Umno/BN dan Zambry kena akur dengan keputusan mahkamah
MAHKAMAH memutuskan Mohd. Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Pengisytiharan itu dibuat oleh hakim Datuk Abdul Aziz Rahim.
Demi memulihkan keadaan di Perak, semua pihak kena menerima keputusan itu dengan dada dan pemikiran yang terbuka. Memulihkan keadaan, menjernihkan yang keruh patut menjadi keutamaan supaya amalan demokrasi tidak tercalar di mata rakyat.
Zambry Abdul Kadir yang berdasarkan keputusan mahkamah sudah tidak ada hak lagi untuk menduduki kerusi sebagai Menteri Besar patut menerima hakikat dengan penuh profesional.
Permintaan Nizar supaya Zambry dan kesemua Exconya meletakkan jawatan secara terhormat ekoran keputusan mahkamah berkenaan patut akur dengan permintaan itu.
Zambry akan dilihat gentleman, bermaruah dan bereputasi tinggi jika tidak berkeras untuk terus kekal sebagai menteri besar setelah mahkamah membuat keputusan.
Tidak timbul soal malu kerana hanya sempat menjadi MB dalam jangka waktu yang singkat kerana pemilihan beliau sebagai MB dibuat oleh pihak tertinggi parti, bukannya beliau sendiri yang kemaruk dan pelahap menjadi MB.
Seandainya Zambry berdegil dan enggan berganjak dari bangunan pusat pentadbiran kerajaan, beliau akan dilihat sebagai pelahap, kemaruk dan gila kuasa, apatah lagi seandainya sampai kena diusung keluar.
Urusan seterusnya terpikul atas bahu Sultan Perak untuk menentukan apa yang apa yang patut dilakukan bagi memulihkan keadaan di Perak.
Baginda cukup berkemampuan unuk melakukannya.
Nizar tidak mungkin akan merasa selesa menerajui pemerintahan dengan jumlah kerusi yang dimiliki lebih kecil yang dari yang dimiliki oleh pihak lawan.
Belum ada dalam sejarah dunia yang mengamalkan demokrasi, pihak yang kecil bilangan kerusinya menjadi kerajaan manakala yang lebih banyak jadi penbangkang.
Rasanya, Zambry tidak payahlah mengemukakan rayuan kerana jika dalam rayuan itu nanti beliau berjaya, rakyat Perak khususnya dan rakyat negara ini akan melihat politik Perak bagaikan pertunjukkan sarkas.
Cara terbaik ialah DUN dibubarkan dan adakan pilihanraya semula dan biarkan para pengundi di Perak membuat pemilihan sendiri kerajaan mana yang mereka mahukan.
Seelok-eloknya Umno/BN tak payah ekspot petugas parti dari luar Perak untuk berkempen dalam pilihanraya yang bakal diadakan bila dewan dibubarkan untuk mengelak dari akan timbul dakwaan wujudnya pengundi hantu jika Umno/BN menang.
Sikap, pendekatan, taktik dan teknik yang akan Umno/BN gunakan dalam pilihanraya di Perak mahu tidak mahu akan menentukan nasib Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Umno/BN kena duduk pada status pihak yang kalah dalam pilihanraya yang akan belangsung nanti kerana itulah yang telah diputuskan oleh mahkamah!
Monday, May 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BN/UMNO nampak jelas takut menghadai PRU di negeri Perak.
Pakatan Rakyat sekarang tidak masalah untuk menang di mana2 PRU untuk menumbangkan BN/UMNO.
Sekarang sokongan kaum bukan melayu sudah padu kepada PR.
Di mana2 kawasan penduduk Bukan melayu melebihi 30% PR pasti akan menang.
Kaum melayu berpecah kepada 3 kumpulan. UMNO, PAS dan PKR.
Jika bilangan penyokong PAS dan PKR sama jumlah dengan UMNO, BN/UMNO pasti tumbang. Kerana PAS dan PKR mendapat sokongan padu dari kaum bukan melayu dari DAP.
Di mana sahaja penduduk melayu ini sudah berada dalam PAS se kurang2 nya 25% dan dalam PKR lebih kurang 15%.
Jumlah ini ialah penyokong tegar PR, di kuatkan pula dengan sokongan kaum cina dan india dari DAP.
PR pasti akan dapat menawan semula Perak.
Siapa pun memerintah Perak tidak menjadi masalah asalkan tidak berlaku kes-kes macam sidang DUN baru-baru ni.
Amalan demokrasi menentukan yang mendapat majoriti, itulah yang menang.
Sama Umno/BN mahu pun PR, semuanya sentiasa dalam pemerhatian dan penilaianm rakyat untuk dihakimi pada pilihanraua umum akan datang.
Post a Comment