Tuesday, June 2, 2009

MUNCUL KEMBALI (203)

runtuhan bangunan
Elakkan dari tradisi sudah terantuk baru tengadah


WALAUPUN ketentuan dan takdir-Nya, termasuk kejadian runtuhan bumumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Kompleks Sukan Negeri Terengganu bertempat di Gong Badak, tidak mampu dihadang dari berlaku, tetapi mengelak dari berlaku sesuatu bencana dan malapetaka adalah dituntut dari sudut hukum agama dan hukum hakam keduniaan.

Tuntutan itu terbukti apabila kita dimahukan berikhtiar dan berusaha untuk sentiasa sejahtera dalam semua perkara, termasuk apabila sakit disuruh berubat. Secara tidak langsung disuruh berubat itu membawa maksud disuruh berusaha dan berikhtiar yang akan diganjarkan dengan pahala selain dari berphala kerana boleh bersabar dengan ujian kesakitan yang dialami.

Peri pentingnya usaha dan ikhtiar dapat dipandukan kepada peringatan Rasulullah s.a.w. jika ada biji benih dalam genggaman kita, benih berkenaan hendaklah ditanam walaupun pada ketika itu sedang berlakunya kiamat. Sesungguhnya tidak ada keadaan yang paling krtitikal dan kelam kabutnya isi alam ini melebihi dari ketika berlakunya kiamat.

Berserah tanpa berusaha untuk mengelak dari ditimpa malapetaka, apatah lagi berputus asa dengan kesakitan tanpa berubat atau membina sesuatu binaan yang dari sudut penilaian mereka yang pakar dalam bidang berkaitan bahawa binaan tidak selamat tetapi diteruskan binaan atau digunakan juga walaupun dalam bentuk sementara sifatnya, dari sudut hukum agama dan hukum keduniaannya adalah merupakan sutau perbuatan yang terlarang.

Maknanya dalam kes isu binaan bangunan, langkah bagi membendungnya berlakunya runtuhan kena diusaha dan diikhtiarkan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai suatu suratan dan tentuan takdir semata-mata apabila bila berlaku runtuhan.

Antara ikhtiar dan usaha yang kena dibuat hendaklah kena dipastikan bahawa mutu pembinaannya benar-benar selamat (kecuali jika berlaku gempa bumi) setelah melalui proses penelitian tentang keselamatan yang dibuat oleh mereka yang pakar yakni jurutera bertauliah.

Uriusan memastikan mutu binaan pula kena dibuat oleh mereka yang bukan sahaja pakar dan cukup berpengalaman dalam bidang berkenaan tetapi juga kenalah terdiri dari kalangan mereka yang jujur, beriman dan bertakwa. Bila jujur, beriman dan takwa, soal sanggup mengesah dan menjamin dari segi selamatnya (pengeluaran CF) bagi binaan yang tidak benar-benar selamat tidak akan berlaku walaupun ada sogokan untuk dikata dan diakukan selamat bagi yang tidak selamat.

Tradisi bila terantuk baru tengadah yang menjadi seperkara yang rutin dalam menghadapi kes-kes malapetaka yang berpunca dari kecuaian manusia tidak patut dibiarkan terusberlaku.

Secara peribadi saya berpendapat, tidak perlu guna pakar dan kepakaran, apatah lagi kalau membabitkan kegunaan wang negara atau negeri untuk membiayai kos pakar dan kepakaran dalam mencari sebab, mussabab dan punca apabila ribut tidak hujan pun tak datang tiba-tiba binaan runtuh.

Yang pasti keruntuhan berlaku apabila struktur pembinaan tidak cukup kuat dan penggunaan komponen bagi bahan binaan tidak mencapai piawan, kerana binaan yang dibina dan disiapkan dalam keadaan yang memang tidak selamat untuk digunakan.

Kenapa boleh berlakunya struktur pembinaan tidak cukup kuat dan penggunaan kompoen bagi bahan binaan tidak mencapai piawan serta tidak cukup selamat boleh digunakan juga sedangkan sesuatu binaan diawasi oleh jurutera bertauliah?

Jawabnya masing-masing boleh tepuk dahi tanya sama hati.

No comments: