Penangan Husamsme leburkan Ustak Nik Abduh?
LAMA saya tidak keluar malam kerana faktor usia tidak membolehkan saya berjaga sampai lewat malam lagi. Pukul 10 atau 11 dah tersengguk-sengguk berbanding dengan ketika masih muda.
Ketika muda bila menghasilkan sesebuah novel, saya boleh tidak tidur sampai dua hari dua malam. Pernah saya kena lontar dengan 'tanah kko' kerana jiran sebelah bising dengan bunyi gemercing mesin taip tua saya waktu tengah malam yang sunyi.
Ketika itu saya dalam proses menyiapkan novel berjudul KULIH KALITO UMAR (diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka) yang menceritakan tentang kekejaman Jepun.
Kebetulan masa lontaran 'tanah kko' itu saya sedang menaip tentang seorang tentera Jepun sedang menghalakan muncung senapang ke arah seorang penduduk kampung yang enggan berikan beras untuk keperluan keluarga kepada tentera Jepun.
Gara-gara dentuman bunyi dentuman lontaran 'tanah kko' itu saya terjatuh dari kerusi dan sedikit terpinga-pinga. Isteri terjaga dari tidur dan tergamam melihat keadaan saya yang konon katanya macam sedang sasau.
Setelah membasuh muka dengan air yang dibawa barulah saya sedar bahawa saya yang tadinya bersama watak dalam novel yang seakan mendengar letupan senapang, dikejutkan oleh lontaran 'tanah kko' yang dilontar masuk melalui jendela yang terbuka.
Dari apa yang diberitahu oleh isteri, rupanya sudah masuk dua hari dua malam saya asyik menaip tanpa henti, makan dan minum pun dia bawa ke meja tetapi yang dimakan dan diminum tak seberapa.
Kalau berhenti sekejap pun kerana sembahyang, yakni apabila berkumandang azan. Itu pun ditanya bini azan Zohor, Asar, Maghrib, Isyak atau Subuh.
Kerana itu orang lain tulis novel ambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun, saya hanya ambil masa seminggu sahaja untuk siapkan sebuah novel.
Kalau tak siap dalam tempoh seminggu atau pada tempoh masa yang ditarget, maknanya novel yang diulis akan terbengkalai kerana saya terpaksa buat kerja lain pula kerana menulis adalah punca rezeki saya.
Penah berlaku ketika membantu kerja-kerja penerbitan akhbar Sri Timur milik seorang rakan, saya yang berjalan kaki dari pejabat penerbitan di Jalan Tok Hakim untuk pulang ke rumah sewaan dekat Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, boleh melencong sampai ke depan Sekolah Kebangsaan Langgar, gara-gara tidak cukup tidur.
Ketika itu hanya mata yang celik tetapi hati tidur menyebabkan saya sendiri tak sedar bahawa saya terlencong.
Selepas tidur seketika di pondok menunggu bas kerana hilang arah dan letih, barulah saya dapat betulkan arah untuk pulang ke rumah.
Berjalan kaki untuk ke mana-mana adalah antara hobi saya kerana itu sampai sekarang saya tidak pernah masuk sekolah memandu kerana saya tidak pernah bercita-cita mahu memiliki basikal pun, apatah lagi motosikal atau kereta.
Hanya ketika usia dah agak lanjut, barulah saya berkereta tetapi sampai sekarang saya tidak berani menunggang motosikal di jalan yang sibuk. Saman kerana memandu tanpa lesen ada berbelas-belas.
Malam tadi, hanya malam tadi (pada usia tua ini) saya memenuhi ajakan rakan untuk keluar minum di sebuah warung.
Ketika sedang minum susu putih (minuman kegemaran) di sebuah kedai dan perkena mee goreng, saya terserempak dengan orang kuat Pas yang kebetulan minum di warung yang sama. Katanya neliau hadir pada sepanjang Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan di Dewan Dyung Perdana Resort kerana menjalankan tugasnya.
Kesempatan itu saya ambil bagi mendapatkan maklumat tentang ketumpasan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kononnya kekalahan itu kerana penangan Husamse. Ustaz Nik Abduh kononnya tidak berlaga angin dengan Dato' Haji Husam Musa yang kononnya orang paling berpengaruh dalam Pas pada waktu ini, termasuk di pusat.
Kehebatan Husam dikatakan bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan sesiapa sahaja dalam Pas yang tidak menyertai kemnya tetapi juga boleh menjejaskan masa depan tokoh-tokoh sehebat Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi sendiri kalau mereka terkena penangan Husamse.
Kesilapan terbesar Ustaz Nik Abduh katanya ialah kerana dalam dua siri tulisan melalui blogsnya beliau tidak menyebut nama orang yang dilihat memberikan nasihat yang tidak betul kepada ayahndanya.
Maka ramai yang melihat tembakan itu dihala ke arah Husam. Apa yang ditulis itu tidak semestinya tidak betul tetapi apabila Husamsme kurang menyenanginya, maka tidak ada yang berani kata betul kepada tulisan Ustaz Nik Abduh, malah gerakan untuk leburkan Ustaz Nik Abduh dijalankan menggunakan pelbagai jentera kerananya.
Masing-masing akan tahu apa jadahnya jika apa yang betul tetapi tidak disenangi Husamsme dikatakan betul atau pun jika tidak diambil bahagian lebur Ustaz Nik Abduh.
Kerana itulah maka masing-masing tidak rasa malu mata pun untuk melihat kekalahan anak jantan Tok Guru kerana kononnya Tok Guru masih berada pada tahap sekarang pun kerana dibayangi pengaruh dan kehebatan Husam, kalau tidak dah lama Tok Guru bergelar mantan menteri besar.
Kononnya Tok Guru tak boleh berbuat apa-apa dengan kerenah Husam, malah kena sentiasa akur kepada apa yang Husam mahu kerana Husam telah menyelamatkan Tok Guru dalam tiga isu utama, termasuk antaranya dalam isu Kelantan Water Sdn. Bhd dan dalam mendapatkan sumber kewangan negeri.
Menurut kata raorang kuat Pas itu, Tok Guru sebagai menteri besar hanya boneka, yang memerintah Kelantan sebenanya selepas bekas Timbalan Menteri Besar Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rhman berjaya dinyahkan dari kepimpinan negeri, adalah Husam.
Demikian juga dengan Pas, bukan sahaja Husam lebih berkuasa berbanding dengan Tok Guru sebagai Pesuruhjaya di Kelantan tetapi di pusat juga Tok Guru Haji Hadi hanyalah boneka sebagai presiden.
Kononnya Husam ada segala kekuatan, pengaruh dan wang untuk mewarnai Pas. Beliau ada saluran media khusus di samping ada kumpulan pemikir, kumpulan gerak saraf dan macam-macam lagi.
Kononnnya juga bukan sahaja jawatan timbalan presiden yang ditandingi akan dimenangi dengan mudah walau siapa pun lawannya tetapi jika beliau bertanding merebut jawatan presiden melawan Tok Guru Haji Hadi sekali pun, beliau akan menang.
Kata rakan saya itu lagi (orang kuat Pas), tidak ramai orang akan menjadi seberani Ustaz Nik Abduh untuk membuat teguran dan kritikan demi kepentingan parti jangka masa pendek atau panjang kerana sesiapa yang berani menongkah Husamsme, mereka akan jatuh macam nangka buruk.
Kononnya gara-gara Husamse, tokoh sehebat Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman yang merupakan calon paling layak untuk menggantikan Tok Guru Nik Aziz telah dibuang ke pusat dan dikurangkan peranannya dalam parti di Kelantan dan pusat.
Dato' Haji Abdul Halim kalau terus ada peranan dalam parti dan kerajaan di Kelantan dan juga ada peranan dalam Pas di pusat akan menjadi hadangan besar kepada usaha-usaha meluaskan pengaruh Husamsme yang kononnya ada keseragaman dan kesehaluan misi, harapan dan impian dengan Anwarsme.
Tokoh-tokoh yang kononnya akan terbantut peluangnya dalam Pas adalah Dato' Mohd. Amar Abdullah dan Dato' Takiyuddin Hassan yang dilihat sebagai dua tokoh yang menyongsang dan menyanggah Husamsme.
Tok Guru pula tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghadang Husamsme sehingga beliau semacam kononnya menerima tentangan dari anak-anak sendiri yang rata-rata sarat dengan ilmu agama di dada masing-masing.
Sebagai anak-anak yang dididik dengan displin ilmu agama, anak-anak Tok Guru sudah pasti tidak akan membiarkan parti yang kononnya menggunakan wadah Islam tercalar dengan unsur-unsur yang sesuai dengan imej parti walaupun ianya hanya sebesar hama.
Kononnya Ustaz Nik Abduh menjadi titik tanda untuk tokoh-tokoh Pas peringkat pusat memuhasabah diri masing-masing untuk nantinya akan dipastikan sama ada Pas sekarang benar-benar selari dengan tujuan asal penubuhannya atau sebaliknya.
Untuk suatu tempoh yang tidak dapat dipastikan, masa dan keadaan akan menintakan Ustaz Nik Abduh sebagai hero dalam menyelamatkan tujuan dan matlamat penubuhan Pas. Ianya mungkin akan memakan masa puluhan tahun.
Husamsme akhirnya tetap akan DAWAS sebagaimana ANWARSME yang mula menampakkan bibit-bibit kehakisan, malah semangat reformasisme sudah mula luntur warnanya.
Secara pebadi saya pula berpendapat dengan langkah dan tindakan berani yang dicetuskan oleh Ustaz Nik Abduh, akan berlaku revolusi dan reformasi kepada Pas, malah akan menarik minat pendukung dan penyokong parti itu untuk kembali ke akar umbi tujuan dan matlamat penubuhannya!
Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment