Monday, May 25, 2009

MUNCUL KEMBALI (192) -KEMASKINI

Taktik Anwar bawa padah

PROJEK 916 yang bukan sahaja sesuatu yang sangat diyakini tokoh nombor satu PKR/PR, Datuk Seri Anwar Ibarhim tetapi juga diyakini oleh pimpinan dan penyokong parti-parti dalam PR ternyata bukannya membawa faedah sebagaimana yang diharapkan tetapi sebaliknya membawa padah.
Projek itu memberikan tarikh 16/9/2008 sebagai tarikh terakhir Umno/BN menjadi kerajaan bagi negara ini dan tarikh itu juga akan menyaksikan kononnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri ketika itu bersama barisan kabinetnya akan terpaksa menerima hakikat hilang kedudukan, terpaksa berpindah dari kerusi parti kerajaan ke kerusi barisan pembangkang dalam sidang parlimen.
Sebagai gantinya PR akan membentuk keajaan dan Datuk Seri Anwar yang belum bergelar Ahli Parlimen dikala itu akan menjadi Perdana Menteri dengan barisan anggota kabinet yang jauh lebih berkualiti dan lebih berkemampuan untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan negara.
Kononnya ramai ahli parlimen, terutama dari Sabah dan Sarawak akan lompat parti kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan Umno/BN dengan masing-masing mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Kononnya juga tidak ada tokoh yang lebih tokoh dari Anwar yang paling layak menjadi perdana menteri dan yang paling berkemampuan menstabilkan apa yang tidak stabil, termasuk ekonomi dan segala sistem termasuk sistem kehakiman, sistem kepolisian dan khudmat Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak pernah adil kepada pembangkang akan menjadi sebaliknya dengan aura Anwar.
Tetapi projek 169 terbukti tidak menjadi realiti, sebaliknya penerajunya ibarat sang pungguk yang rindu dan gila seperah, babuk-berahikan puteri bulan dengan memanjat batang bemban untuk mendampingi puteri bulan nan tinggi di awangan, malah umpama sang katak puru yang berkerapu sentiasa berangan-berangan kerapunya akan hilang bila guruh berdentum, kulitnya akan licin dan melayakkannya mendampingi dan bergewan dengan anak dara raja nan rupawan.
Tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno/BN lompat parti. Seluruh makhluk di langit dan di bumi tahu hal itu, membuktikan Anwar tidak sebisa/sehebat yang Anwar dan pengkagum taksub dan kemaruknya sangkakan.
Macam mana pun kuman dan virus wabak lompat parti telah menular dan membawa padah dan badi musibah kepada Kerajaan PR Perak apabila dua ahli dewan undangan negeri dari PKR dan seorang dari DAP lompat parti.
Kerananya PR tidak lagi memiliki majoriti dan itulah yang diharapkan oleh projek 169 yang mahu nyahkan Umno/BN dari terus berada pada takah pembentuk kerajaan yang dimandatkan oleh majoriti rakyat, supaya Umno/BN hilang majoriti dengan ahli Umno/BN lompat parti.
Projek ciptaan dan yang amat meyakinkan Anwar serta pentaksub tegarnya itu ibarat senjata makan tuan. PR terpaksa menghadapi kenyataan kehilangan kuasa di Perak.
Wakil rakyat Umno/BN yang diharap lompat parti tidak ada yang melompat tetapi wakil rakyat PKR dan DAP pula yang tinggalkan PKR/PR dan DAP/PR. Hujan yang diharap turun ke bumi rupanya menyongsang ke langit.
Bila dari segi amalan demokrasinya PR hilang kuasa di Perak tetapi peneraju kerajaan dan barisan exco enggan mengakui hakikat itu dan berdegil untuk terus nenoertahankan kerajaan yang hilang majoriti sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan Perak dan semcam menolak hakikat demokrasi, menjadikan umum dapat melihat dan menilai kualiti sebenar kepimpinan dan ketokohan pimpinan PR.
Seandainya projek 169 tidak tidak dibuat dan tidak disalut dan ditatah dengan keyakinan yang teralu amat-amat over, mungkin apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi macam sekarang.
Kalau pun akan berlaku pertukaran kerajaan, ianya akan belaku bila tibanya pilihanraya umum sebagaimana yang pernah belaku di Sabah yang mana kerajaan Pas hanya boleh bertahan sepenggal sahaja.
Justeru itu dalam kes Perak, amat tidak kena kalau Umno/BN atau Zambry/barisan exconya dianggap MB dan barisan exco haram, apatah lagi dijadikan sasaran kemarahan. Yang patut dimarah dan dikutuk adalah Anwar kerana projek 169nyalah telah menyebabkan Kerajaan PR Perak kena kifarat.
Barangkali kerana menyedari hal itulah, maka Mohd Nizar yang tentunya sudah hilang harapan untuk terus diktiraf sebagai MB Perak yang sah dan melabelkan Zambry sebagai MB haram, secara senyap-senyap telah menyerahkan kereta yang dipakai sebagai kereta resmi MB Perak.
Secara tidak langsung juga, dengan penyerahan kereta berkenaan, menunjukkan Mohd. Nizar sudah mengaku kalah dan sudah hilang keyakinan untuk nyahkan Zambry dari kedudukannya sebagai MB.
Kalau ada yang masih menolak hakikat, masih yakin Nizar akan kekal pada kedudukannya, kalau tidak boleh dikelas sebagai babuk pun, maka orang yang menolak hakikat itu adalah 'gon' atau 'ngo' sakan.

No comments: