Banteras gejala rempit: polis perlu diberi kerjasama guna kuasa maksima
PADA asasnya saya bersetuju dengan Ketua Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusoff yang menamakan 'mat rempit' sebagai 'samseng jalanan', apatah lagi gesaan beliau agar Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit/samseng jalanan dengan hukuman penjara mandatori.
Tetapi penukaran nama sahaja pada saya tidak akan banyak memberi kesan. Misalnya dadah sering disebut najis supaya ada rasa kejijikan bagi penyalahgunaannya tetapi ianya tetap menjadi masalah utama negara. Pada kotak rokok umpamanya, selain dari dicatat amaran tentang bahaya merokok, kini ditambah dengan pelbagai gambar yang menyeramkan tentang kemungkinan diserang penyakit akibat amalan merokok. Namun di mana-mana mudah diketemui perokok.
Bagi saya biar pun dianggap kejam dan keterlalu, penguatkuasaan undang-undang adalah menjadi sesuatu yang sangat terdesak untuk menangani mat rempi/samseng jalanan, kegiatan meragut dan apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral. Semua lapisan masyarakat perlu memberi kerjasama kepada polis bagi menggunakan kuasa maksima yang diperuntukkan kepada polis.
ntara bentuk kerjasama yang perlu diberikan ialah supaya jangan sekali-kali menggunakan sebarang tangan ghaib untuk membebaskan mana-mana pelaku kesalahan biar pun dianggap terlalu kecil untuk diambil tindakan tanpa mengambil kira anak siapa dan sebesar mana pengaruh dan kuasa yang rimbunan tempat seseorang yang ditahan polis itu berteduh.
Ada rakan yang bekerja sebagai anggota polis memberitahu saya, polis sekarang bukannya boleh mengambil tindakan sebarangan ke atas pelaku kesalahan kerana jika pelaku itu dari keluarga orang ternama dan berkuasa, polis yang mengambil tindakan boleh kehilangan kerja dibuatnya.
Kononnya kalau ditarik baju secara kasar atau ditempeleng kerana yang ditahan berkurang ajar dan menyebabkan anggota polis hilang sabar, jika dibuat aduan, jawabnya anggota polis akan menerima padah kerana banyak badan NGO yang akan membuat pembelaan atas nama hak asasi manusia dan polis boleh dikenakan tindakan kerana dianggap mencabuli hak berkenaan.
Pemilik barangan yang kena curi atau suami yang isterinya mati menjadi mangsa ragut dan nampak dengan jelas pencuri atau peragut pun tidak boleh sewenang-wenangnya mencedera, apatah lagi membunuh orang menyebabkan isterinya terbunuh kerana undang-undang tidak membenarkan.
Sesiapa-sesiapa yang mengambil tindakan sendiri terhadap pelaku jenayah boleh didakwa dan dihukum, apatah lagi kalau bertindak membunuh si pembunuh yang dilihat dengan mata kepala sendiri pembunuh yang membunuh pembunuh isteri, ibu, anak atau atau saudara pembunuh yang membunuh pembunuh, hukumannya ialah ialah pembunuh itu akan dihukum digantung sampai mati.
Pada saya perundangan yang diguna-pakai sekarang yang terlalu mahu berlaku adil terhadap pelaku kesalahan/penjenayah menyebabkan mereka yang gemar melakukan jenayah tidak merasa gerun atau ngeri dengan hukuman yang bakal diterima.
Apatah lagi untuk rasa takut dan hormat kepada polis sebagai penguatkuasa undang-undang kerana polis sendiri bukannya boleh mengambil tindakan sebarangan ke atas pelaku kesalahan/jenayah, lebih-lebih kalau kalau pelakunya dibawah naungan orang berpengaruh dan ada kuasa.
Untuk mengurangkan apa jua gejala yang menimbulkan masalah kepada negara dan orang awam, sama ada merempit, meragut, menyamun, merompak, menipu, mengedar dadah, makan rasuah dan sebagainya, tidak ada tatacara yang lebih baik dan berkesan selain dari dikenakan hukuman seberat mungkin dan polis kena diberikan kerjasama untuk melaksanakan tugas dengan menggunakan kuasa paling maksima. Badan NGO yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia kena berhenti dari mahukan pelaku jenayah dan spesis-spesis yang menimbulkan pelbagai gejala sosial menerima hukuman paling adil dan saksama kerana pelaku jenayah itu sendiri tidak pernah adil kepada orang yang dijenayahi.
Tuesday, May 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment