Sunday, May 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (176)

Hal Perak serahkan kepada rakyat perak

TULISAN seorang surirumah yang menamakan dirinya Cempaka Sari, Ipoh Perak, di ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini (Isnin 11/5/2009) menyentuh perasaan saya.
Apa yang ditulisnya membuktikan betapa apa yang berlaku bukan sahaja tidak menyeronokkan, malah telah menggangu emosi dan ketenteraman rakyat negeri berkenaan.
Saya sependapat dengan beliau, segala perkara asas mengenai perundangan sudah dibawa ke mahkmah, sepatutnya sementara menunggu keputusan, rakyat Perak jalankanlah aktiviti harian seperti biasa.
Orang luar Perak tidak perlu datang untuk menimbulkan suasana tidak tenteram kerana mereka tidak akan benar-benar faham dengan sikap dan budaya orang Perak. Soal siapa yang menderhaka atau sebaliknya kepada Sultan yang termaktub dalam adat istiadat orang Perak, hakikatnya orang Perak yang lebih tahu.
Mahu berbalah atau bergasak biarlah hanya di kalangan orang Perak sesama orang Perak, jangan pula orang luar datang untuk mengapi-apikan orang Perak. Adalah amat silap kalau menganggap orang Perak tidak 'reti' berpolitik dan tidak cukup faham amalan demokrasi.
Secara lojiknya untuk tujuan apa mereka dari luar Perak datang ke negeri itu dalam keadaan sepatutnya urusan orang Perak selesaikan masalah dalaman negeri atas semangat Perak Ridzuan kalau bukan untuk menganjurkan keecohan dan mengaibkan orang Perak.
Saya yakin majoriti rakyat Perak amat dan sangat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Cempaka Sari, kecuali bagi mereka yang sudah jemu hidup aman damai dan mahu menimba pengalaman hidup dalam keadaan huru-hara.
Sama ada disedari atau sebaliknya oleh mereka yang datang dari luar ke Peak, kehadiran mereka menjadikan seolah-olah pihak yang enggan akur dengan hakikat amalan demokrasi apabila kerusi yang dimiliki lebih rendah dari pihak lawan, menganggap dan percaya masih menerima sokongan mantap dan padu.
Dalam keadaan teknologi komunikasi yang canggih sekarang ini, apa yang berlaku di Perak itu boleh tersebar dengan cepat ke seluruh pelosok dunia. Untuk menyekat maklumatnya sampai ke setiap pelosok dunia dan menjadikannya hanya umpama ribut dalam cawan adalah amat mustahil.
Selain dari rakyat Perak sendiri, apakah majoriti manusia di setiap pelosok dunia boleh menerima dan menganggap apa yang berlaku itu suatu kewajaran sebagaimana yang ditaksubi oleh pihak yang terlibat dalam tragedi yang memalu dan mengaibkan itu yang pada saya lebih didorong oleh 'syok' sendiri serta kerana 'lapar', 'pelahap' dan 'kemaruk'kan kehuru-haraan?.
Pengundi memberi undi kepada wakil-wakil rakyat adalah untuk mewakili mereka membina kesejahteraan, bukannya untuk mencipta huru-hara dan ketidak-tenteraman. Mereka memberi mandat kerana mereka sangkat wakil-wakil rakyat lebih cerdikdan lebih berpertimbangan dari mereka dan tidak mudah tergoda dan terpedaya oleh minat berhur-hara yang dibawa oleh pengaruh dari luar Perak.
Mungkin kepada wakil-wakil rakyat yang terpedaya oleh penganjuran penderhakaan dan sikap kesamsengan dari luar apa yang dilakukan mewakili majoriti rakyat Perak dan menganggap mereka distatuskan sebagai "HERO' .
Bagaimanapun belum tentu mereka yang datang khusus untuk membuat kecoh dan berjaya memperdaya wakil-wakil rakyat Perak ikut serta bagi tunjuk hero akan ditaraf dan distatuskan sebagai "HERO" sebagaimana yang yang diharapkan, sebaliknya mereka akan dilihat sebagai "HEROK' otak dan beralak kementok oleh majoriti rakyat, terutama rakyat Perak Darul-Ridzuan!.

No comments: