Sunday, May 31, 2009

MUNCUL KEMBALI (199)

Hapuskan tangan ghaib bagi basmi kegiatan ah long dan dadah

SELAIN dari ada peminjam yang dipenjarakan kerana gagal bayar pinjaman ah long, ada peminjam di Kelantan ditembak. Macam mana pun nasib baik umur mangsa yang ditembak itu masih panjang apabila peluru pistol terkena kepala tali pinggangnya dab beliau terselamat.

Ertinya ah long sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan urusniaga pinjaman akan terus jalan dalam keadaan apa sekali pun. Para petugas syarikat ah long akan jajat dari satu peniaga ke satu peniaga menawarkan pinjaman mudah dan akan memastikan bayaran pinjaman bersama keuntungan berganda dapat dipungut balik.

Sebagai peniaga, saya tidak terkecuali didatangi ah long. Untuk mendapat maklumat tentang apa itu ah long, saya ada berkawan dengan beberapa ah long, malah pernah membuat pinjaman, bukan kerana perlukan pinjaman tetapi atas dasar simpati apabila ada yang sampai letak kepala atas meja macam menyembah meminta agar dibuat pinjaman dengannya.

Memujuk merayu, termasuk meminta tolong kononnya sudah beberapa hari bisnes tidak jalan dan tidak boleh balik pejabat. kalau balik pasti kena tiew (seranah). Tujuannya adalah bagi menarik simpati bakal peminjam supaya meminjam yang mana memujuk dan merayu adalah antara teknik dan taktik yang digunakan oleh para ah long.

Jika pembayaran balik mampu dibuat oleh peminjam dengan lancar sama ada bayaran pinjaman pokok bersama intrestnya atau bayar intrest sahaja, lazimnya ah long akan meminta supaya peminjam membuat pinjaman yang lebih banyak jumlahnya, malah kalau mahu diselesaikan pinjaman pun mereka akan menolak, sebaliknya akan meminta dibayar intrest sahaja.

Dalam pada itu, bilangan ah long yang datang berjumpa peminjam yang dianggap mempunyai rekod bersih dalam membuat bayaran, akan bertambah, juga dengan menggunakan taktik dan teknik merayu agar membuat pinjaman, malah akan menawarkan nilai intrest yang lebih rendah serta tempoh masa pinjaman yang lebih panjang.

Saya mendapat maklumat, di Kelantan ada peminjam yang membuat pinjaman dengan ah long sehingga RM500,000 untuk sekali pinjam. Di samping itu ada juga syarikat ah long yang kena tipu oleh peminjam hingga berjuta nilainya dengan peminjam memberikan maklumat dan dokumen palsu.

Kebanyakan yang membuat pinjaman dengan ah long adalah kalangan yang memerlukan kewangan segera bagi pembiayaan sesuatu projek seperti para kontraktor yang mana kalau memohon pinjaman dengan bank, bukan sahaja akan memakan masa yang lama bagi mendapat kelulusan tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai syarat dan prosedur sukar.

Selain dari ada kes peminjam kena tembak, tidak banyak kes kekerasan oleh ah long yang rata-rata mendakwa mereka hanya makan gaji dan tidak pernah kenal siapa taukeh mereka yang dikatakan bergelar 'datuk' atau 'tan sri', tidak banyak kekerasan dilakukan oleh ahli long di Kelantan.

Mungkin kerana sikap orang Kelantan yang berani melawan dan boleh berbuat apa sahaja jika maruah mereka tercabar, apatah lagi kalau yang menyebabkan maruah mereka rasa tercabar itu oleh kerenah bukan Melayu.

Pada saya, sama juga dengan kes pengedaran dadah, taukeh sebenarnya dikatakan terdiri daripada 'datuk' dan 'tan sri', menjadikan kerja pembendungan dan penghapusan ah long sama sukarnya dengan pembanterasan dadah kerana akan ada tangan-tangan ghaib digunakan untuk menyelamatkan taukeh ah long atau pun dadah dari tindakan undang-undang dengan menggunakan kuasa wang.

Lazimnya apabila gagal mendapatkan balik pinjaman dari peminjam, ah long akan menggunakan samseng Melayu tempatan untuk memungut hutang. Kalau di Kelantan, samseng-samseng Melayulah yang akan bertindak kasar setelah diberi upah tanpa mengambil kira bahawa mangsanya adalah saudara sebangsa dan seagama.

Bila mangsa yang dikasari mengancam akan mengadu kepada polis, mereka bukannya takut, sebaliknya akan mencabar agar berbuat demikian kerana mereka tahu, ada tangan-tangan ghaib akan membantu untuk mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, kononnya pihak yang patut bertindak berteraskan lunas undang-undang telah diberi makan secukupnya dan tidak mungkin akan gigit tuan lagi.

Justeru itu pada saya sebagaimana dalam kegiatan dadah, maka pembendungan dan penghapusan kegiatan ah long juga hanya akan mencapai matlamat sekiranya kewujudan tangan-tangan ghaib dari kalangan yang bergelar 'datuk' dan 'tan siri' patut dihapuskan di samping peminjam yang gagal membayar balik pinjaman bersedia untuk bertindak lebih kasar jika mereka dikasari.

Peminjam tidak sepatutnya menyembunyikan keadaan sebenar dan mereka kena sepakat dengan orang kampung dan jira-jiran untuk membelasah ah long atau samseng-samseng upahan ah long misalnya kerana pihak yang ramai pasti akan lebih kuat dari pihak yang sedikit bilangannya.

Mereka yang dikenali sebagai 'ada paku' di kalangan anggota polis yang sanggup diberi makan hingga kenyang untuk tidak secara serius bertindak dalam membanteraskan kegiatan dadah dan ah long juga patut dibasmi secara proaktif dan patut merasa malu untuk terus berpihak kepada kegiatan ah long atau kegiatan pengedaran dadah.

Paling malanglah kalau mereka yang 'ada paku' sanggup menajisi uniform dan kewajipan masing-masing bagi melindungi kegiatan ah long dan dadah yang merupakan anacaman kenteraman awam yang akan menjadi semakin parah kalau tidak benar-benar dibanteras sebagai hebatnya usaha yang dibuat bagi menangkis komunisme sekarang

1 comment:

Yetty Sunarsih said...

Saya ingin kembali semua kemuliaan Allah atas apa yang dia gunakan Ibu Alicia Radu lakukan dalam hidup saya, nama saya Yetty Sunarsih dari Sandakan di malaysia, saya janda dengan 3 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan telah menjadi sangat kasar kepada saya dan keluarganya dan saya telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian ROBBI bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan saya menghubunginya untuk bertanya mengenai Ibu dan betapa benarnya pinjaman dari Ibu Alicia Radu dan dia memberitahu saya bahawa benar dan saya menghubungi Ibu Ibu Alicia Radu dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya memeriksa akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberikan penerangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi Ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com) dan anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (yettysunarsihs850@gmail.com) untuk maklumat dan juga teman saya Annisa Barkarya melalui email nya :( robbi5868@gmail.com)