Sunday, May 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (191)

Mogok lapar boleh timbulkan kerenggangan dalam PR

IKATAN kerjasama yang rapuh di kalangan parti-parti yang menyertai Pakatan Rakyat (PR) pada pendapat saya akan terus menimbulkan ketegangan ekoran isu rancangan mengadakan mogok lapar kerana membantah keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada Umno/BN berhubung dengan kemelut dan kecelaruan politik di Perak.
Saya yakin Pas sebagai anggota komponen PR yang paling berwibawa berbanding dengan parti-parti lain dalam PR tidak akan menyertai rancangan itu jika ia direalitikan kerana mogok lapar bukan amalan Islam, malah dalam menghadapi tekanan musuh-musuh Islam, Rasulullah s,a.w. tidak pernah melakukan perbuatan seumpama itu.
Melakukan apa yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s,a.w. bermakna melakukan bida'ah. Orang Pas dengan imej Islamnya tidak mungkin sanggup melakukan perbuatan atau amalan yang bersifat dan berwajah bida'ah. Kalau ada yang sanggup lakukannya, tentulah hanyalah di kalangan pimpinan, ahli dan penyokong Pas yang jahil.
Malah saya yakin, bagi pimpinan berimej ulamak dan penyokong Pas yang pro ulamak, mereka tidak akan mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan, apatah lagi mempersoalkan hakim-hakim yang membuat keputusan setelah segala usaha yang ada telah dibuat oleh PR untuk terus berkuasa di Perak tetapi kemenangan tetap juga berpihak kepada Umno/BN.
Keputusan itu tidak akan belaku kalau bukan kerana sudah memang itulah yang ditakdir dan disuratkan-Nya. Umno/BN, malah hakim-hakim Mahkamah Rayuan, apatah lagi pimpinan Umno/BN tidak akan ada keupayaan untuk melawan atau merubah ketentuan takdir serta suratan walaupun sebijak mana mereka dalam merangka strategi dan gerak saraf..
Menpersoal atau membuat pelbagai andaian dan spekulasi, apatah ladi tudingan liar terhadap apa yang telah berlaku boleh membawa kepada seolah-olah takdir dan suratan dipertikaikan kerana tidak ada berlaku sesuatu perkara tanpa izin-Nya.
Kalau pun ada pimpinan atau penyokong Pas yang menyokong, apatah lagi sanggup menyertai pimpinan atau penyokong parti-parti lain dalam PR , pada saya mereka itu adalah kalangan pemimpin dan penyokong Pas yang prolib.
Oleh itu pada pendapat saya, cadangan mogok lapar mahu tidak mahu akan menimbulkan ketegangan dan ketidak-seragaman pendapat serta tindakan yang akan berlaku pula bukan hanya di kalangan parti-parti dalam PR sahaja tetapi juga ianya akan berlaku sesama dalam Pas. yakni antara kalangan yang pro ulamak dengan yang prolib.
Perjuangan Pas tidak akan bermakna sekiranya parti itu yang sepatutnya menjadi 'leader' kepada PR tepaksa akur dengan rancangan yang dibuat oleh parti-parti dalam PR yang tidak selari dengan budaya dan hukum hakam Islam, seperti mogok lapar misalnya.
Amalan puasa sunat, apatah puasa wajib tidak boleh disamakan dengan mogok lapar kerana puasa adalah suatu ibadat dan untuk melakukan ibadah itu kena ikut sepenuhnya peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam dan mesti dielak dari menjadi suatu bida'ah.

3 comments:

yes said...

Jangan jadi bongok, baca apa Ustz Ahmad Awang Kata

Kambing Akikah said...

Salam En Meli, tumpang iklan kan sikit, kalau-kalau ada yg mencari kambing akikah di Kelantan sempena cuti sekolah ni:
-----------------------------------

KAMBING UNTUK AKIKAH

Sempena cuti sekolah yang akan datang, kami sedang mengadakan promosi Kambing Feral Australia untuk akikah. Kambing telah cukup umur dan sihat.

Berat purata 35kg. Saiz jauh lebih besar dari kambing kampung jantan. Harga cuma RM530 seekor.

Boleh datang lihat kambing tersebut diladang kami. Cepat....kambing akikah termurah di Kelantan.

Kami menyediakan khidmat menyembelih, melapah dan memotong dengan bayaran hanya RM40 seekor.

Hubungi segera Cikgu Aziz, 012-9628064.
http://jualankambing.googlepages.com/

No Hal said...

Ustaz Awang tu alim sangat ke? Jangan mudah terpengaruh kerana janggut panjang, ekor serban panjang dan jubah labuh. Dalam serban, dalam jubah, dalam janggut mungkin ada macam-macam.
Quran dan Hadis kena jadikan rujukan mutlak, barulah bila nampak orang ada janggut, pakai serban dan pakai jubah tidak mudah dianggap alim belaka.
Meli pun kalau pakai serban dan jubah orang akan anggap alim, sayangnya dia hanya berjanggut tetapi tidak berserban dan berjubah.
Kalau Quran dan Hadis dijadikan rujukan mutlak, tak 'lah bila keling pencacai baca ayat Quran pun disambut dengan takbir, bila ada orang bukan Islam kata nak jadi zuhud macam Umar Ibnu Aziz pun boleh percaya.