Mencari sebab dan musabab
KENAPA Umno/BN kini serba tidak kena di mata rakyat negara ini? Walhal walaupun barangkali kira-kira 50 menjadi kerajaan agak lama bagi sesebuah atau pakatan parti-parti politik tetapi pencapaian kemajuan negara untuk tempoh 50 tahun juga pada hakikatnya tidak boleh dinafikan oleh setiap Malaysia yang tulus bahawa ianya telah melangkaui pencapaian 150 tahun atau lebih lama lagi dibandingkan dengan negara-negara lain, negara yang lebih awal merdeka.
Umno/BN dalam menyempurnakan mandat rakyat menjadi umpama murid pintar yang telah melompat kelas. Pokoknya kenapa Umno/BN kini menjadi serba tidak kena di mata rakyat dan menganggap pakatan pembangkang yang belum tentu kemampuan sebenar jika mengambil alih tampuk pemerintahan dari sudut jasa baki kepada rakyat dan negara?
Pembangkang, khususnya Pas membangkitkan tentang pemerintahan negara ini tidak berteraskan apa yang dimahukan oleh Islam dan kerajaan Umno/BN adalah sekularisme sifatnya di samping apa yang dilakukan oleh Umno/BN tidak berkat menjadi faktor kenapa kerajaan Umno/BN mesti ditentang dan ditumbangkan.
PKR dan DAP pula dengan alasan dan sebab musababnya sendiri kenapa Umno/BN perlu diganyang dan majoriti rakyat diajak tumbangkan Umno/BN walaupu jika PR mengambil alih tampuk pemerintahan, belum tentu mereka mampu mencapai rekod yang dicapai Umno/BN, apat lagi mengatasi rekodnya pencapaian UMNO/BN kerana hakikatnya menjadi kerajaan jauh lebih payah dari menjadi pembangkang.
Lihat sahaja negeri-negeri yang dikuasai PR, apa bezanya dengan negeri-negeri yang masih kekal dibawah Umno/BN. Yang berbezanya barangkali hanya mentei besar, ketua menteri dan barisan exco yang barangkali kerana baru memiliki kuasa, maka dianggap kuasa yang dimiliki menjadikan mereka amat berkuasa dan boleh buat apa sahaja sehingga polis dan penguatkuasaan undang-undang diperlekeh, institusi kehakiman, malah institusi raja perlembagaan pun sanggup diperdebekkan.
Itu yang ditanya, sekaligus diberi ulasan kepada saya oleh seorang rakan lama yang dulunya sama-sama pro Pas bersama saya tetapi sekarang kononnya menjadi orang atas pagar. Mungkin kerana dia pun dapat maklumat saya kini jadi orang atas pagar, maka beliau membuat pertanyaan dan ulasan sedemikian rupa, sekali gus mengaku dirinya kini jadi orang atas pagar.
Seingat saya sebagai seorang yang pro Pas, beliau lebih fanatik berbanding dengan saya yang akan terhad pergaulannya dengan orang politik dari pelbagai jenama sebagaimana peluang saya sebagai pengamal media. Dia lebih berimejkan katak di bawah tempurung bersama Pas. Kerana itu pada agakan saya dia boleh bawa cerita macam mana seorang yang mengacau Tok Guru Nik Aziz sedang beruap dengan mengembik macam kambing telah mengembik tidak berhenti-henti dalam tempoh berhari-hari.
Kononnya apa yang berlaku itu menjadikan keluarga si pengembik naik risau. Hasil cadangan seseorang, keluarga si pengacau tadi telah membawa si pengembik jumpa Tok Guru Nik Aziz memohon maaf dan menceritakan apa yang belaku. Tok Guru Nik Aziz memaafkannya, malah menasihatkan supaya kena jaga mulut dengan baik.
Tok Guru Nik Aziz juga dikatakan memberi si pengembik tadi minum air tawar dan kepala si pengembik dibasuh dengan air tawar menjadkan si pengembik tadi pulih seperti sediakala dan seterusnya si pengembik tadi menjadi penyokong Pas tegar. Saya pernah minta dia tunjukkan si pengembik itu tetapi katanya dia dengar orang cerita dan tidak kenal pun si pengembik itu.
Beliau juga banyak bercerita tentang luarbiasanya Tok Guru Nik Aziz yang kononnya walaupun berada di Perak untuk hadiri mesyuarat di Kota Bharu yang masanya kurang dari sejam saja, dengan berkereta Tok Guru Nik Aziz masih sempat sampai untuk bermesyuarat.
Pemandunya dikatakan terpinga-pinga kerana kehairanan macam mana boleh sampai walaupun ketika memandu beliau dalam keadaan mengantuk, malah adakalanya terasa seakan dia tertidur. Banyak lagi cerita luarbiasanya tentang Tok Guru Nik Aziz sering diceritakannya dengan bangga.
Itu dulu. Sekarang walaupun tidaklah samapi mengecam Tok Guru Nik Aziz, tetapi dia tidak lagi bangga menceritakan pelbagai kehebatan dan kelebihan Tok Guru Nik Aziz yang saya yakin kalau Tok Guru Nik Aziz sendiri dengar pun. dia akan dianggap cerita mengenai kehebatannya sebagai BERDO'OHAN pemujaan terhadapnya dan tidak akan percaya sedemikian hebatnya beliau atas nama seorang Tok Guru Nik Aziz.
Dia agak lama bertegang urat dengan saya pada suatu ketika kerana berbahas tentang politik tidak boleh disukukan dengan Islam. Beliau pernah anggap saya sesat kerana percanggahan pendapat itu. Bagi saya politik dengan Islam memang tidak boleh suku-suku tetapi bukannya Islam dengan parti politik. Antara politik dengan parti politik adalah dua benda yang berbeza walaupun bunyinya hampir sama.
Bila saya berikan fakta bahawa yang meluluskan pendaftaran Pas adalah pegawai pendaftaran yang beragama Hindu, barulah ketaksubannya tehadap Pas mulai reda, malah dia menjadi lebih rasional dalam berpolitik dan beparti politik, sehinggalah yang boleh terkejut dan tergaman dengan pengakuan bahawa dia kini menjadi orang atas pagar dalam berparti politik.
Setelah agak lama diamkan diri membiarkan dia menanti respon saya terhdap pertanyaanya dan ulasannya, saya kata oleh kerana rakyat negara ini sudah hampir tidak ada masalah keperluan asas lagi menjadi punca dan faktor penyebab kepada kenapa UMNO/BN menjadi serba tidak kena pada mata rakyat.
Di mana-mana pun sudah ada bekalan elektrik, bekalan air dan jalanraya. Juga banyak yang dulunya hutan belantara kini sudah menjadi ladang kelapa sawit dan sebabaginya, malah banyak kawasan hutan rimba menjadi pekan. Untuk sampai ke mana sudut negara ini hanya memerlukan masa yang singkat.
Akibatnya UMNO/BN sudah kehabisan isu, malah sudah tidak ada apa lagi yang perlu dibuat untuk memenuhi keperluan rakyat. Juga gara-gara kegiatan anasir subversif berjaya dihentikan oleh kerajaan UMNO/BN, maka pembangkang yang ketagihkan suasana kelam kabut merancang dan melakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan pasukan polis terpaksa bekerja keras.
Pembangkang barangkali juga mahu menimba pengalaman hidup sengsara sebagaimana para penduduk Palestin dan rakyat di negara-negara yang sentiasa dilanda huru-hara dan kenteramaan awam yang sentiasa terancam. Demikian juga dengan rakyat yang terpedaya dengan pembangkang, barangkali mereka juga kemarukkan pengalaman hidup di sebuah negara yang huru-hara.
Kesenangan hidup yang diarih oleh kalangan yang bijak merebut peluang jugamenjadi antara faktor timbul rasa irihati dan dengki. Kebetulan orang Umno/BN lebih terdedah kepada pergaulan yang lebih terbuka dan mereka lebih berjaya dalam pencapaian hidup, maka mereka dilihat secara umumnya telah salahguna kuasa dan rendah moral walaupun yang terlibat barangkali hanya segelintir sahaja.
Kalau pihak pembangkang jadi orang kerajaan pada saya masalah salahguna kuasa dan ambil kesempatan akan lebih parah. Ini terbukti apabila baru sahaja berkuasa di beberapa buah negeri, sudah berlaku kes-kes rasuah, salah guna kuasa dan gila kuasa sehingga institusi kepolisian, kehakaiman dan istana diperlekeh dan diperdebek.
Walaupun rakan lama saya bersetuju dengan pandangan saya, namun dia menambah bahawa antara faktor kenapa UMNO/BN ditentang dan diusahakan untuk ditumbangkan adalah kerana kononnya Kerajaan UMNO/BN tidak memerintah ikut sunah dan tidak menghukum mengikut hukum syarak.
Bila saya tanya betulkah apa yang UMNO/BN lakukan betentangan dengan sunnah belaka, katanya padanya tidak, malah banyak yang UMNO/BN buat 50 tahun yang lampau baru dibuat oleh PR. Misalnya dari sudut kerjasama dengan bukan Islam yang juga pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., UMNO/BN dah lama buat tetapi PR baru buat, dulu Pas anggap bekerjasama dengan MCA, MIC dan parti yang ukan dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu bergama Islam tidak boleh tapi sekarang Pas boleh bekerjasama dengan DAP.
Yang anihnya Pas boleh percaya bila pemimpin DAP mendakwa mahu jadi zuhud macam Umar bin Abdul Aziz sedangkan syarat untuk jadi zuhud itu sendiri kena beriman dan bertaqwa dan tidak cukup sekadar beragama Islam sahaja. Pemimpin DAP yang dibanggai Pas kerana dakwa mahu jadi zuhud itu bukan sahaja tidak beriman dan bertaqwa tetapi beragama Islam pun tidak untuk cukupkan syarat zuhud.
Malah ada pimpinan DAP yang mahu mayatnya dilangkah sebelum negara ini diperintahkan secara Islam. Apakah langkah bekerjasama dengan DAP lebih ikut sunnah dari apa yang dilakukan oleh UMNO yang mana-mana pimpinan parti-parti bukan Islam tidak pernah membuat penentangan secara terbuka, apatah lagi bersumpah dengan memberi amaran kena langkah mayat dulu untuk memerintah negara ini secara Islam.
Dulu orang Pas kata kaum wanita tidak boleh jadi wakil rakyat, malah sekarang ini pun wanita dilarang menyertai tilawah al-Quran. Tetapi pada pilihanraya umum ke-11 dan ke-12 wanita dibolehkan bertanding, malah yang menang dilantik sebagai anggota exco. Membenarkan wanita menjadi wakil rakyat dan menganggotai kabinet sudah lama dilakukan oleh Umno/BN. Banyak yang Pas/PR lakukan sebenarnya sudah lama dilakukan oleh Umno/BN.
Sebenarnya banyak perkara-perkara yang selari dengan sunnah dan hukum hakam sudah pun Kerajaan Umno/BN lakukan tetapi tidak didabikkan atau dipersohorkan, berbanding dengan PAS/PR yang lebih banyak melaungkan slogan yang pada umumnya lebih bersifat retorik semata-mata. Seburuk-buruk imej Tunku Abdul Rahman Petra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Permata, beliau wujudkan PERKIM, malah menilham dan mengusahakan penubuhan OIC yang diterajui agak lama.
Sealim-alim orang Pas (kalau benar-benar alimlah), badan atau pertubuhan apa yang diwujudkan bagi mengislamkan orang bukan Islam dan menjaga kebajikan mereka. Tumpuan Pas lebih kepada mempersoalkan kualiti keislaman orang yang sudah Islam tetapi tidak menyokong perjuangan parti itu. Antara parti dan kerajaan yang asaskan PERKIM dan OIC dengan yang asyik beretorik, siapa yang lebih ikut sunnah?
"Jadinya?" pintas saya.
Katanya UMNO/BN akan kembali ada sebab untuk menerima padu sokongan rakyat apabila perkara-perkara ikut sunnah yang dilakukan selama ini yang tidak diuar-uarkan sebelum ini dijelaskan kepada rakyat jelata melalui saluran TN JAKIM yang bakal memulakan siarannya nanti, menjadikan rakyat akan sedar bahawa apa yang dimahu dan sedang dilakukan oleh PAS/PR sudah pun lama dilakukan oleh UMNO/BN.
Sayamemerlukan masa yang mungkin agak panjang untuk mengiya atau menola hujah dan ulasannya. Insyallah saya akan berusaha untuk itu secepat mungkin untuk nantinya dipostingkan melalui blog saya ini.
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=6qjqhbWycBg
Bijak menggambil kesempatan? Kalau secara halal rakyat tak marah, tetapi pokok nya dengan cara yang tak betul. Contoh, pembelian kapal selan. Memang ada yang pandai mengambil kesempatan. contoh lain, istana Zakaria, tanah KPZR, AP kereta. Memang mereka pandai ambil kesempatan.
Jadi haruskah rakyat mengundi UMNO/BN?
Kapal selam bukankah satu keperluan kepada pertahanan negara. Sebelum menganggap ada kesempatan diambil secara tidak betuk terhadap pembelian kapal selam, kena ada bukti sahih, jangan pakai agak-agak. Kalau dapat komisyen pembelian selam atau kalau yang dapat AP adalah orang Melayu apa nak bising. Di Kelantan banyak tanah-tanah milik Melayu telepas ke tangan bangsa lain, jual ladang Sungai Terah siapa yang dapat komisyen. Kalau jual ladang Sungai Terah, kalau komisyen pembangunan Lembah Sireh halal, menjadikan sebilangan besar tanah dalam bandar bertukar milik kepada bangsa lain, kenapa pula kalau betul ada komisyen dalam pembelian kapal salam atau dalam urusan AP boleh jadi tak halal dan kena dipertikaikan pula.
Orang Melayu yang dapat balak di Kelantan, akhirnya dijual kepada siapa. Berapa kilang kayu (sawmill) milik orang Melayu yang ada di Kelantan?
Dalam kitab bahrulmazi ada menyebut bahawa pada suatu masa ISLAM SEBENAR akan memerintah negara menggantikan tempat orang orang sekarang memerintah ( tak SEBUT nama tempat nya ,boleh jadi malaysia,amerika.rusia dan boleh jadi dimana mana sahaja )MUNGKIN KAH GEJALA GEJALA YANG ADA SEKARANG NAK MEMBENARKAN APA YANG DISEBUT DALAM KITAB TERSEBUT.
Quran juga ada sebut bahawa akhirnya umat Islam akan menang, orang Yahudi akan lari dan bersembunyi di celah-celah batu dalam keadaan ketakutan. batu-batu dan pokok akan memberitahu tempat persembunyian orang yahudi.
Kalau diamat-amati dan didalaminya, apa kata al-Quran keadaan itu akan bverlaku di negara-negara Arab, tidak mustahil juga ia turut berlaku di negara-negara yang banyak pokok seperti Malaysia.
Sebenarnya pejuang Islam tulen sentiasa menang. Kalau kalah misalnya dan boleh menerima kekalahan dan menerimanya sebagai suatu takdir dan suratan setelah berjuang habisan-habisan, maka akan mendapat pahala. Bukankah mendapat pahala itu suatu kemenangan, kalau mati dalam perjuangan untuk Ilam akan mati syahid. Bukankah mati syahit ituy mati paling istimewa. Kalau kemenangan disyukuri dan digunakan untuk untuk kenbabgkan syiar Islam akan berpahala dan akan menikmati kemenangan sejati.
Tapi kalau kemenangan menjadikan kita angkuh, sombong, bongkak, takbur, salah guna kuasa dan sebagainya, maka ianya akan mendatangkan dosa. Bukankah dosa itu adalah suatu kekalahan namanya dari kacamata Islam?
Harap-harap ramai yang baca dan celik mata dan hati sikit pas nih..go Meli go..
Post a Comment