Saturday, May 30, 2009

PENJELASAN

Mingguan Wasilah tidak ada kaitan dengan saya lagi

RAMAI yang menelefon saya apa sudah jadi dengan Mingguan Wasilah yang sudah bertukar warna dan bentuk massheadnya, diterbitkan dengan lebih nipis dan dijual denga harga RM1.50, jauh lebih rendah dari harga asalnya.
Untuk makluman, saya bukan lagi Ketua Pengarang dan syarikat saya Meli Mediaplus bukan lagi penerbit Mingguan Wasilah. Akhbar mingguan berkenaan sudah berpindah milik kepada Saudara Yusri Yusoff selaku Ketua Pengarang dan diterbitkan oleh Yen Media Hall Sdn Bhd, milik saudara Yusri.
Apa-apa pertanyaan atau urusan dengan Mingguan Wasilah hendaklah menghubungi Saudara Yusri/Yen Media Hall Sdn Bhd. Saya kekalkan masshead Mingguan Wasilah pada masshead blog saya adalah sebagai tanda kenangan kerana akhbar berkenaan permit asalnya adalah kepunyaan saya.
Yang masih dibawah saya adalah Mingguan Konsep (terbitan Meli Infomedia) dan majalah bulanan Wasilatul-Ummah (terbitan Meli Industry). Kedua-duanya ditangguh penerbitannya kerana masalah dana dan penstrukturan semula kakitangan yang terlibat dalam penerbitannya.
Saya juga sedang berusaha untuk mendapatkan kembali permit majalah Geletek, majalah Aneka Peristiwa dan Mingguan Fajar Islam yang mana kerana kecuaian saya, permitnya tidak dipohon penyambungannya.
Dengan penjelasan ini saya mohon supaya sebarang urusan dengan Mingguan Wasilah tidak lagi dikaitkan dengan saya atau syarikat milik saya, Meli Mediaplus.

No comments: