Thursday, May 14, 2009

BERITA PENTING KEPADA ANAK KELANTAN (1)Mei(2009)


Rakyat Kelantan patut doakan untuk KDYMM Tuanku Sultan

SIHAT lawannya sakit. Serangan penyakit tidak kenal dan tidak memilih siapa.

Atas faktor itulah, maka KDYM Tuanku Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, kira-kira pukul 3.00 petang ini (Khamis 14 Mei).

Baginda dimasukkan ke hospital selepas terjatuh. Ada cerita mengatakan baginda diserang penyakit jantung manakala ada cerita mengatakan baginda mengalami lelah kronik.

Bagaimanapun keadaan baginda yang kini berusia 59 tahun dikatakan stabil selepas menerima rawatan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah di antara orang kenamaan yang menziarahi baginda di HUSM pada 4 petang dengan ditemani beberapa anggota exco kerajaan negeri.

Keadaan baginda dikatakan stabil. Rakyat rakyat walaupun di mana saja berada patut bersembahyang hajat dan mendoakan agar baginda kembali pilih.

Malam ini para jemaah Masjid Kampung Sireh mengadakan sembahyang hajat selepas sembahyang Fardu Isyak, memohon kepada Allah agar baginda cepat sembuh.

Pelbagai cerita menjadi bahan bualan di kedai-kedai kopi berhubung dengan punca baginda dimasukkan ke hospital.


Bagaimanapun punca sebenar baginda masuk hospiyal akan hanya dianggap rasmi apabila pihak istana membuat kenyataan mengenainya.

Rakyat jelata tidak patut terpengaruh dan dipengaruhi oleh berita dan andaian liar berhubung dengan penyakit yang menyerang baginda.

No comments: