Monday, May 4, 2009

TAKZIAH(2)/4/2009

Lagi petikan tulisan dari blog Mat Amin tentang kematian Bapak Abu Samah Mohd. Kashim dan gambar-gambar berkaitan.
ABU SAMAH (1926-2009): PEMERGIAN SEORANG LAGI REVOLUSIONER RAKYAT

Pagi ini, kami mendapat berita bahawa Pak Abu Samah telah meinggal dunia kira-kira pukul 5 pagi (waktu Thailand) di Hospital Sungai Golok.
Seluruh kepimpinan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedih atas berita ini dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan juga kepada kawan-kwan seperjuangan beliau.
Abu Samah Mohd Kassim atau lebih dikenali sebagai Pak Abu Samah, cucu kepada Datok Bahaman adalah salah seorang revolusioner Tanah Air Negara kita dan terlibat dalam Perang menentang penjajah Jepun dan British.
Beliau pernah menjadi ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1939, menyertai gerakan Anti Jepun pada tahun 1945, menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1946 dan bersama Parti Komunis Malaya (PKM) terlibat dalam menyertai perang Anti British.
Pada tahun 1975, beliau telah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM.
Abu Samah pernah berkata, “Perjuangan bersenjata anti-British merupakan intisari terpokok perjuangan kemerdekaan. Justeru kerana latarbelakang perjuangan yang besar inilah penjajah British terpaksa mempercepat proses pemerintahan sendiri dan kemudian mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Akan tetapi, selepas kemerdekaan pejuang-pejuang kemerdekaan ini tidak diiktiraf oleh kerajaan persekutuan bahkan terus melancarkan perang terhadapnya sehingga berlaku perang dalam negeri yang berlarut selama 32 tahun”(Sehingga Persetujuan kedamaian pada 2 Disember 1989 ditandatangani).
PSM amat menghargai pengorbanan pejuang ini. Pada ketika ini, PSM berharap Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib berdasarkan semangat satu Bangsa akan membenarkan para pejuang kemerdekaan tanahair Negara pulang tanpa sebarang syarat sepertimana menghargai Persetujuan Damai di Haadyai , Selatan Thailand pada 2 Disember 1989. Sudah tiba masanya, para pejuang Tanahair diiktiraf dan dibenarkan pulang .
- Dikeluarkan Oleh Dr. Nasir Hashim S.Arutchelvan Pengerusi PSM Setiausaha Agung
Dicatat oleh Mat Amin di
Selasa, April 14, 2009


Alfatihah Buat Pak Abu Samah Mohd. Kassim

Pak Abu Samah Mohd. Kassim (1926 - 2009) telah pulang ke rahmatullah pada 7 April 2009, pukul 5 pagi (waktu Thailand), di Hospital Sungai Golok, Narathiwat Selatan Thailand.
Jenazahnya dibawa ke rumah warisnya Ustaz Abdullah Hanafi, Sungai Golok.
Pak Abdullah C.D. bersama lebih 50 orang rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana 12 berkejar ke Golok untuk mengadakan pemakaman jenazah dan menyampaikan takziah buat isteri beliau Siti Norkiah Mahmood Baginda.
Adik ipar Alllahyarham, Tuan Haji Mokhtar Mahmood Baginda berkejar dari Pahang ke Golok

dan tiba selepas solatZohor.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Perkuburan Besar Sungai Golok pada pukul 2 petang.
Allahyarham mengidap sakit paru-paru, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sakit kencing manis.
Catatan khas Ramli: tidak ramai pejuang menerima nasib baik. Justeru mereka yang menerima nasib baik hasil perjuangan mereka yang tidak bernasib baik patut memastikan anak cucu pejuang yang tidak bernasib baik bebas dari mata rantai NASIB TIDAK BAIK bagi menepati kata keramat rang tua: orang berbudi kita berbahasa....

No comments: