Friday, May 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (189)

Politik congek-cadung dan bersoseh di perak

ENTAH kerana betul kata Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayob bahawa Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan boleh dibeli atau pun memang benaa-benar berpaksikan lunas undang-undang, maka keputusan dibuat dengan mengenepikan keputusan Makhkamah Tinggi 11 Mei lahu yang mengisytiharkan Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan pengenepian yang dibuat dengan keputusan sebulat suara oleh tiga orang hakim Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 3:40 petang pada 21 Mei, maka keputusan yang dibuat hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan menyebabkan jawatan Menteri Besar Perak bertukar tangan dari Datuk Dr Zambry Kadir kepada Mohd. Nizar selama 16 dan bertukar tangan kepada Zambry semula apabila Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry supaya menangguhkan keputusan Mahkamh Tinggi itu pada keesokan harinya, maka jawatan Menteri Besar Perak ikut rukun demokrasipada adalah Zambry untuk ketika ini.
Nizar dilaporkan akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah terakhir bagi menentukan kesahihan berhubung dengan siapa sepatutnya jadi MB Perak. Sama ada Zambry akan memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan dewan atau tidak, terpulang kepada pertimbangan dan keperluan.
Kalau tidak dibubarkan pun dari segi rukun demokrasinya, Umno/BN mempunyai majoriti bagi penubuhan kerajaan apabila tiga ADUN dari PR yakni dua dari PKR dan seorang dari DAP keluar dari parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas. Sepatutnya tiak timbul PR, apatah lagi Nizar marahkan Umno/BN, lebih-lebih lagi untuk marahkan Zambry.
Yang buat hal adalah ADUN dari PR, mereka yang keluar parti menjadikan jumlah kerusi UMNO/BN melebihi kerusi PR. Kenapa mereka keluar parti, itu adalah masalah dalaman PR yang perlu diselesaikan oleh PR sendiri. Kenapa ketiga-tiga ADUN keluar parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas kena sebab, musabab, punca dan faktornya.
Kalau mereka keluar PR menyertai BN dan diberi jawatan exco dalam kerajaan BN atau sebagainya, barulah Umno/BN boleh dimusuhi kerana menawarkan jawatan. Tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya dari exco, dua dari tiga ADUN itu sanggup jadi wakil rakyat biasa. Mereka bukan sahaja tidak diberi jawatan, malah tidak pun menjadi ahli Umno atau ahli mana-mana parti komponen BN. Mereka menjadi ADUN Bebas.
Kenapa mereka sanggup buang kedudukan dan rela menjadi ADUN Bebas yang akan menggelapkan masa depan mereka, malah boleh memusnahkan kerjaya politik mereka. Tentu ada sebab dan sebab itulah yang kena dicari oleh PR, bukannya bersikap sasan-sasau macam orang sakit gigi, sampai dengar orang batuk pun dimarah berapi.
Atas nama ADUN Bebas, bekas ADUN-ADUN PR berhak untuk memberikan perakuan sokongan kepada pihak mana yang mahu diberikan sokongan dan ianya menjadi hakmutlak wakil-wakil rakyat berkenaan. Pelik dan anih apabila kaki kita yang sakit kerana tersepak batu, maka pokok kayu yang tidak tersentuh pun dengan kaki kita dimarah, diseranah dan dipersalahkan. Itu yang berlaku kepada PR dalam isu Perak.
Dalam pada itu kes politik yang bersifat congek-cadung dan bersoseh di Perak, amat tidak kena apabila PR menyalah dan marahkan Umno/BN, pihak istana atau meragui keprofesionalan hakim dan mahkamah yang elaksanakan tugas penghakiman kerana kerenah sebenar adalah tercetus dari dalam PR sendiri yang telah menyebabkan kerusi milik Umno/BN melebihi kerusi PR. Ikut amalan dan rukun demokrasi, pihak yang memilki kerusi majoritilah yang berhak membentuk kerajaan.
Soal keadaan itu berlaku kerana ADUN dari PR melompat parti, itu adalah masalah dalaman PR yang sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Bila kerusi yang dimiliki tidak lagi majoriti sifatnya, maka kenalah berundur, jangan tunggu sampai kerusi yang diduduki dengan orang-orangnya sekali diusung keluar. Kalau sampai ke tahap itu, nampak sangat betapa lapar, pelahap dan kemaruknya kita pada jawatan yang akhirnya rasa hormat pengundi akan bertukar dengan benci.
Lagi pun pada PR, UMNO/BN sudah tidak kuat, sudah tidak releven, sudah lemah, tidak bermaya dan tidak mampu untuk menyekatkan kebangkitan PR, bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara. Oleh itu daripada nampak congek-cadung dan bersoseh yang secara tidak langsung akan membuatkan rakyat selaku pengundi akan memandang negatif kepada amalan demokrasi, apa salahnya kalau Zambry diberi peluang menjadi MB sehingga tempoh berlangsungnya pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.
Kalau betul bagai dikata bahawa Umno/BN sudah umpama barangan luput tarikh, bukan sahaja kerusi MB Perak terapi semua kerusi MB dan Ketua Menteri di semua negeri akan terdiri dari orang PR, malah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan jamaah menteri pun akan terdiri dari orang PR selepas berlangsungnya pilihanraya umum ke-13 nanti.
Untuk apa bercongek-cadung dan bersoseh untuk dapatkan segenggam nasi sedangkan nasi yang bakal diperolehi berkawah-kawah banyaknya, kecualilah kalau Umno/BN yang dikatakan sudah tidak laku digadai, sudah ayam tidak sudik nak patuk itik yang berselera nak sudu hanya gebeng dan berak besar tak padan dengan dubur PR sahaja sedangkan hakikat sebenar adalah sdbaliknya!

No comments: