Wednesday, May 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (185)

Inffuenza A (H1N1) antara rahsia kenapa Allah haramkan memakan daging babi


KALAU bermula pada bulan Oktober 1998 negara digemparkan oleh serangan virus Nipah dan Japanese Encephalitis (JE) yang berpunca dari babi, kini negara turut dilanda tempias kebimbangan masyarakat dunia tentang kemungkinan merebaknya wabak Inffuenza A (H1N1) atau selsesa babi pula.

Sebagaimana virus Nipah dan JE, Inffuenza A (H1N1) juga berpunca dari babi yang mana setakat 17 Mei lepas, sebanyak 39 negara disahkan ada mangsa wabak itu apabila sebanyak 8,508 kes dikesan dengan 72 kematian.

Dengan 4,714 kes (5 kematian), Amerika Syarikat menduduki tangga teratas dari segi jumlah pengidap selsema babi, diikuti Mexico (2,895 kes - 66 kematian, Canada (496 kes – 1 mati), Costa Rica (9 kes - 1 mati), Sepanyol (103 - belum ada kematian, Britain (82 - belum ada kematian), Penama (54 - belum ada kematian), Jepun (44 - belum ada kematian), Peranchis (14 - belum ada kematian), Jerman (12 - belum ada kematian), Colombia (10 - belum ada kematian).

Di Italy sebanyak sembilan kes dikesan, Brazil (8), Israel (7), New Zealand (7), China (5 termasuk 3 di Hong Kong), El Slavador (4), masing-masing tiga di Cuba, Guatemala, Belanda dan Korea Selatan, masing-masing dua kes di Finland, Malaysia, Norway Sweden dan Thailand serta masing-masing satu kes di Peru, Ecuador, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Denmark, Ireland, India, Poland, Pertugis, Switzland dan Turki.

Sejauh mana dan selama mana wabak itu akan menjadi ancaman, sukar untuk dipastikan. Bagaimanapun setiap penyakit pasti akan ada ubatnya. Terpulang kepada kegigihan dan keketagihan manusia berusaha menemukan ubat paling sesuai dan mujarab serta.

Juga bergantung kepada seproaktif mana langkah-langkah pencegahan dilakukan bagi membendung wabak itu dari merebak kerana hakikatnya untuk apa pun jenis penyakit, mencegah adalah lebih baik dari berubat.

Apa yang diharapkan dan seluruh rakyat negara ini patut berdoa ialah agar kita dibabaskan dari menularnya wabak itu ketika kegerunan oleh ancaman virus Nipah dan JE masih belum benar-benar luput dari ingatan dan thrauma, terutama kepada keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga mangsa yang mati angkara wabak berkenaan yang melanda Bukit Pelanduk Negeri Sembilan lebi sepuluh tahun lalu.

Untuk tujuan rekod, sayugia diketahui bahawa Bukit Pelanduk yang dilanda wabak virus Nipah dan JE adalah pusat ternakan babi dan pengeksport terbesar daging haiwan berkenaan di Asia Tenggara ketika itu dengan lebih dari sejuta haiwan berkenaan dipelihara pada satu-satu masa di sana.

Gara-gara wabak virus Nipah dan JE, seramai 258 yang bekerja di ladang babi di Bukit Pelanduk menjadi mangsa dijangkiti virus-virus tersebut, 104 daripadanya mati. Babi-babi yang diternak itu dimusnahkan dan wabak-wabak itu kemudiannya berjaya dikawal.

Ekoran dari merebaknya virus Nipah dan JE, minat terhadap ternakan babi menurun dan sudah tidak banyak negeri yang berhasrat menternaknya kecuali Selangor. Hasrat itu bagaimanapun menerima bantahan rakyat, terutama yang tinggal di kawasan yang bakal dijadikan pusat ternakan.

Kedah juga ada menyuarakan minat untuk tujuan yang sama walaupun pusat ternakan yang dirancang tidak semega dan sehebat yang dirancang di Selangor. Sebagaimana di Selangor, hasrat Kedah untuk ternakan babi juga menerima bantahan rakyat.

Berdasarkan maklumat rambang terkini, jumlah ternakan babi mengikut negeri ialah Perak sebanyak 489,090, Pulau Pinang (296,230), Johor (294,810), Selangor (264,510), Melaka (150,870) dan Negeri Sembilan 1,200 ekor.

Tidak ada rekod jumlah ternakan babi di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Sabah dan Sarawak. Manakala berdasarkan kepada rekod rambang pula terdapat 776 ladang babi di negara ini dengan 530 daripadanya adalah ladang komersial.

Melihat kepada ancaman Inffuenza A (H1N1) mahu pun virus Nipah dan JE (malah virus Chikungunya juga dikatakan adalah berpunca dari virus bawaan babi yang disebarkan oleh nyamuk tetapi belum ada pengesahan pakar mengenainya), maka dapatlah disimpulkan bahawa babi yang namanya jijik disebut oleh orang Islam adalah haiwan yang mana daging dan seluruh komponennya boleh menyumbang kepada berlakunya punca pelbagai penyakit yang boleh membawa maut.

Pastinya itulah antara sebab kenapa Allah mengharamkan memakan daging babi. Ancaman Inffuenza A (H1N1) mahu pun virus Nipah dan JE (malah virus Chikungunya yang diharap tidak betul kononnya berpunca dar bawaan babi yang disebarkan oleh nyamuk), secara tidak langsung rahsia di sebalik pengharaman memakan daging bagi yang Allah sebut dalam al-Quran, terbongkar.

Larangan aatau pengharaman memakan daging babi bagi orang beriman dan bertaqwa terkandung dalam ayat 172 hingga 13 surah al-Baqarah yang bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, makanlan di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu mnyembah.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedangkan ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Berdasarkan kepada ayat di atas, tentulah dapat difahami oleh sesiapa yang diberi hidayah oleh-Nya bahawa bagi yang tidak mempedulikan pengharaman memakan daging babi, lebih-lebih lagi mereka yang gemar memakan daging haiwan itu bererti mereka sengaja mencari penyakit.

Penyakit itu pula sebenarnya boleh dielak jika pengharaman memakan daging babi dipatuhi kerana kalau tidak ada permintaan di pasaran, perusahaan ternakan babi tidak akan dijalankan oleh mana-mana pihak.

Bila tidak ada perusahaan ternakan babi, ancaman Inffuenza A (H1N1) mahu pun virus Nipah dan JE tentulah tidak akan berlaku dan rakyat tidak ada terkena tempias kebimbangan yang melanda Negara-negara yang rakyatnya ternak dan makan babi.

Sebagaimana ancaman virus Nipah dan JE boleh Berjaya dibanteras apabila babi-babi yang diternak dimusnahkan, maka seandainya amalan memakan daging babi dan menternak haiwan itu dihentikan dan negara ini dibersihkan dari ternakan babi, tidak mustahil untuk tempoh terdekat tidak akan ada lagi ancaman Inffuenza A (H1N1) di Negara ini.

Barangkali negara tidak akan mengalami kemerosotan pendapatan, apatah lagi jatuh muflis sekiranya negara bersih dari aktviti ternakan babi dan urusniaga daging haiwan tersebut, sebaliknya negara bukan sahaja akan terselamat dari ancaman virus-virus bawaan babi teapi juga akan terselamat dari terpaksa berbelanja besar bagi pembiayan pengubatan pengidap penyakit dan pembanterasan virus bawaan babi.

Lagi pun babi bukan menjadi keperluan terdesak bagi menampung keperluan lauk/daging negara kerana masih banyak lagi sumber daging yang boleh diperolehi seperti daging lembu, kerbau, kambing, bebiri, ayam, itik, serati dan sebagainya.

Bagi kalangan yang akan mengalami masalah umpama kematian bini atau selera akan tertutup tanpa menikmati daging babi, mereka bolehlah memakan daging babi liar yang boleh diburu di kawasan hutan kerana babi liar didapati tidak terbabit dalam pembawaan virus bagi apa-apa jenis penyakit,

Dalam pada itu, sebagaimana babi yang diharamkan memakan dagingnya disebut dalam al-Quran, bangkai, darah dan binatang (ketika disembelih) disebut (nama) selain dari Allah yang turut diharamkan memakannya dan disebut dalah al-Quran hendaklah dielak dari membahamnya kerana kalau larangan dilanggar, pasti akan ada padahnya.

Apa yang asalnya halal dimakan pun akan menjadi haram apabila ianya diperolehi secara haram sama ada melalui amalan rasuah, berjudi, menipu, mencuri, merompak, menyamun, meragut dan sebagainya.

Jika dimakan benda yang halal tetapi diperolehi melalui cara yang haram pasti aka nada padahnya. Justeru dalam mendapatkan sumber makanan bukan sahaja kebersihan kena dijaga tetapi kesucian termasuk dalam memperolehinya perlu diutamakan

No comments: