Umno-Pas umpama itik dengan ayam
TIDAK mudah untuk merealitikan gagasan membentuk kerajaan perpaduan Pas-UM/BN kerana dasar dan pendekatan berparti politik dan berpolitik keduanya sangat jauh berbeza.
Andainya usaha ke arah itu direalitikan juga, mahu tidak mahu akan muncul lagi parti-parti serpihan Pas yang baru sebagai tanda protes, malah tidak mustahil akan muncul juga parti serpihan baru dari Umno.
Kelahiran Islah, Hamim dan Berjasa yang merupakan parti-parti serpihan Pas adalah berpunca dari Pas pernah menyertai BN yang bertunjang, berpasak, berpaksi, bertulang belakang dan bertiang-serikan Umno.
Sejak sekian lama ahli dan penyokong Pas disogok dan diasak dengan kefahaman bahawa perjuangan Umno, apatah lagi BN adalah sekular dan menyimpang dari Islam.
Pada masa yang sama mereka disogok dan diasak dengan kepercayaan bahawa sesiapa yang menolak Pas bermakna menolak Islam.
Bagi saya warna dan wajah kedua-dua parti tidak mungkin boleh disemabunkan, tidak mungkin boleh diintergrasismekan sebagaimana itik dengan ayam tidak mungkin dapat ditukar statusnya walaupun itik terpaksa bergantung pada ayam untuk mengeram dan menetaskan telurnya.
Anak-anak itik yang menetas kerana eraman ayam juga bila dewasa tidak akan ikut resam kehidupan ayam, sebaliknya akan tetap menjadi itik yang menyudu dan tidak mematuk sebagai fitrah kejadian ayam yang mengeram dan menjaganya sebelum anak-anak itik mencecah usia boleh berdikari.
Malah itik dan tidak akan jadi serati walaupun rupa paras keduanya hampir sama. Selain dari ayam, serati turut digunakan bagi mengeram telur itik kerana fitrah kejadian itik hanya tahu bertelur tetapi tidak tahu mengeram telurnya.
Tidak hairanlah kalau Pas melalui pimpinan tertinggi menyatakan hasrat mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi dengan syarat diberikan jawatan sebagai menteri di dua kementerian penting termasuk kementerian kewangan.
Melihat kepada syarat yang dituntut, dapatlah dilihat standard dan matlamat perjuangan sebenar tokoh-tokoh penting Pas walaupun secara hakikatnya matlamat penubuhan Pas itu baik dan murni, sama seperti murninya tujuan penubuhan Umno.
Yang menyebabkan Umno atau Pas tidak terima sebagai parti terbaik oleh majaroti kumpulan yang menjadi sasaran parti-parti berkenaan adalah kerana orang yang menggerakan parti-parti berkenaan yang tidak selari dengan matlamat penubuhan sesuatu parti politik.
Saya tidak nampak sekiranya Umno-Pas mewujudkan kerjasama/kerajaan perpaduan, ianya akan melabakan kepentingan politik negara, apatah lagi kepentingan agama, bangsa dan negara, sebaliknya ia akan menjadikan orang Melayu/Islam akan mempunyai lebih banyak 'pinggan mangkok' dalam berparti politik dan berpolitik.
Bagi saya adalah lebih bijak, berfaedah dan akan melabakan bagi kepentingan politik negara, juga kepentingan agama, bangsa dan negara kalau Pas kekal sebagai pembangkang dan Umno pula terus menjadi parti utama dalam komponen parti-parti pendukung kerajaan.
Peranan pembangkang juga penting dalam amalan demokrasi kerana hebat atau sebaliknya sesebuah kerajaan bergantung kepada hebat atau tidaknya pembangkang memainkan peranan sebagai pembangkang.
Untuk menjadi pembangkang yang hebat, Pas kena sentiasa memberi teguran, cadangan, kritikan, pandangan dan bangkangan secara prpofesional, tulus, tulus dan profesional terhadap apa-apa kelemahan dan ketidak-berkualitian kerajaan, bukannya asyik membuat kecaman peribadi.
Umno pula kena redha, tulus, telus dan profesional menerima memberi teguran, cadangan, kritikan, pandangan dan bangkangan pihak pembangkang, bukannya melihat apa yang datang dari pembangkang tidak ada nilai untuk diterima-pakai belaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Ayam dan Itik boleh makan makanan yang sama dan boleh makan dalam bekas yang sama.. walaupun kadang2 berlaku patuk mematuk-suling menyuling antara satu sama lain.
Post a Comment