Dakwah sewajarnya disalurkan melalui pelbagai saluran
SARANAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom supaya semua agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini menjadikan aktiviti sukan sebagai medium dakwah baru, terutamanya dalam mendidik golongan muda, patut direalitikan oleh pihak berkaitan sewajarnya menggerakan segera usaha ke arah itu secara proaktif.
Saya sependapat dengan Datuk Jamil Khir bahawa dengan menjadikan aktiviti sukan sebagai saluran, maka pendekatan dan alternatif dakwah akan amat efektif memandangkan minat remaja lebih cenderung kepada bidang kesukanan.
Untuk mengajak remaja ke masjid berjemaah atau ke majlis-majlis kuliah agama bukannya mudah, apatah lagi di kalangan remaja yang tidak dididik dengan ilmu keagamaan semasa usia masih rebung lagi.
Penempatan pendakwah dalam setiap aktiviti yang diminati golongan remaja adalah merupakan langkah terbaik. Dengan kata lain pendakwah dan aktiviti dakwah patut ada dan diadakan dalam aktiviti-aktiviti kesukanan, juga dalam aktiviti kebudayaan, kesenian, nyanyian, lakunan, malah di kalangan mat rempit, kumpulan remaja lepak, bohsia dan bohjan, malah di pusat-pusat hiburan dan di kalangan penagih dadah.
Dengan cara itu akan dapat merapatkan jurang antara golongan remaja dan juga badan-badan agama serta pendakwah bagi memesrakan remaja dengan ajaran Islam, bukannya diwujudkan pelbagai jurang, benteng dan hadangan berbaur prejudis.
Remaja dan umat Islam yang renggang dengan amalan agama perlu didakwah dan diperkenalkan apa iti Islam supaya akhirnya akan timbul rasa cinta mereka terhadap Islam. Kebanyakan mereka yang culas dengan Islam pada waktu ini adalah keana mereka tidak kenal dan diperkenalkan dengan apa itu Islam.
Saya yakin bagi yang kenal apa itu Islam, pasti mereka akan jatuh cinta kerana tidak ada yang lebih indah dan lebih murni dari indah dan murninya Islam, tidak ada yang lebih benar dan sempurna daripada benar dan sempurnanya Islam.
Untuk itu para pedakwah dan badan-badan yang berfungsi untuk mendakwah dan mengembangkan syiar Islam perlu merevolusi dan mereformasi pendekatan dan tatacara dakwah dengan cuba menggunakan pelbagai alternatif supaya remaja akan kenal apa itu Islam dan seterusnya akan jatuh cint pada Islam..
Pendakwah yang benar-benar arif tentang hukum hakam patut ada dan ditempatkan di kelab-kelab sukan atau kelab-kelab yang diminati remaja untuk menerangkan bahawa untuk tunaikan sembahyang, pasukan sukan atau ahli sukan mahu pun penggiat budaya dan mat rempit tidak semestinya ke masjid.
Di padang bola atau di mana-mana sahaja di muka bumi ini boleh bersembahyang asalkan badan, pakaian dan tempat diadakan ibadat sembahyang itu dalam keadaan suci. Di taman reakreasi, tepi pantai dan di mana-mana pun boleh ditunaikan sembahyang walaupun tempat yang lebih afdal diadakan sembahyang adalah di masjid.
Seelok-eloknya pemain bola atau apa jenis sukan sekali pun patut digalakan sentiasa dalam berwuduk. Dengan itu pemain boleh segera menunaikan solat apabila masuk waktunya seandainya semasa berada di padang kerana menjalani latihan atau ketika mahu berdepan dengan lawan.
Jangan pula kerana tidak cukup masa untuk berlatih atau menghadapi sesuatu perlawanan, maka solat diabaikan. Jika keadaan itu berlaku, pemainan bola atau apa-papa jenis sukan sekali pun yang asalnya halal akan menjadi haram kerana solat diabaikan.
Juga patut diamalkan agar setiap perlawanan dimulakan dengan bacaan Bismillah dan berdoa serta menamatkannya dengan ucapan Alhamdulillah.
Dengan cara itu pasti apa pun keputusan perlawanan akan diterima dengan reda, kalau kalah pun tidak ada ada kecewa atau menganggap berlaku ketidak-adilan dan ketidak-telusan dalam pengadilan.
Orang yang sembahyang, yakni orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa sedar bahawa manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha tetapi samada usaha itu akan menghasilkan kejayaan atau gagal, termasuk dalam sesuatu perlawanan bolasepak misalnya, yang tentukannya adalah Allah kerana menang atau kalah itu sendiri ada hikmahnya.
Kalau bermain dalam keadaan berwuduk, dimulakan dengan Bismillah dan doa serta diakhiri dengan Alhamdulillah dan boleh terima kemenangan tanpa rasa angkuh serta dapat pula menerima kekalahan dengan redha, maka permainan bola itu pasti akan mendatangkan pahala kerana ianya sejenis sukan yang boleh menjadikan badan sihat dan cergas.
Saya juga mahu menyambung saranan Datuk Jamil Khir supaya para pendakwah juga turut menempatkan diri dalam kumpulan rocks, persembahan kebudayaan dan sebagainya supaya konsert yang dipersembahan atau penglibatan dalam bidang nyanyian, lakunan dan sebagainya bukan sahaja berlangsung dalam keadaan halal tetapi juga akan mendatangkan pahala.
Pendakwah serta NGO Islam tidak sepatutnya hanya terus memberi tumpuan kepada mendakwah dan memberi kuliah kepada kalangan mereka yang sudah sedia berjemaah di masjid dan surau pada setiap waktu sahaja, apatah lagi cuba menjadi jaguh hukum hakam di kalangan sesama yang sudah ada asas ilmu amal.
Sebaliknya cara pendakwahan perlu direvolusi dan reformasi dengan memberanikan diri masuk ke tengah mat rempit, kumpulan remaja lepak, bohsia, bohjan, malah ke pusat-pusat hiburan dan di kalangan penagih dadah untuk sebarkan syiar Islam kerana tugas itu menjadi fardu kifayah.
Bila fardu kifayah sifatnya, maka jika tidak ada sesiapa yang merintis kerja dakwah di kalangan penggiat sukan, dalam industri hiburan, mat rempit, kumpulan remaja lepak, bohsia, bohjan, teman sosial, pelacur dan sebagainya, mahu tidak mahu umat Islam seluruh negara akan berdosa.
Paling berdosa adalah mereka yang tahu hukum hakam, lebih-lebih lagi yang ada kuasa dan kedudukan untuk memudahkannya melaksanakan fardu kifayah itu tetapi tidak menyempurnakan tuntutan kewajipan berdakwah.
Dalam bidang politik, saya rasa pendukung dan penyokong Pas adalah kalangan yang paling berdosa jika tidak ada aktiviti khusus diadakan bagi mendakwah kalangan yang terlibat dalam bidang sukan, nynayian, lakunan, penggiat budaya, mat rempit, kumpulan remaja lepak, bohsia, bohjang, teman sosial dan pelacur kerana parti itu berimejkan Islam dan pendukung dan penyokongnya tok-tok lebai belaka.
Kalau ahli Pas sudah ada 500,000 atau 1 juta, kalau benar Pas berjuang demi syiar Islam, bukan sahaja negara akan dibanjiri oleh ahli sukan, penyanyi, pelakun, penggiat budaya, mat rempit alim atau setidak-tidak lebai serta kegiatan bohsia, bohjan, teman sosial dan pelacuran tidak wujud tetapi sudah ratusan ribu atau jutaan rakyat negara ini sudah masuk Islam.
Persoalannya apa usaha pendukung dan penyokong Pas atau program peringkat parti yang dilakukan untuk tujuan itu selain dari asyik mahu menumbangkan kerajaan yang sedia ada, sesetengahnya asyik memburuk pihak lawan dan menafikan unsur-unsur Islamiksme yang dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada.
Apakah Pas tidak pernah taruh bimbang kalau-kalau apa yang dilakukan, katakan atau dituding dan dianggap apa yang dilakukan, dikatakan dan dituding itu perlakuan ahli syurga tetapi sebaliknya perlakuan ahli syurga?
Kalau Umno sebagai tulang belakang parti pemerintah dikatakan dipimpinan oleh orang jahil, apakah tindakan yang Pas buat untuk membanteras kejahilan di negeri-negeri yang Pas dan parti-parti sepakatan memerintah?
Sebagai parti politik yang mendabik dada sebagai parti politik Islam, Pas kena tulus dan telus dalam semua perkara, termasuk dalam memuhasabah diri untuk mencari apa yang sempurna dan yang tidak sempurna.
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah benda ini telah dilaksanakan oleh kerajaan kelantan
Moleklah kalu betul gat. Jange setakat retorik saja. Dalam soal dakwah ni patutnya Pas-Umno kena sepakat, jangan dok rasa masing-masing lebih betul, hak tak sebulu dengan kita tak Islamik belako.
Tuntutan dakwah terpikul atas bahu sekalian mukalaf. Kalau Umno sebagai parti tulang belakang buat masjid, orang Pas hak mengaji agama banyak kena penuhkan masjid berjemaah, buwi kuliah yang tidak menyekit mana-mana pihak.
Dakwah tokleh tokok, kena berhikmah. Ko guano Pokcik Meli ambo?
Post a Comment