Cegah murtad bukan hanya tugas WI
PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) seperti Perkumpulanm Perempuan (WI),apatah lagi yang hanya peringkat Batu Pahat (Johor) tidak boleh digantungkan harapan atau dipertanggungjawabkan bagi memainkan peranan menangani isu wanita murtad di daerah berkenaan.
Walaupun kes itu dikesan banyak berlaku sehingga mencapai tahap membimbangkan di Batu Pahat, namun ianya tidak boleh dilihat sebagai isu setempat atau isu Johor semata-mata, sebaliknya ianya kena dilihat sebagai isu negara dan umat Islam sejagat.
Ertinya isu itu terlalu besar dan berat untuk diletakkan atas batu jemala WI Batu Pahat, WI Negeri Johor atau WI peringkat pusat yang mana sebagai NGO, apa sangatlah kuasa dan keupayaan yang WI ada.
Barangkali WI hanya boleh menyumbang dalam bentuk kerjasama kepada agensi yang ada kuasa, termasuk dalam sudut tindakan undanag-undang bagi menghalang dan menghukum mereka yang murtad, sejajar dengan apa yang telah ditetapkan oleh hukum hakam tanpa kompromi.
Oleh kerana murtad berkaitan secara langsung dengan Islam, maka bagi mengatasi dan membendung daripada ianya berleluasa, bukan sahaja agensi atau badan yang tugas utamanya khusus mendaulatkan syiar Islam dan penganutnya tetapi juga patut melibatkan pihak yang lebih berkuasa pada semua peringkat termasuk raja atau sultan sebagai ketua agama di setiap negeri.
Memandangkan antara punca wanita di Batu Pahat, malah mungkin ianya turut berlaku di daerah-daerah lain di Johor dan juga di negeri-negeri lain di negara ini ekoran dari jatuh citna pada lelaki bukan Islam, isteri yang menghadapi masalah dan kerana kemiskinan, maka usaha untuk mencegahnya perlu difokus kepada mengatasi punca ianya berlaku.
Kalau kerana cinta sanggup murtad, kalau kerana masalah rumhatangga dan kemiskinan hidup sanggyp tukar agama, bermakna si jatuh cinta tadi bercitna kerana dorongan nafsu seraka, wanita yang menghadapi masalah rumahtangga dan kemiskinan hidup sanggup ikut kata hati yang boleh membawa mati, sanggup ikut rasa yang boleh membawa binasa menukar agama, jelas mereka dengan sampai atau cukup dakwah.
Maka adalah menjadi tugas semua pihak, termasuk kumpulan tabligh yang sanggup keluar negara untuk berdakwah, mengambil inisiatif proaktif memberi fokus kepada membina benteng keimanan di kalangan wanita mahu pun lelaki di kawasan, daerah dan negeri yang terdedah kepada kemungkinan murtad kerana antaranya kerana faktor-faktor yang dikenalpasti di Batu Pahat.
Bila setiap orang berfikir berpaksikan iman dan melayani hati dan perasaan dengan takwa, mereka tidak akan kalah kepada runtunan nafsu dan godaan syaitan serta iblis sehingga sanggup tukar agama hanya kerana cinta, kerana menghadapi masalah rumahtangga dan kerana kemiskinan yang sifatnya serba sementara di mayapada ini.
Ibubapa pula kena memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dengan kena pastikan setiap orang anak membesar dan dewasa dalam keadaan terdedah kepada 'sembahyang-bang' dan kuliah-kuliah agama.
Saya pernah diberi maklumat, malah ianya saya terbitkan dalam bentuk buku kecil berjudul PENYELEWENGAN AKIDAH DAN GEJALA RIDDAH DI MALAYSIA pada tahun 2003 yang mana pada waktu itu terdapat lebih 10,000 umat Islam di negara ini membuat permohonan menukar agama dengan kira-kira 60% (6,000) daripadanya adalah terdiri dari wanita.
Daripada kira-kira 6,000 wanita yang memohon menukar agama itu, sebanyak kira-kira 60% (3,600) memohon menukar nama Islam kepada nama Hindu. Di Petaling Jaya sahaja seramai kira-kira 3,000 membuat permohonan menukar agama dan nama daripada Islam kepada agama lain.
Antara faktor penyebab mereka berbuat demikian adalah kerana tidak fatam tentang Islam, kemiskinan, kahwin campur dengan pasangan yang sedia beragama Islam tetapi tidak menunjukkan teladan yang baik, pengaruh sosial, tidak yakin dengan Islam kerana jahil dan rumahtangga kucar kacir.
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Izinkan saya memberi cadangan kepada tuan bagaimana untuk meneruskan perjuangan dalam bidang kewartawanan iaitu dengan menerbitkan BULETIN BLOGGER yang memaparkan tulisan terbaik dari 2 pihak yang bercanggah pendapat (Penyokong vs Pembangkang).
Selepas itu, tuan beri ulasan berbentuk sintesis yang mengajak pembaca membuat keputusan yang waras, saksama dan tenang
Post a Comment