Tuesday, May 26, 2009

MUNCUL KEMBALI (194) - KEMASKINI

Komunisme: tangani secara hikmah

GARA-GARA permohonan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk kembali ke Malaysia, wabak komunisme yang mana rasa gerun orang ramai terhadap tindak tanduk gerakan bersenjatanya sudah lupus dari ingatan selepas perjanjian damai Kerajaan Diraja Thailaind - PKM - Kerajaan Malaysia ditandangani di Lee Garden Hotel, Hadnyai pada 2 Disember 1989, kini kembali bersemarak.
Pelbagai ulasan dan komen yang rata-rata negatif dibuat oleh pelbagai pihak tanpa mengambil kira kesan sampingan kepada ulasan dan komen dibuat kerana bukan semua anggota PKM itu sebangsa dengan Setiausaha Agung PKM, Chen Ping. Ramai juga di kalangan anggotanya terdiri dari bangsa Melayu.
Ramai yang terkeliru antara angota PKM dengan anggota Kuomintang yang bukan sahaja ganas tetapi tidak bertuhan. Kuomintang adalah ejen kepada penjajah yang menggunakannya (Kuomintang) untuk mencemarkan imej PKM. Saya difahamkan anggota PKM pimpinan Rashid Maidin sering bertempur dengan Kuomintang di kawasan hutan Perak.
Hati anggota PKM berbangsa Melayu, terutama bekas anggota Rejimen Kesepuluh (RJK-10) Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM yang diasas dan bermarkas di Temerloh Pahang sebelum berpindah ke kawasan sempadan Selatan Thai kena dijaga daripada kemungkinan terluka dan dilukakan.
Rashid Maidin (mati pada hari negara merayakan kenerdekaan ke-49), Pengerusi PKM, Abdullah CD (masih hidup), Abu Samah Mohd. Kassim (mati pada 7 April 2009) adalah merupakan antara nasionalis yang terpaksa masuk ke hutan dan mengangkat senjata kerana diburu penjajah, mereka adalah rakan taulan kepada antaranya tokoh-tokoh yang bergerak dalam Umno, Pas dan juga akhbar Utusan Melayu..
Mereka ada anak dan saudara mara termasuk di Malaysia yang mungkin akan tersguris dan terasa hati jika setelah pejuang-pejuang berkenaan terpaksa mempertaruhkan nyawa dan darah melawan penjajah, setelah terpaksa mengambil masa puluhan tahun menjadi penghuni rimba kerana penjajah mahukan mereka dilabel sebagai anasir subversif dan setelah mereka cuba melupakan sejarah silam, kini semacam terma-terma/isi kandungan perjanjian cuba diingkari dan kegiatan masa silam mereka diungkit-ungkit.
Bagi saya yang pernah berjumpa dengan tokoh-tokoh ini beberapa kali untuk melihat dengan mata kepala sendiri sejauh mana ganasnya mereka setelah digambarkan betapa tidak berperi-kemnuasiaan mereka termasuk dalam drama dan filem tetapi amat terpegun kemudiannya dengan sikap kebapaaan bagi anggota lelaki dan sifat keibuan bagi anggota wanitanya, ungkitan yang dibuat oleh pelbagai pihak umpama cuba mengusik singa dan harimau sedang tidur serta sengaja mengusik sarang tebuang.
Hanya kerana Chen Ping, jangan pula sampai anggota RJK-10 Tentera Pembebasan Nasional yang merupakan pasukan yang sangat dihormati dan digeruni oleh anggota PKM dari pelbagai unit terasa mereka dicabar dan kesediaan mereka berdamai semacam tidak dihargai dan dinodai oleh negara kelahiran mereka dalam keadaan mereka terpaksa bermukim di bumi asing, malah sesetengahnya telah berpusara di wilayah Melayu yang berada dibawah kuasa Siam.
Isu keinginan dan pemohonan Chen Ping untuk kembali ke tanahair dan mahu diiktiraf sebagai warganegara perlu ditangani secara berhikmah, malah kena diselesaikan umpama menarik rambut dalam tepung supaya jangan pula sampai luka berdarah kembali. Sebagai sebuah negara yang merdeka, jangan kita nilai dan persepsi sejarah pejuang bangsa (nasionalis) mengikut versi penjajah. Saya tidak boleh komen peribadi Chen Ping kerana saya tidak berpeluang vewrjumpanya secara berdepan walaupun saya berusaha berjumpa untuk bagi melengkapkan buku yang sedang saya kerjakan mengenai RJK10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya PKM.
Jangan cuba gunakan isu komunisme yang sangat sensitif bagi tujuan mengalih isu atau kemelut semasa atau pun untuk meredakan ketengangan politik kerana sejak tahun 1989 yakni kira-kira 20 tahun yang lampau, PKM telah membuktikan bahawa mereka akur kepada terma/isu kandungan perjanjian damai yang ditandangani.
epatutnya kepakaran perang gerila dan gerak saraf milik PKM, khususnya RJK10 digunakan bagi menangangi masalah jenayah, demonstrasi jalanan serta masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, bohsia, bohjan dan sebagainya.
Kita kena letak diri kita macam mana kalau kita jati mereka (anggota RKJ10 Tentetera Pembebasan Nasional Malaya PKM yang keseluruhan anggotanya berbangsa Melayu beragama Islam) yang terpaksa menjadi pemastautin bumi asing setelah mempertaruhkan darah dan nyawa demi kemerdekaan negara.
Bagi yang pernah jumpa dan berbual dengan Allahyarham Rashid Maidin (isterinya seorang kader PKM berbangsa Cina memeluk Islam) atau yang pernah jumpa dan berbual dengan Abu Samah Mohd. Kassim, pasti hati akan remuk redam kerana jenazah mereka dipusarakan di bumi asing.
Hakikatnya mereka bukannya ganas dan tidak bertuhan sebagaimana yang disejarahkan atau didrama dan difilemkan sebagaimana dakyah dan catatan sejarah versi penjajah.
Di perkampungan penempatan bekas anggota RJK10 Tentera Pembebasan Nasional PKM di Kampung Perdamaian di Sukhirin yang menjadi tempat pemastautinan Abdullah CD dan bekas anggota RKJ10 serta di Perkampungan Malaysia di Yala tempat pemastautinan Rashid Maidin dan bekas anggota TJK10, ada masjid tempat mereka berjemaah, membuktikan mereka tidak pernah pisahkan diri dari Islam.
Kalau Kerajaan Thailand boleh menerima anak-anak bekas anggota RJK10 Tentera Pembebasan Nasional PKM, termasuk anak Rashid Maidin bekerja sebagai kakitangan kerajaan, apakah Malaysia yang merupakan negara yang dipejuangkan dengan mempertaruhkan darah dan nyawa tidak boleh lupakan sejarah silam sehingga dalam parut luka sudah hampir hilang, maka pelbagai kenyataan dan ulasan yang boleh menyebabkan parut akan luka kembali dibuat oleh pelbagai pihak.
Jangan sampai kita dianggap sebagai mengkhinati perjanjian damai yang telah termentrai dan ianya bukannya satu kerja yang mudah. Hal ini boleh ditanya kepada Mukhtar Mahmud Baginda selaku bekas Pegawai Akhbar kepada Datuk Seri Najib ketika anak sulung Tun Razak itu menjadi Menteri besar Pahang.
Seingat saya, Allahyarham Abu Samah pernah memberitahu saya bahawa Mukhtar Mahmud baginda adalah iparnya (Allahyarham Abu Samah Mohd. Kassim yang merupakan titih Datuk Bahaman) yang mencetuskan idea agar PKM menghentikan perjuangan bersenjata dan menandatangani perjanjian damai yang mana selepas menjalani proses rundingan yang agak panjang dan bukan mudah, akhirnya perjanjian damai menjadi kenyataan pada 2 Disember 1989.

No comments: