Pembangunan belia tidak patut hanya menanti program rasmi anjuran kerajaan
TARIKH 15 Mei adalah hari belia, hari untuk golongan remaja atau belia sebagai teras kekuatan negara memuhasabah diri dan menghitung kejayaan yang dicapai dan kegagalan yang dialami.
Memuhasabah diri serta menghiung kejayaan yang diraih dan kegagalan yang menimpa di kalangan belia sangat penting kerana di bahu, di tangan, dan di kepala merekalah masa depan negara tercanting dan tercorak.
Sempena Perhimpunan Hari Belia tahun ini yang berlangsung di Melaka dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, para belia di negara ini patut mengambil Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai contoh.
Dato' Seri Najib membina kejayaan ketika masih pada usia belia, menjadi Ahli Parlimen Pekan dan seterusnya mula menganggotai kabinetunt sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978, ketika berusia 25 tahun.
Beliau juga mencatat sejarah sebagai tokoh paling muda menjawat jawatan menteri besar dengan menjadi Mehteri Besar Pahang (1982-1986) ketika berusia 29 tahun.
Selain dari menjawatan jawatan Timbalan Menteri Tenaga, Telkom dan Pos (1978-1980), beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982) sebelum menjadi Menteri Besar Pahang (1982-1986).
Pada tahun 1986 beliau kembali semula menyertai kabinet sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1986-1987), Menteri Pertahanan (1990-1995), Menteri Pendidikan (1995-1999) dan kembali menjadi Menteri Pertahanan (1999-2008).
Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pada 7 Januari 2004 hingga 3 April 2009 kini adalah Perdana Menteri Kelima dengan memperkenalkan slogan 'Satu Malaysia' dan kerajaan mesra rakyat.
Kejayaan Dato' Seri Najib bukan sahaja patut diteladani oleh kaum belia di negara ini, sebaliknya masing-masing kena mempunyai semangat, keazaman serta usaha yang gigih lagi ketagih untuk mempertahankan rekod pencapaiannya kalau pun tidak dapat dipecahkan.
Mengikut bperangkaan belia adalah kumpulan terbesar sebagai penghuni negara ini yang kini dianggarkan berjumlah 28 juta dengan 10 juta adalah mereka yang berusia 15 hingga 40 tahun dengan 46 peratus daripadanya berusia 15 hingga 24 tahun.
Terdapat 7,000 persatuan atau oerganisasi beliau seluruh negara. Bagaimanapun bagaimanapun sekitar 2.9 peratus sahaja daripada 10 juta yang menyerai persatuan atau oegnanisasi untuk mereka.
Lebih besar bilangan belia yang tidak menyertai persatuan atau organasisai yang diwujudkan untuk mereka dan dipercayai golongan yang tidak berpersatuan/berorganisasi inilah yang paling banyak terlibat dengan kegiatan yang tidak sihat seperti merempit, menyalah-gunakan dadah, meragut, dan menjadi bohsia serta bohjan.
Sebenarnya menyertai persatuan atau organisasi belia sama ada badan kerajaan (NGO) adalahamat penting kerana banyak kebaikan atau faedah yang boleh diperoleh apabila berpersatuan atau berorganisasi. Antaranya:
<> Mengajak diri sendiri dan masyarakat ke arah amar makruf dan nahi mungkar.
<> Meningkatkan kemahiran interpersona dan interpersonal remaja dan belia.
Menerusi berpersatuan, banyak ilmu yang boleh diperoleh. Antaranya pengetahuan berbentuk soft skill.
Contohnya, kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan membuat keputusan. Begitu juga kemahiran dalam bidang teknikal seperti menggunakan komputer dan membaiki kenderaan.
Membangunkan konsep kendiri yang mantap dalam diri golongan muda yang mana dengan berpersatuan mereka diberikan amanah yang perlukan komitmen ikhlas dan berterusan.
Mereka belajar dan diajar melakarkan agenda, membuat keputusan, melaksanakan program serta melakukan pemantauan. Gerak kerja ini akan memantapkan sikap kendiri mereka secara langsung dan tidak langsung.
Disiplin pula adalah satu nilai yang diperlukan oleh kepemimpinan atau ahli persatuan dan organisasi. Bermula dengan remaja/belia yang biasa, mereka akan terlatih dengan ciri disiplin mantap apabila mula diberikan tugasan atau amanah.
Hanya mereka yang berdisiplin mampu menyelesaikan amanah yang diberikan dengan baik.
Berpersatuan/berorganisasi juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara ibadah dan berfaedah.
Memandangkan cabaran dalaman dan luaran yang sentiasa mendampingi para remaja/belia, terutama pada usia muda, semestinya para belia/remaja penuhkan masa dengan kegiatan bermanfaat.
Dengan itu maka tidak ada masa untuk melepak yang kemudiannya berkesinambungan dengan percubaan merokok, merempit dan kegiatan-kegiatan sosial yang lain lagi, termasuk penyalah-gunaan dadah dan sebagainya.
Dalam pada itu ketika melancarkan Perhimpunan Hari Belia di Air Keroh, Melaka, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata Kementerian Belia dan Sukan akan diperkasakan daripada segi sumber manusia dan kewangan dalam usaha kerajaan memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kepada golongan belia di seluruh negara.
Katanya langkah itu penting kerana jumlah belia di negara ini adalah besar dan mereka terlibat dengan pelbagai bidang.
Baginya kalau mahu k melihat keberkesanan belia, maka perlu dipastikan supaya agensi, badan-badan yang ada dalam kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukandapat perkukuhkan lagi agar ianya boleh menggerakkan program belia dengan lebih berkesan di seluruh negara.
Muhyiddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada dasarnya bersetuju dengan langkah memperkasakan kementerian itu serta badan berkaitan dan perbincangan bagi mencari pendekatan terbaik bagi merealisasikannya akan diadakan.
Mengenai konsep `1Belia 1Malaysia', Muhyiddin berkata ia adalah satu gagasan yang diutarakan oleh pimpinan Kementerian Belia dan Sukan serta pimpinan belia untuk bersama-sama dengan pimpinan negara di bawah konsep 1Malaysia.
Ia menekankan betapa pentingnya hubungan antara belia dan pimpinan negara dan juga kerajaan di samping 1Belia 1Malaysia menekankan kerjasama, perpaduan yang kita tahu penting.
Beliau percaya pendekatan yang akan digunakan itu akan dapat memartabatkan golongan belia yang bermakna belia berperanan lebih penting dalam dekad akan datang.
Muhyiddin berkata kerajaan berharap belia dapat menterjemahkan tanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan dengan tidak hanya menyerahkan kepada kerajaan atau pihak tertentu sahaja.
Katanya dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu, mereka mestilah sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat dan negara serta mampu berfikir dan bertindak secara rasional dan dikawali oleh nilai-nilai murni keagamaan.
Juga perlu disedari bahawa apa jua tindakan dan walau sekecil mana sekalipun tindakan tersebut, ia tetap akan memberi kesan kepada masyarakat sama ada baik atau sebaliknya.
Oleh itu, kata Timbalan Perdana Menteri, janganlah kita bertindak dengan sewenang-wenangnya tanpa berfikir panjang, sebaliknya kita perlu lebih berhati-hati dan berwaspada dalam sebarang tindakan yang hendak kita lakukan, terutamanya yang menyentuh sensitiviti masyarakat di sekeliling kita.
Beliau juga mencadangkan satu perkongsian pintar diwujudkan antara belia dan pelbagai komuniti masyarakat, swasta, media dan pertubuhan bukan kerajaan, kementerian dan agensi kerajaan lain, bagi mengukuhkan gerakan belia.
Dalam konteks itu beliau mahu pihak swasta memainkan peranan aktif dengan menaja program yang dianjurkan oleh pertubuhan belia dan komuniti masyarakat pula mungkin boleh menganjurkan program untuk pembangunan belia setempat tanpa hanya menanti program rasmi anjuran kerajaan.
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment