Semangat anti Chen Pingsme patut diguna banteras kegiatan ah long
RAMAI yang menjadi amat berani dan amat bencikan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chen Ping atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, di Temerloh dan Jerantut, beliau memakai nama Haji Ali, yang memohon untuk kembali ke Malaysia.
Banyak di antara pernyataan berani, termasuk di kalangan bekas anggota tentera, bersifat 'terlebih berani' dan bersifat 'kebencian melampau' sehingga kelihatan ada bibit-bibit retorik, malah ada yang melucukan.
Umpamanya ada yang mahu mecangkul buang bekas tapak kaki Chen Ping yang memijak bumi Malaysia jika pemimpin utama PKM itu dibenar balik dan bermastautin di Malaysia, tanah tumpah darahnya.
Ada pula yang sanggup menunggu di lapangan terbang untuk menjadi orang pertama menyembelih Chen Ping seandainya On Boon Hua, seorang yang dilahirkan dalam keluarga kaya di Perak tetapi memilih hidup sukar di hutan untuk tempoh yang lama kerana memperjuangkan ideologinya.
Kalau demikianlah beraninya baka-baka Melayu Malaysia, saya yakin bukan sahaja Tanah Melayu (nama asal negara ini) tidak akan mengalami sejarah hitam dijajah sehingga ratusan tahun lamanya, tetapi kumpulan-kumpulan seperti Hindraf, perompak, peragut dan kegianatan ah long tidak akan berani wujud dan aktif di negara ini.
Tetapi sayangnya kegiatan-giatan dan lakaran sejarah yang tidak patut berlaku itu terbukti berlaku di Malaysia, malah ianya menjadi suatu fenomena, sindrom dan wabak yang bukan sahaja menggerunkan tetapi juga telah membawa kematian kepada mangsa-mangsa ragut umpamanya.
Kenapa tokoh-tokoh yang begitu lantang akan berbuat sesuatu terhadap Chen Ping jika dibenarkan kembali ke tanahair tidak menggunakan keberanian mereka untuk membendung kebangkitan dan keakfian kumpulan Hindraf, kumpulan, kumpulan samseng jalanan/mat rempit, perompak, peragut dan kegianatan ah long.
Yang memeranjatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah keganasan yang tergamak dilakukan oleh ah long terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman sehingga dikurung dalam penjara milik ah long.
Rata-rata yang membuat pinjaman dengan ah long, terutama para peniaga, kerana mereka gagal medapat pinjaman dari institusi kewangan yang lazimnya menggunakan pelbagai syarat ketat berbanding dengan syarat yang dikenakan oleh ahli long.
Ancaman bersenjata komunis sudah pun berhentikan sejak tahun 1989 lagi, yang menmhon balik ke Malaysia adalah seorang lelaki yang sudah berusia lebih 80 tahun bernama Ong Boon Hua atau lebih dikenali dengan Chen Ping. Apa yang mampu dibuat oleh seorang yang berumur lebih 80 tahun kalau dibawa balik pun.
Yang menunjukkan keganasan dan menggerunkan orang ramai adalah ah long yang bukan sahaja memenjara tetapi ada yang menembak peminjam, mencolek dan membunuh. Berbanding dengan komunis, ah long lebih memberi ancaman keganasan. Kemapa tidak ada yang berani mendabik dada atau berikrar untuk mennjadi orang pertama membunuh taukeh ah long, taukeh dadah, pengasas Hindraf, kepala perompak dan sebagainya.
Bekas-bekas tentera yang berani, malah begitu bersemangat dalam menunjukkan kebencian terhadap Chen Ping sepatutnya menggunakan keberanian dan kebencian mereka untuk selamatkan negara dari ancaman dan kegiatan ah long yang mana hakikatnya ada di kalangan pemberani Melayu pada waktu ini bekerja sebagai kaki pukul dengan syarikat ah long.
Pada pendapat saya, menggunakan keberanian dan kebencian untuk membanteras kegiatan ah long, sikap kurang ajar Hindraf, kegiatan merompak, meragut, merempit dan pelbagai pelakuan jenayah lagi adalah lebih baik bagi pemberani-pemberani dan beretorik berdepan dengan isu Chen Pingsme.
Terlalu banyak orang bercakap tentang kebencian dan kemarahan terhadap PKM hanya kerana Chen Pingsme, boleh menyebabkan matlamat asalnya tersasar dan takut nanti boleh mengguris perasaan dan menyebabkan luka lama berdarah kembali di kalangan anggota PKM berbangsa Melayu. Besar bahayanya kalau diusik harimau atau singa yang sedang tidur.
Saturday, May 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment