Wednesday, May 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (195) - KEMASKINI

Riak bawa reyok, sombong baunya kohong

MEMBACA posting terbaru MSO melalui blog Merah Tintanya tentang apa yang berlaku di Studio TV9 ekoran Husam Musa yang dikatakan enggan berhujah dengan tokoh yang kalau orang Kelantan sebut 'debek' pada anggapannya dapatlah saya bayangkan betapa kelam kabut dan huru-haranya para petugas semua unit, terutama penerbitnya yang mengetuai keudaraan program berkenaan.
Untuk mengkeudarakan sesuatu siaran langsung bukannya mudah, lazimnya para petugas akan berpeluh, terutama penerbitnya. Saya ada pengalaman lebih kurang kerana turut terlibat dalam siaran langsung untuk program Jejak Kasih ketika saya membantu secara tidak langsung petugas sambilan TV3 ketika stesen TV swasta pertama di negara ini itu ada studionya di Jalan Maju, Kota Bharu, Kelantan(depan Bank CIMB) sekarang. Sebelum TV3 begitu mendapat di Kelantan, saya banyak tulis skrip berita dan program majalah sperti rancangan MEMO yang cukup popular pada suatu ketika dulu.
Pengalaman secara tidak langsung itu menjadikan saya sendiri berdebar hingga sekarang menyaksikan siaran-siaran secara langsung program tv kerana sedikit sahaja kesilapan berlaku boleh membawa padah kepada siaran sesuatu rancangan. Kelewatan mereka yang terlibat dalam siaran datang ke studio pun sudah menjadikan jantung akan berdetap laju, apatah lagi kalau orang yang patut jadi hos tarik diri pada saat-saat akhir.
Macam mana pun saya angkat tabik dengan anak buah Encik Bukhari Che Muda yang mampu menyelamatkan keadaan apabila siaran Hujah tetap ke udara tanpa cacat cela. Dr Agus Yusoff sebagai perantara dan Ezam Mohd. Noor juga patut diberi tabik spring.
Mudah-mudahan pihak pengurusan TV9 tidak akan menggunakan kuasa kemediaannya untuk menghukum tindakan pihak yang boleh menyebabkan penerbit Hujah diserang sakit jantung apabila tokoh yang sudah hadir enggan on-air semata-mata kerana lawan hujahnya barangkali dianggap lekeh dan debek.
Kalau betullah apa yang terkandung dalam posting MSO (saya yakin sebagai wartawan berpengalaman dan mengendalikan blog yang diminati ramai, MSO utamakan profesionalisme dalam menulis sama ada di akhbar dan majalah mahu pun melalui blog), apa yang belaku adalah merupakan bibit-bibit permulaan kepada ketersungkuran dan keterbantutan seseorang tokoh dalam membina ketokohannya.
Walaupun bukan orang parti politik tetapi bukan bermakna baru dan jahil dalam politik serta sejak 1973 kagi sebagai pengamal media yang banyak melihat jatuh bangun tokoh-tokoh politik dari pelbagai aliran, saya yakin apa yang berlaku, termasuk beberapa kenyataannya yang saya baca adalah menjadi titik tanda kepada kejatuhan Husam.
Over confident dengan ketokohan dan kehebatan yang dimiliki, ditambah dengan 'pong jijik' oleh pemikir/think-tank yang mengguna-pakai teori lojik akal, menjadikan Husam sedang menuju jalan mati kerjaya politiknya atau setidaktodak orang boleh nampaj warna sebenar dan bau sengoti Husam Musa.
Dengan menulis surat kepada Zahid Hamidi, siap dengan masa sebagai syarat untuk berdebat adalah merupakan suara keangkuhan. Beliau siapa dan Zahid Hamid siapa kalau mahu diambil kira dari fungsi dan peranan kepada negara ini. Bukankah Zahid Hamid seorang menteri dan beliau hanya sorang exco. Lagi pun ketidak-hadiran Zahir dimaklumkan lebih awal kerana faktor masa, bukannya takut untuk berdepan dengan Husam sebagai penjilat-penjilat pantat Husam sangka dan sebar-megahkan.
Cabaran Husam itu bukan berani namanya tetapi kesombongan yang diseliputi 'kohong'. Mungkin ramai yang tidak boleh tangkap maksud 'kohong' yakni busuk yang lebih 'makah' dari busuk biasa dari segi nawaitunya.
Membawa tokoh lain untuk menggantikan tempatnya menampak sekali lagi warna kesombongan dan merasakan diri sangat hebat sehingga semua orang dirasakan kena tunduk dengan kemahuannya. Tindak tanduknya itu bersifat cuba mengajar itik pandai berenang di TV9, malah itulah gambaran bagaimana nanti petugas stesen tv, radio, suratkhabar dan majalah akan dilayan dan diperlakukan jika beliau menjadi anggota kabinet seandainya parti yang dianggotai berjaya membentuk kerajaan.
Saya tidak yakin pihak TV9 boleh biarkan keprofesionalan dan kuasa kemediaannya diperkotak-katikkan oleh Husam begitu sahaja, kecuali orang-orang TV9 termasuk CEO dan pengerusi kumpulan yang menaungi setesen tv itu sudah mati rasa. Sebagai pengamal media yang kena sensitif sifatnya, para petugas TV9 pasti sudah dapat kenal warna dan bau jebat Husam Musa ekoran peristiwa itu.
Menganggap Ezam tidak sepadan untuk berhujah dengannya juga membuktikan ada riak dan kesombongan di hatinya. Sikap riaknya itu boleh mereyokkan masa depan kerjaya politiknya, kesombongannya akan menkohongkan ketokohannya. Sombong, riak dan takbur bukan sifat pejuang Islam. Tambahan pula dari sudut keilmuannya, Ezam bukan debek.
Kalau tokoh macam Ezan debek di mata Husam, tentulah orang lain akan lebih debek lagi dan jika itulah yang bersarang di hati dan di kepalanya, maka jelaslah beliau seorang yang sombong, bongkak dan riak. Sikapnya itulah yang akan memusnah dan mempunah-ranahkan prestasi dan reputasinya.
Sesungguhnya manusia sentiasa diuji bukan sahaja dalam bentuk kemiskinan dan kekalahan tetapi juga dengan kekayaan, kehebatan, kecerdikan, kemenangan dan sebagainya. Kaya, hebat, cerdik dan menang tetapi sombong, bongkak, angkuh dan riak dari sudut Islamnya adalah suatu kegagalan sebenarnya.
Pemimpin/tokoh yang benar-benar hebat ibarat padi yang akan semakin tunduk apabila semakin berisi, bukannya seperti lalang yang sentiasa mendongak ke langit tinggi.
Kalau dengan Ezam pun dirasakan jijik untuk berdepan dan berdebat, macam mana dengan orang kampung yang busuk baunya oleh bau 'pot getah' dan hanyir oleh bau lumpur sawah rakyat saka yang hanya mampu wangikan bau badan dengan minyak atar yang dijual di kaki-kaki lima.

10 comments:

MELIKJ fan said...

Tak ada ape yang perlu dikomen lagi..setuju 110% apa yang di katakan Meli..

Anonymous said...

Nampak sangat busuk hati mu ko husam. Hak husam tu satu bab. Hok mu pulak satu bab. Meli meli

yes said...

Sah kapak jangak ini penjilat UMNO. Zahid yang sepatutnya kau caci, tapi kau caci Husam. Cuba pula kempen against Husam.

Pembaca boleh menilai sendiri dengan apa yang terjadi.

Tak apa , Tv di Malaysia bolleh put Ezam on standby kerana Ezam ni gian nak lihat muka dia di Tv

Sokong Zahid tidak, Husam pun bukan said...

Meli kata.....KALAU BETUL. Ertinya kalau betul macam yang dilaporkan, ianya suatu yang tidak baik untuk masa depan kerjaya politik Husam.
Kalau tak betul, kalau kes dia tak muncul dalam rancangan Hujah memang salah Zahid, memang yang tak betulnya Ezam atau pihak pengurusan TV9, teutama penerbitnya, maka ianya bukan satu isulah. Tidak timbul soal Meli patut kecam atau tidak.
Kalau betul macam yang dilapor, nampak sangat kesombongan, keangkuhan dan kebongkakan Husam. Kalau begitu sikap tokoh sebesar Husam dalam Pas, ianya akan memberi kesan negatif kepada Pas itu sendiri.

Anonymous said...

aku hok duk dalam umno tau tindak tanduk dlm umno...mung pulok hok baru nok jadi penjilat dlam umno silakan ;;; baik mung istihar masuk umno dan istihar blog umno tengok brpo juto eameno bayar ke mung...dari mu kutuk husam macamlah mu tok kenal awang adik perangai alwi..serta puok ameno di klantan jurus2 belako ko .. come on la meli

Anonymous said...

woii meli ore umno dok canang PKR dok munoh ore mlayu di pantai barat ... PKR dok sir tulong ore mlayulah ..tgok diklantan dan ganu ore mlayu printoh gologan mana hok sekat royalti krjaaan mlayu Pas ganu ...gitu juga dgn Geran wajib tahunan bakpo pusat beri lambat... Pusat tu melayu ke bangso gapo citttttttttt

!00 Pupu Rashid Maidin said...

Anonymous said...babuk kencing-berak ttikar mano pulok ni?. Soh kaki jilat jubur taik Husam.
Aku tau Meli tetap Meli. Kalau ke kampung bekas Hdengan Pas tu aku raso Meli tak heran langunsung. Ko guano Pokcik Li ambo

Anonymous said...

Wahai Meli YG OPOTUNISIST baca ni
02 June 2009
Dato' Norzula Mohon Maaf sebab FITNAH HUSAM
Dato' Norzula Mohon Maaf, Bersih Nama Husam Dari Skandal
Permohonan maaf yang dibuat Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada tahun 2007 disifatkan telah membersihkan nama Husam dan kerajaan negeri Kelantan.

Menurut satu kenyataan peguam Husam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek Norzula telah membuat permohonan maaf secara terbuka hhari ini (Selasa 2 Jun 2009) dalam akhbar Berita Harian di muka C12.

Dalam laporan itu kata Ahmad Shabrimi, suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan Nozula Mat Diah kepada anakguamnya (Husam) dengan menyatakan permohonan maaf tanpa sebarang syarat.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato' Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Menurut Ahmad Shabrimi, pada akhir November 2007, dua orang Adun Barisan Nasional, Dato' Nozula Mat Diah dan Adun Bukit Bunga Muhd Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap Husam.

Antara laporan tersebut adalah:

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Kelantan, Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan PAS mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ujar Shabrimi, pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen.

Ia juga telah dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan, katanya.

"Tindakan kedua Adun ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum," katanya.

Sehubungan itu, Husam telah mengarahkan pihak peguam yang diwakili Tetuan Saiful Kasri & Associates mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Adun berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad, katanya.

"Akhirnya pihak Adun berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan," katanya.

Dengan notis permohonan maaf tersebut, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas, kata Ahmad Shabrimi.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," katanya.

bijan said...

woii Melayu ke ni (pupu rashid maidin) dok nyapo ni cara nok juang..
Senang cakap terus terang KERJAAN PUSAT hok meli nok bodek hanya sokon Melayu UMNO JAH ... MELAYU SLAN PADA TU DIO AKAN TINDAS
...CTHNYA bantuan KWAMP utk plajar miskin perlu disign oleh tok ngulu lantikan pusat je... klau hok kerjaan negeri lantik tidak sah ...doh hok kjaaan negeri bkn Hok mlayu ko

100 Pupu Rasyid Maidin said...

Doh jenis jilat gat...takleh lari la. Nampak punggung Husam berlocor air mulut selalu.
Nozula minta maaf ke, sembah bertuankukan Husam ko apa kaitan dengan Meli nyo?
Betul ke Meli bodek kerajaan pusat? Hasilnya Meli boleh begapo?
li kaya macam Vincent Tan atau sekurang-kurang macam Syed Mukhtar Al-Bukhari atau Mustapa Kamal MK Land?
..........bantuan KWAMP utk plajar miskin perlu disign oleh tok ngulu lantikan pusat je... klau hok kerjaan negeri lantik tidak sah ...doh hok kjaaan negeri bkn Hok mlayu ko............ benda lagu ni mengaku ko Meli pun Meli boleh buat behapo. Dah dekpon keras palat dan keletik sangat nak lawan kerajaan pusat, padan la dengan muka. Tok 'kan la kerajaan pusat nak buwi peluru ko lawan. Hak kerajaan negerinya pula begapo hak boleh terima tok ngulu Umno sign? Tok ngulu Pas toksoh dok tunjuk lapar kkijo la, kalu tok kena sign banyak tak banyak kkijo, patut suko, bukan dukacita. Tok ngulu Umno takdok gege boktan tokleh sign...boktan tok ngulu Umno takdok hok gon...hak gilo nak kkijo tak padan dengan upah.