Thursday, May 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (196)

Elakan kewujudan datuk nikah kahwin dalam Pas

ADA seseorang menelefon saya dan memaklumkan bahawa ada tokoh kebanggaan, tokoh harapan dan tokoh serba sempurna pada kacamata, persepsi dan penilaian pendukung dan penyokong Pas, kini hidup dalam sumpahan bapa sendiri yang kononnya cukup kenal fe'el perangai dan hati budi serta perut pedal anaknya.

Yang sedihnya, ketika bapanya mati kerana kemalangan jalanraya, tokoh berkenaan yang berkereta resmi melalui tempat orang ramai berkerumun untuk mendapakan maklumat dan kepastian siapa yang terlibat dalam kemalangan itu, tokoh berkenaan tidak berhenti pun untuk bertanya khabar walaupun kejadian itu berlaku tidak berapa jauh dari tempat tinggalnya.

"Dari segi sepatutnya, walaupun yang mati kemalangan itu tok fakir sekalipun, sebagai wakil rakyat, dia kena berhenti tanya khabar tentang apa yang berlaku, malah kalau mangsa kemalangan itu masih hidup, boleh tolong call ambulans untuk dibawa ke hospital secepat mungkin" gerutu si pemanggil.

Walaupun diberikan nama penuh kepada saya siapa tokoh berkenaan, saya tidak bercadang, malah tidak akan menyebut namanya, bukan kerana takut kena saman tetapi kerana mahu menjaga adat dalam memberikan maklumat dan teladan. Saya sanggup posting tulisan ini pun kerana pada pertimbangan saya, ianya ada unsur-unsur keteladanan.

Bapa kepada tokoh berkenaan yang kononnya tidak berapa suka anaknya itu menjadi wakil rakyat dikatakan pernah berkata (sebagai sebab musabab dan alasan kenapa beliau tidak suka anaknya jadi wakil rakyat) bahawa jika anaknya menang, mahu tidak mahu kemenangan itu akan membawa petaka. Tentulah sebagai bapa, dikenali dan diketahui tentang anaknya melebihi dari yang umum kenali dan ketahui.

Tokoh itu sendiri kononnya di kelilingi oleh waris warah yang berpihak kepada Umno, malah bapanya sendiri pun dikatakan tidaklah telalu Pas sangat pun. Kerana itu sikap tokoh berkenaan agak libralisme. Kononnya sanggup wujudkan media sendiri, malah kaki-kaki minum arak pun boleh dijadikan rakan dan digunakan sebagai anggota pasukan think-tank

Bunyinya agak menggerunkan, mudahan-mudahan apa yang didakwa itu tidak betul dan hanya merupakan antara fitnah yang lazim kena dihadapi oleh mana-mana tokoh pun kerana bila jadi tokoh, mahu tidak mahu dalam ada penyokong, maka akan ada musuh. Itu lumrah untuk orang yang bergelar tokoh.

Memandangkan sumpahan itu (jika benar walaupun mempercayai sumpah tidak digalakan), tidak hairanlah kalau tokoh berkenaan banyak bawa masalah kepada parti dengan kenyataan dan tindak tanduknya, malah pantang ditegur demi kebaikan parti tetapi dilihat boleh mencalar peluang, pretasi dan reputasinya serta kumpulannya, maka dia akan melenting dan berbuat apa sahaja untuk mematah dan meleburkan si pembuat teguran dan peringatan.

Mudah-mudahan Pas akan bersih dari tokoh seperti ini supaya matlamat dan tujuan penubuhan Pas itu tidak akan tersasar dari tujuan asal kerana peranan yang dimainkan, termasuk melalui media alternatif yang diwujud khusus bagi membina peluang kebangkitannya menjadikan Pas diselubungi sindrom liberalisme, melunturkan semangat ulmakisme yang menjadi teras, tunjang, pasak dan bbaji pengasasan serta kewujudan Pas selama ini.

Mudah-mudahan pimpinan utama Pas tidak akan menjadi umpama 'Datuk Nikah Kahwin' dalam filem Musang Berjanggut P. Ramlee kerana mainan politik tokoh-tokoh yang prolib, termasuk tokoh yang disanjung oleh pendukung dan penyokong Pas yang tidak tahu bahawa tokoh berkenaan hidup dalam sumpahan bapa sendiri.

Kepada seseorang yang menelefon saya, pada kesempatan ini saya memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak tergamak menyiarkan nama tokoh yang dimaksudkan walaupun diminta supaya disebut nama tokoh berkenaan dan kerabat-kerabat terdekat yang kurang menyenanginya, yang tidak sukakan fe'el perangai dan tingkah lakuknya.

Saya tidak behasrat mahu jadikan blog ini untuk leburkan sesiapa, sebaliknya blog ini akan digunakan untuk memberi teguran dan peringatan supaya mana-mana pihak yang rasa dirinya tidak betul, maka segera diperbetulkan dan sekiranya didapati saya tidak betul, maka saya pula yang dibetulkan.

Tegur menegur dan betul membetul adalah sesuai dengan apa yang disarankan oleh Allah melalui surah Al-Asyr yang mengandungi empat ayat dan menduduki angka ke 103 dalam susunan surah-surah al-Quran daripada 114 keseluruhan surah.

Ayat-ayat dalam surah al-Asyr itu merupakan empat ayat daripada 4,780 ayat dari surah-surah Makiyyah dan sebahagian daripada 6,236 kesuluruhan ayat al-Quran yang mana 1,456 daripadanya adalah ayat-ayat dalam surah-surah Madaniyyah. Keseluruhan ayat-ayat al-Quran dikatakan terbentuk daripada kira-kira 1.2 juta huruf.

No comments: