Skim bantuan jaminan PKS jangan streotaip seperti skim yang telah sedia ada
KINI terpapar iklan di media-media tempatan mengenai Skim Bantuan Jaminan PKS yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan peruntukkan berjumlah RM2 bilion (RM2,000 juta).
Skim itu diuruskan oleh Credit Guarantiee Corporation Malaysia Berhad (CGC). Jumlah RM2 bilion atau RM2,000 juta itu sangat besar kepada kalangan yang terkategori kepada usahawan yang tergolong sebagai pemunya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Malah jumlah itu seandainya diagihkan RM1 juta kepada setiap usahawan untuk memulih atau memulakan perniagaan, bermakna seramai 2,000 juta usahawan PKS dapat dipulih atau dilahirkan oleh skim itu.
Jumlah peruntukkan itu sendiri entah berapa ribu kali ganda lebih tinggi berbanding dengan jumlah rakyat negara ini yang kini sekitar 27 atau 28 juta orang yang mana jika setiap orang diberi RM1 juta, jumlah pemberian keseluruhan angkanya baru sebanyak RM27 juta atau RM28 juta sahaja.
Sejajar dengan matlamat penubuhan skim itu bagi membantu PKS, sepatutnya tidak akan timbul lagi masalah usahawan PKS gagal dalam usahanya kerana masalah pembiayaan dana, sekali gus matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) pasti akan mencapai maltamat.
Tetapi sepanjang pemerhatian saya sebagai antara usahawan PKS yang gagal kerana usaha untuk dapatkan pembiayaan dana dari institusi kewangan termasuk institusi khusus yang kononnya berfungsi membantu usahawan PKS, khususnya SME Bank, semakin hari semakin banyak perniagaan yang ditutup.
Sepanjang perjalanan urusniaga saya dari Kelantan, ke Perak, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Seremban, Melaka, Pahang dan Terengganu, banyak gudang-gudang kosong dan terbiar, lebih-lebih lagi di Seremban.
Kalau skim ditubuhkan dengan matlamat hanya mahu membantu PKS yang berdaya maju dari sudut pemerhatian dan hitung-kira rambang, saya percaya bukan setakat RM2 bilion sahaja tetapi kalau disediakan RM2,000 juta trilion pun masalah tetap tidak akan dapat diatasi.
PKS yang bankrap, terutama kerana terjebak dengan pinjaman ceti/ah long sepatutnya diberi keutamaan kerana usahawan yang sanggup mengambil risiko membuat pinjaman dengan ceti/ah long menunjukkan mereka ada kesungguhan untuk menjalankan perniagaan.
Antara rukun perniagaan, malah merupakan keperluan teras dan asasnya ialah kesungguhan, minat dan seseorang itu memperniagakan sesuatu perniagaan yang peniagaanya berpengalaman dan mahir dengan apa yang diperniagakan. Kalau ada dana mencukupi, usahawan jenis ini akan berjaya.
Maknanya, Skim Bantuan Jaminan PKS tidak streotip sifatnya, tidak boleh seperti seperti skim-skim seumpamanya yang telah lepas. Ia harus berfungsi untuk menolong meleraikan kekusutan yang dihadapi oleh PKS, bukannya mengambil kesempatan untuk berbangga dengan PKS yang kalau tidak diberikan bantuan dibawah skim itu pun, sesuatu PKS itu tetap mampu bertahan atau menapak maju.
Kalau hanya memberi tumpuan kepada membantu PKS yang berdaya maju dan tidak terdedah kepada sebarang risiko, ianya akan menjadikan matlamat skim itu bukan membantu namanya tetapi lebih bersifat mengambil kesempatan dan ianya tidak akan mendatang memberi faedah kepada memulih dan melahirkan PKS.
Kalau BNM ikhlas, tulus dan telus mahu membantu usahawan melalui Skim Bantuan Jaminan PKS, skim itu patut memberi keutamaan tumpuan untuk bebaskan para usahawan dari black-list yang menjadi penghalang kepada mereka yang terbabit untuk mendapat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan dan lazimnya mereka inilah yang akan meminjam dengan ceti/ah long, seterusnya masalah yang dihadapi akan berganda jadinya.
Banyak kes black-list berlaku bukan kerana perbuatan sendiri tetapi bepunca dari orang kedua atau ketiga seperti kerana menjadi penjamin pinjaman, padahnya perniagaan dan usahawan yang berpotensi dan berdaya maju terbantut dan gagal. dari sudut kepeluan memulih dan melahirkan PKS, jika mereka tidak diselamatkan ianya akan merugikan negara.
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Rasanya ada ralat..
Rm 2 Billion = RM 2,000 juta
Kalau seorang usahawan diberikan RM 1 juta.. ini bermaknan, hanya 2,000 usahawan yang dapat peruntukan RM 1 juta tersebut..
Post a Comment