau saya ada tanah untuk dicagarkan dengan jumlah kelulusannya akan lebih rendah dari harga sebenar tanah, daripada dijadikan cagaran lebih baik saya jualkan sahaja tanah untuk dijadikan modal. Kerana saya tidak ada tanah dan sumber lainlah, maka saya minta pinjaman dengan bank.
Sudahnya saya terpaksa membuat pinjaman dengan ceti setelah hari-hari mereka datang memujuk supaya saya buat pinjaman dengan mereka. Syarat pinjaman cukup mudah, jawab sahaja pertanyaan tentang berapa yang diperlukan tanpa perlu menyediakan sebarang dokumen selain dari kena menyediakan cek bayaran pada nilai 10 peratus setiap minggu dari jumlah pokokpinjaman.
Kelulusannya kurang dari 10 minit. Walaupun pinjaman ceti adalah haram, namun atas alasan darurat demi untuk memastikan kalangan yang menganggur dapat disediakan pekerjaan, maka pinjaman dengan ceti dibuat kerana ianya mudah dan tidak banyak syarat serta prosedur.
Kalau dengan ceti yang perlu dibayar RM10,000 seminggu bersamaan dengan RM40,000 sebulan untuk pinjaman berjumlah RM100,000 pun sanggup dipinjam bagi menambah dana perniagaan, apakah orang macam saya bukan seorang peniaga yang serius dalam urusniaga untuk dipertimbangkan pinjaman mudah oleh institusi kewangan, apatah lagi oleh yang diberi amanah menyalurkan dana seperti DBP.
(Kepada saya para peniagaan yang sanggup meminjaman dengan ceti patut diberi keutamaan bagi dipertimbangan kelulusan pinjaman atau sumbangan dana kerana kalau mereka tidak ada kesungguhan dan keyakinan terhadap apa yang diniagakan, mereka tidak akan sanggup mengambil risiko pinjam dengan ceti yang kenaan bunganya sangat tinggi).
Rasanya tidak mustahil pengagihan Dana Penggerak Industri Negara yang diktakan menghadapai masalah kurang mendapat sambutan di kalangan penerbit Bumiputera adalah kerana sistem pengurusan sama dengan satu skim di Perpustakaan Negara Malaysa (PNM).
Skim Di PNM dikatakan setiap judul buku yang diterbitkan kononnya lengkap dengan nombor ISBN walaupun diterbitkan oleh penulis sendiri akan dibeli oleh PNM pada kadar RM25,000 untuk setiap judul. Malangnya (Saya ada pengalaman dalam hal ini) apabila dihantar buku untuk dinilai, setelah enam bulan tidak ada sebarang jawapan diterima. .
Yang kena diketahui oleh pengurusan institusi keawangan dan pengendali dana, urusniaga perlu cepat dan ligat. Peluang yang datang akan cepat pergi kepada pihak lain kerana dunia perniagaan adalah dunia persaingan.
Kalau sampai enam bulan atau setahun surat permohonan yang dfihantar belum diproses, sebuah perniagaan yang rancak urusniaganya mungkin sudah mulai malap kalau pun tidak lingkup apabila penambahan dana yang diperlukan tidak dapat diadakan.
Sebuah akhbar mingguan saya yang mampu dijual 50,000 naskah seminggu pada kadar harga RM2 senaskah dan majalah bulanan saya yang terjual 15,000 naskah sebulan dan dijual pada kadar RM6 senaskah terpaksa dihentikan penerbitannya kira-kira sebulan lepas apabila segala keuntungan terpaksa dibayar hutang ceti pada kadar RM10,000 seminggu.
Kalau permohonan saya dengan institusi kewangan diluluskan atau pun saya diberi dana oleh Dana Penggerak Industri Negara, operasi akhbar mingguan dan majalah bulanan saya itu tentu masih dapat diteruskan dengan 12 pekerja yang mana sebilangan besarnya adalah siswazah tidak akan terpaksa kembali menganggur.
Seandainya Dana Penggerak Industri Negara dipermudahkan syarat untuk memohon dan mendapatkannya, saya berjanji saya adalah merupakan penerbit Bumiputera pertama sama ada melalui Meli Industry, Meli Mediaplus, Meli Infomedua atau pun Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd yang akan membuat permohonan untuk mendapatkan kemudahan itu bagi menggerakkan semula akhbar mingguan dan majalah bulanan yang dihentikan sementara operasinya kerana masalah dana dan 10 judul buku yang telah siap pada peringkat pra-cetak akan diterbitkan.
RM1 juta adalah jumlah dana yang cukup mudah untuk saya mencipta kejayaan kerana ada mingguan yang kini masih mampu bertahan di pasaran dimulakan dengan modal pernmulaan RM5,000 (Ringgit: Lima Ribu Sahaja). Soalnya siapa yang sanggup beri saya dana RM1 juta. Ada bank yang saya pohon pinjaman RM500,000 hanya sanggup luluskan setakat RM100,000 sahaja, itu pun kena ada cagaran.
Sebenarnya turunlah peniaga dari langit sekali pun kalau dananya tidak cukup pasti akan gagal dan sejakun-jakun mana pun seseorang peniaga itu pasti akan berjaya kalau dana yang dimiliki mengatasi jumlah sebenar yang diperlukan. Hal ini patut ada dalam kepada orang bank dan pengendali dana kalau betul-betul mahu pastikan dasar Ekonomi Baru (DEB) mencapai matlamat.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Teruskan usaha baik demo meli. Nasihat ambo demo teruskan menulis berdasarkan fikrah dan mood rakyat. Ikut arus rakyat walaupun kita ada berlawan arus. Biasalah hidup cari makan dalam industri kewartawanan ni. Pembaca dan pembeli adalah rakyat
Kalau saya ada RM1 bilion, aku sanggup sedekahkan RM500 juta untuk orang macam Encik Ramli ni berniaga.
Orang macam ni 'lah patut dibantu, ada kesunguhan dalam berniaga walaupun dihalang oleh masalah dana.
Aku yakin Encik Ramli akhirnya akan berjaya kerana sebagaimana yang Encik Ramli tulis dan saya pernah terbaca, kejayaan adalah hak orang yang berani gagal.
Tidak ada kejayaan tanpa kegagalan dan tidak ada kegagalan tanpa kejayaan, bukan di samping kesusahan ada kesenangan dan di samping kesenangan ada kesusahan. Itu kata al-Quran yang merupakan Kalamullah.
Institusi kewangan dan mereka yang ada wang berlebihan rugi besar tak bantu orang macam Encik Ramli, kalau tak mahu sumbang dalam bentuk sedekah/derma dana, boleh sumbang dalam bentuk pinjaman mudah dan ditetapkan sedikit keuntungan halal diterima.
Pengalaman gagal itu adalah eset yang paling penting bagi membina kejayaan.
ADAKALA SESETENGAH ORANG SUKA BERGEBANG BESAR UNTUK MENDAPAT SIMPATI, SALAHKAN PELBAGAI PIHAK. TUNJUK 1 JARI KEPADA ORANG LAIN, 4 JARI TERTUDING KE MUKA SENDIRI...
setelah berpuluh2 panggilan saya buat kpd tuan empunya MELI INDUSTRY tidak pernah dijawab, diajak berjumpa untuk menyelesaikan hal yang tidak selesai ditolak mentah2, setelah begitu byk sms yg saya hantar tak berbalas kebelakangan ni, RAMLI ABDUL HALIM yg sebelum ini saya hormati kerana pengalamannya dlm penulisan rupa2nya telah menjadi seorang PENGECUT yg mengelak diri dr hutang2 gaji terhadap staf2nya, serta SANGAT TIDAK GENTLEMAN kerana tidak mampu untuk bersemuka secara jujur terhadap saya, seorang wanita yg dikira pangkat anak kepadanya (saya tidak mahu mengaitkan dengan urusan beliau terhadap staf2 lain, sy menulis atas dasar diri saya sendiri).
Tulisan ini saya buat kerana telah TERLALU KECEWA dengan layanan dan perbuatan tidak bertanggungjawb beliau terhadap saya. Dengan tulisan ini saya berharap sekalian yg membaca blog beliau ini dan terpukau dengan segala kata2 retorika yg ditulis akan lebih mengenali siapa sebenarnya tuan punya syarikat meli. Tulisan2 yg berat sebelah ditulis oleh beliau tentang MELI INDUSTRY yg sangat dimegah2kannya itu kepada semua org, hakikatnya semu adalah INDAH KHABAR DARI RUPA..bagi saya yg pernah bekerja di meli industry dan mengetahui masalah2 dalaman yg berlaku, terasa tersangat mual dengan ayat2 bias yg menyalahlan pihak lain tetapi beranggapan dirinya sendiri betul,tidak bersalah dan segala yg muluk2 tentang SYARIKAT YG TELAH LUMPUH gara2 pengurusan beliau sendiri yg sgt lemah, telah tidak sanggup lagi membiarkan beliau terus dengan sikap suka cakap besar dan gebang melampau sebegini.
saya mengambil keputusan menyertai syarikat penerbitan meli dengan meninggalkan kerja sblmnya semata-mata kerana minat dan kecenderungan terhadap penulisan dan bahasa,serta mahu menimba pengalaman. Sblm menghantar resume meminta kerja di meli, sy telah menyelidik terlebih dahulu melalui internet dan terjumpa blog ini, serta membaca beberapa tulisan beliau dengan segala yg hebat2 tentang meli industry hingga dapat meyakinkan sy utk menyertainya demi mengembangkan minat dan menggilap bakat yg masih hijaudlmi bidang penulisan dan penerbitan.
Rupa2nya, tuan punya syarikat hanyalah ibarat ‘ayam bertelur sebiji, riuh sekampung’. Sekiranya saya mahu menyatakan kepincangan dan sikap tidak profesional beliau sebagai seorang penerbit sekaligus peniaga bumiputera yg gigih seperti yg beliau war-warkan, adalah sgt terlalu pjg. Buat pengetahuan, sepanjang 4 bulan saya bekerja di situ dari awal hingga terpaksa memberhentikan diri sendiri pada bulan keempat kerana tidak sanggup teraniaya, saya tidak pernah dapat merasa walau satu sen pun gaji sy sebagai EDITOR MAJALAH WASILATUL UMMAH.
Gaji saya tidak dibayar, hak (jangan menafikan hak sy utk menuntutnya!) yg sepatutnya sy dapat, rasa dan guna untuk segala keperluan hidup serta membayar PTPTN yg kian menimbun dek ‘bunga2nya yg tambah subur’ , kerana saya anak yatim yg telah lama kematian bapa tidak punya dahan kukuh utk bergantung hidup. hasil jerih perih saya bertungkus lumus menghasilkan majalah tersebut bermula dari kosong tanpa ape2, tanpa staf yg membantu, segala2nya diharapkan kepada saya atas alasan syarikat tidak mampu menggaji staf lain sebagai sidang editorial sy, dan kerana saya mampu membuat segala2nya bermula dari mencari bahan editorial, mengarang,menyunting sendiri , ‘mengejar’ dr. Asri semata2 utk mendapat wawancara eksklusif agar majalah sy dapat menarik minat pembaca, membuat layout dan mengatur grafik, membuat cover, maka tuan punya meli ini menyuruh sy sahaja yg membuatnya. Sayalah juga yg pergi kepada pihak pencetak dan berurusan, dan mengejar mereka apabila bahan cetakan tidak sampai2 lebih dr waktu yg dijanjikan. SEGALA-GALANYA SAYA GALAS, SENDIRIAN! hingga akhirnya terpampanglah wajah dr. Asri di depan muka kulitnya di kedai2 yg menjual majalah tersebut.Komited saya sebagai seorang wanita terhadap tugas hingga sanggup bekerja sendirian hingga hampir 12 malam seorg diri di pejabat kerana beban tugas yg terlalu byk dan berat dan mengejar dateline, pulang ke rumah tatkala orang enak tidur. NAMUN SAYA TIDAK DIBAYAR GAJI...
TUANPUNYA MELI INDUSTRY MENULIS:
“Sebelum ini saya telah membuat permohonan pinjaman dengan pelbagai institusi kewangan setelah pegawai-pegawainya datang dan dan menyarankan saya membuat permohonan pinjaman. Tetapi setelah lebih setahun permohonan dihantar, tidak ada sebarang. Apabila dihubungi untuk mengetahui status permohonan, pihak bank minta maaf kerana permohonan tidak boleh diproses kecuali jika saya menyediakan cagaran”
Dalam keadaan ekonomi sedunia termasuk malaysia meleset, adakah pihak bank sanggup mengeluarkan pinjaman kepada syarikat yg statement accountnya terlalu lemah? Aliran tunainya tidak lancar? Sila semak baki akaun syarikat anda sebelum menyalahkan pihak2 yg tidak mahu memberi pinjaman utk perniagaan anda sperti pihak bank dan TEKUN (benarkah anda tidak pernah mendapat pinjaman dari TEKUN hingga pernah menulis bhawa kerajaan tidak membantu peniaga bumiputera seperti anda? Jwblah secara jujur, tidak perlu kuat hingga org dengar, cukuplah sekadar dlm hati sahaja jika malu apabila tembelang telah pecah dan busuknya merebak ke serata tempat dan diketahui umum.Sedarlah bahawa dunia perniagaan sebenar bukanlah bermodalkan air liur semata2..ckp2kosong yg tak membawa ke mana2..
TUANPUNYA MELI INDUSTRY MENULIS:
“Sudahnya saya terpaksa membuat pinjaman dengan ceti setelah hari-hari mereka datang memujuk supaya saya buat pinjaman dengan mereka. Syarat pinjaman cukup mudah, jawab sahaja pertanyaan tentang berapa yang diperlukan tanpa perlu menyediakan sebarang dokumen selain dari kena menyediakan cek bayaran pada nilai 10 peratus setiap minggu dari jumlah pokokpinjaman. Kelulusannya kurang dari 10 minit. Walaupun pinjaman ceti adalah haram, namun atas alasan darurat demi untuk memastikan kalangan yang menganggur dapat disediakan pekerjaan, maka pinjaman dengan ceti dibuat kerana ianya mudah dan tidak banyak syarat serta prosedur”
Benarkah tujuannya sgt murni agar kalangan yg menganggur dpt disediakan pekerjaan? Tidakkah Anda meminjam ceti semata2 kerana hendak menyelamatkan bisnes sendiri yg semakin lingkup dek kegagalan pengurusan anda dari awal2 lagi, bukan kerana utk membuka bisnes, hanya kerana tidak mahu maruah anda jatuh di depan ramai dan malu teramat.
Sesiapa yg bekerja adalah perlu dibayar gajinya, dan saya telah melunaskan tanggungjwb sy terhadap majikan saya. Konsep bekerja dlm islam sendiri, apabila telah selesai seseorg membuat kerja yg diarahkan oleh pemberi kerja, sebelum kering peluhnya hendaklah segera dibayarkan hak gajinya. Namun, saya bukan sahaja dinafikan hak selama sebulan gaji, bahkan berbulan2 yg jumlahnya RM3,450.00. bagi sesetengah org, jumlah tersebut bukanlah besar, tetapi bagi orang seperti saya, jumlah tersebut amatlah bernilai dan dapat menampung segala keperluan yg mendesak. Alasan bos meli bila tidak byr gaji ialah, “sayapun takde duit lagi”. Pernah saya hanya mempunyai cuma rm5 sahaja dan saya meminta dibayarkan gaji 3 bln yg tak dibyr, jwpn bos meli, “awak ada juga rm5, saya lgsg takde”. Nilaikanlah sendiri betapa tidak bertganggungjwbnya bos meli ini, jwpn mudah yg diberi sedangkan turun shj dari rumah semua perlukan duit, ke tmpt keje duit myk kenderaan diperlukan, dan saya terpaksa menggunakan simpanan bank yg sedikit utk menampung keperluan hingga janji2nya utk byr tunggakan ditunaikan.
Malangnya, hingga ke saat sy menaip tulisan ini pun janji2 yg terlalu banyahk ditabur kepada saya tidak tertunai. Dia mengelakkan diri, tidak menjawab apabila dihubungi apatah lagi mahu mencari saya yg teraniaya ini utk membayar hutang tersebut tanpa dipinta. Sedarlah, hutang wajib dibyr wpn tidak dituntut (apatah lg dituntut kerana keperluan wang yg sgt mendesak, tidak dapat byr sekaligus,cukplah byr beransur2 wpn sekadar rm100 sebulan..jgn bt2 tak endah kepada penderitaan org lain disebabkan oleh anda). Hidup dlm kutukan org tidak akanmembuat anda senang. di dunia mgkn anda dapat melepaskan diri, tapi kita semua akan ke hari pengadilan di makhsyar kelak..
Sikap tidak profesionallah yg menyebabkan keadan begini terjadi. Sekiranya tidakmempunyai modal mencukupi, buatlah secara berhemah dan fokus pada satu produk terlebih dahulu, bukan membuat majalah WASILATUL UMMAH dan paper KONSEP sekaligus, tanpa perancangan rapi,dan anda juga tahu tidak mampu menggaji staf yg cukup bagi membolehkan produk2 tersebut dapat diusahakan dengan lebih baik, punya mutu dan kualiti yg boleh dibanggakan dan dpt dipertingkatkan. Apa yg jadi kini, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. Sedangkan penerbitan besar seperti karangkraf yg begitu stabil akan mengeluarkan produk baru apabila produk sebelumnya telah berjaya di pasaran, apatah lagi syarikat yg kecil dan baru bertatih utk membina empayarnya sendiri. Sedarlah, negara rom tidak dibina dalam satu hari. Seribu langkah bermula dari langkah pertama, seorg businessman sewajarnya berfikir jauh ke depan bukan berangan jauh dr realiti, dan berhati2 dlm perancangan bukan secara semberono dan asal ada sahaja. Kualiti lebih penting dari kuantiti...
TUANPUNYA MELI INDUSTRY MENULIS:
Sebuah akhbar mingguan saya yang mampu dijual 50,000 naskah seminggu pada kadar harga RM2 senaskah dan majalah bulanan saya yang terjual 15,000 naskah sebulan dan dijual pada kadar RM6 senaskah terpaksa dihentikan penerbitannya kira-kira sebulan lepas apabila segala keuntungan terpaksa dibayar hutang ceti pada kadar RM10,000 seminggu.
Kalau permohonan saya dengan institusi kewangan diluluskan atau pun saya diberi dana oleh Dana Penggerak Industri Negara, operasi akhbar mingguan dan majalah bulanan saya itu tentu masih dapat diteruskan dengan 12 pekerja yang mana sebilangan besarnya adalah siswazah tidak akan terpaksa kembali menganggur."
Majalah bulanan yg dimaksudkan ialah majalah yg mana sy memerah tenaga sendirian demi terbitnya bilangan pertama tersebut yg didakwa beliau ‘untung’ seprti di atas. Betapa kecewa saya membacanya apabila keuntungan jualan (sekiranya apa yg ditls ‘untung’ itu bukan gebang,kerana sy diberitau olehnya, bayaran dr pengedar tak masuk2, jd bgimana untung?? mgkn ade manusia lidah bercabang di sini..siapa tahu..) tidak lgsg dibayar walaupun satu sen kepada sya sebagai tulang belakang majalah tersebut yg pembikanannya adalah 99% dari usaha saya sendirian tetapi semuanya dibayar kepada CETI!!!! Saya adalah manusia biasa, bukan wali tuhan atau nabi maka sy jadi teramat marah, sedih dan sakiti hati, terlalu2 sgt2 amat2 etc yg seumpamanya. Rupanya saya terpaksa menanggung beban kesilapan org yg berhutang ceti tersebut!! Alangkah..........................
TERLALU PEDIH. TIDAK TERKATA LAGI SAYA. NOKTAH
Dok eh guano yang meli tulis godam meli sedeiri. Pak mula kata dia perempuan, Meli ni jenis bapok ke guano. Aku tengok beli tu jate jengo-jengo. Mu ssaloh makan makan ubat ko meli?
Masoe Semah! Demo kena baca perabih. Hak tulis tu pekerja Meli, bokali guna nama Meli. Niatnya nak peruduh Meli. Kawe acap juga di pejabat Meli. Hak mano so keneh. Meli pelik sikit, dia sediri duduk dalam bilik pakai kipas jah, pekerja letak dalam bilik beraircond. Boktan tu 'lah anak nuah pijak ppalo. Boktan tu 'lah juga budak-budak dia kata Meli lemah dalam pengurusan. Kawe rasa Meli bukan lemah, dia bukan baru berniaga. Sejak tahun 1982 lagi. Tapi dia jenis mudah berkiro bedo'oh. Tapi Meli ni jenih takpo belako. Katalah gajah rimau pun.Dia ceria sokmo. Kalau dia tak pandai mengurus, masakan dia boleh jual Mingguan Wasilah pada kadar harga RM300,000. Lambat atau bangat RM300,000 dalam tangan. Dia bukan jenis tekan-tekan untuk dapatkan haknya. Kalau pekerja dia tu benar-benar kenal Meli, dia tak akan peruduh. Kawe easa budak tu yang perut uduh.
Dok la....kalu dah tau Meli tu taukeh buluh kasap, masuk angin angin masuk keluar asap bakpo yang dok pelahap gi kkijo dengan dianyo. Dah kita tu ada ijazah bakpo dok gi kkijo dengan Meli, ko Meli gi senjah tarik dumoh paksa kkijo. Atau pun bokali ijazah jenih sukat cupak, tak cekat nyenyeh takdok hak pelhap nak ambil kerja. Anak kawe tubik U...tak dan konvo dah dapat kkijo.
Kalu ijazah jenih ada nilai, heran aponyo dengan Meli, kalau dia tokleh buwi haji bulan pertama lagi ungga gi kkijo tempat lainlah, bakpo tunggu sampai tiga bulannyo. Kalu bukan meli gi ungga senjah erek dumoh tetapi gi nyenyeh muka minta kkijo, kena marah ko diri sedirilah kerana ada ijazah tetap bodo.
Kawu pun jadi toke jugok uduh-uduh. Kawe tau bukan mudah jadi toke ni. Kawe jadi toke pun banyak belajar dari Meli pada mulonya.
Demo kena tanya budok kkijo dia tu dengan Meli la. Meli ko gi senjah erek atau dia hak nnyenyeh muka nak kkijo.
Macam demo jugok la, kawe ni pun jadi tole jugok lebih kurang. Meli banyak tulung. Kawe rasa budak hak peruduh Meli tu tak berapo betul kepala, sakit jiwa.
Kalau betul dia ada ijazah pun dia tak cidik mana kerana gi kkijo dengan Meli yang sekolahnya pun tamada macam kawe jugok. Kawe tak respek lasung kalu budak ada ijazah sanggup mengemis kerja dengan orang kelas sekolah atap macam kawe, macam Meli jugok.
Kawe teraso pasal kawe pun toke takdok ijazah jugak. Tak tau la kalu demo toke berijazah.
Kawe pilih jadi toke sediri boktan dilu Meli kata, kalau taksir buwi tak belaga angin dengan orang kena buat kerja sediri.
Kawe mula gi minta kerja masa Meli buat majalah Sari Peristiwa. Pejabat dia di Buluh Kubu sepit jah. Dua orang pekerja dan Meli sediri tak pakai baju boktan panas. Takdok kipas. Kawe celupar tanya tak panas ke. Meli kata api neraka panas lagi. Dulu Meli ni pongoh jugak orangnya. Lloni yak tau la, lamo dah tak jjupo selain dari baca blognya.
Kawe pun mengaji setakat kena wau butanya jah. Tapi boktan kawe ni tokeh...bini nombor dua kawe ada ijazah.
Bini tua kawe suruh menikah, katanya kesian dia)bini kedua kawe lloni), takdok kerja, sampai tulung mak dia menoreh getah. Umur dah masuk kumpulan ANDARTU, jate-jate hak tak bbini lagi tak berani masuk minta muga orang kampung kawe tak ramai ada ijazah. Kalau ada pun semua dapat kerja dan duduk di luar kampung.
Kes kawe toke kena kawe tulung la...kalu tak tulung takut bini terasa hati pula...maklumlah kaum sejenis dia. Boktan tu 'lag adakalanya kawe jumpa Meli beli ubat tambah tenaga sikit.
Tadok ke orang ttina hak ada ijazah fesen hak bini muda demo tu? Kawe pun toke jugok. Perniagaan kawe antaranya membabitkan pembekalan telur ayam kampung. Beraso tak cukup dua butir sepagi untuk tambah tenaga, kawe telan 10 butir. Kalu takleh gi lagi kawe telan dengan sakok-sakok. Kaluyak leh gi lagi jugak kawe gi jumpa Meli.
Fok eh Meli sedirinya ada berapo bini?
Pasal nak cari pasangan ni kena tanya Meli. Dia banyak jugak carikan jodoh. Dia pernah beritahu kawe andartu umur 55 pun ada simpan data lengkap. Tapi andartu ada sedikit mental probelum 'lah. Bini muda kawe pun lagu tu masa belum kawin dengan kawe dulu. Lloni ni kalu kawe muka dia ugah sikit kawe erek masuk bilik selalu, nak cukup ribu (pinjam kata Ahmad Latiff Pengarang Sari Peristiwa dulu yang tidak setuju pihak wanita kenakan hantaran tinggi), tambah-tambah bagi anak dara yang dah masuk kelas basi.
Minta maaf kawe tercopy nama demo
Gu Lama Meli Kampung Kijang said...
Tadok ke orang ttina hak ada ijazah fesen hak bini muda demo tu? Kawe pun toke jugok. Perniagaan kawe antaranya membabitkan pembekalan telur ayam kampung. Beraso tak cukup dua butir sepagi untuk tambah tenaga, kawe telan 10 butir. Kalu takleh gi lagi kawe telan dengan sakok-sakok. Kaluyak leh gi lagi jugak kawe gi jumpa Meli.
Dok eh Meli sedirinya ada berapo bini?
April 22, 2009 9:10 AM
Kawe dok raso doh...kawe pun naik pening
Bila main isu tambah bini ni kawe gelabah sikit. Tambah-tambah bila ibu beritit...bentara guru jengok tngok apa yang kaww tulis.
Bukan kes takut ko bini...tapi malah dok bbosan. Kawe ni jenis hormat ko bini.
kakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakahkakah. selamat malam, roger and out!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment