Thursday, May 21, 2009

INNAALILLAH!

SAYA sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada seisi keluarga Paksu Wil (ADUN Manek Urai) di atas berpulang ke ramhtaullahnya beliau kira-kira pukul 5.55 pagi tadi. Mudahan-mudahan seisi keluarganya reda dengan pemergiannya. Paksu Wil dijemput pergi pada ambang hari Jumaat penghulu sekelian hari.
Sebelum ini saya menerima maklumat yang mengatakan beliau yang dirawat di sebuah hospital terpaksa dipotong sebelah kakinya dalam usaha untuk menyelamatkannya.
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan. Semuga rohnya terkumpul bersama roh para solehin. Amin!

No comments: