PERTAMA-pertamanya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana ada yang masih sudi jenguk blog saya yang saya yakin tidak mampu menyaingi kualiti blog-blog blogger yang lain kerana pemilikkan ilmu saya yang tidak seberapa.
2. Tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi membolehkan saya secara peribadi menambah ilmu dan bertukar-tukar maklumat dan pandangan, sesuai dengan keperluan tuntutan yang mana yang tahu kena beritahu manakala yang tidak tahu kena berusaha mengambil tahu untuk jadi tahu.
3. Sebagai pengamal media yang sedaya boleh saya cuba kosongkan kepala, qalbu dan kecenderungan terhadap parti politik yang sangat tidak sesuai dengan cara hidup saya, maka seboleh mungkin juga saya akan cuba berlaku adil untuk semua orang sebagai pengendali blog, tidak kira apa status dan fahaman politik penjenguk dan yang mebjadi antara isi kandungan blog saya.
4.Untuk makluman, saya tidak ada kepakaran dalam bidang teknikal kekomputeran kerana saya tidak belajar khusus dalam bidang berkaitan. Keupayaan saya secara ala kadar dalam bidang komputer, termasuk pengendalian blog hanya secara tidak langsung adalah kerana teterlibatan dalam bidang kemediaan yang mahu tidak mahu saya kena bermain dengan komputer. Kalau tidak mungkin saya menjadi antara sebahagian dari manusia Malaysia kelahiran tahun 50-an yang buta komputer.
5. Saya tidak boleh sekat apa yang dihantar ke blog saya dari tertera di screen bagi yang dirasakan tidak patut tertera dan hnay memilih yang selayaknya sahaja untuk diterterakan untubagi tujuan apa tujuan sekalipun. Oleh itu supaya apa juga yang tidak sopan tidak tertera, maka penjenguk dinasihatkan supaya jangan hantar bahan-bahan sedemikian terus ke blog saya, kecuali melalui email saya dan kena dinyatakan sama ada untuk disiarkan atau sekadar untuk bacaan saya sahaja.
6. Ini adalah untuk mengelak dari kata-kata seperti berikut tertera di blog saya;
Anonymous said...
AKIBAT SIkap mu maka lahir penulis yang seperti dibawah ...
100 Pupu Rasyid Maidin said...
Doh jenis jilat gat...takleh lari la. Nampak punggung Husam berlocor air mulut selalu.
Nozula minta maaf ke, sembah bertuankukan Husam ko apa kaitan dengan Meli nyo?
Betul ke Meli bodek kerajaan pusat? Hasilnya Meli boleh begapo?
li kaya macam Vincent Tan atau sekurang-kurang macam Syed Mukhtar Al-Bukhari atau Mustapa Kamal MK Land?
..........bantuan KWAMP utk plajar miskin perlu disign oleh tok ngulu lantikan pusat je... klau hok kerjaan negeri lantik tidak sah ...doh hok kjaaan negeri bkn Hok mlayu ko............ benda lagu ni mengaku ko Meli pun Meli boleh buat behapo. Dah dekpon keras palat dan keletik sangat nak lawan kerajaan pusat, padan la dengan muka. Tok 'kan la kerajaan pusat nak buwi peluru ko lawan. Hak kerajaan negerinya pula begapo hak boleh terima tok ngulu Umno sign? Tok ngulu Pas toksoh dok tunjuk lapar kkijo la, kalu tok kena sign banyak tak banyak kkijo, patut suko, bukan dukacita. Tok ngulu Umno takdok gege boktan tokleh sign...boktan tok ngulu Umno takdok hok gon...hak gilo nak kkijo tak padan dengan upah.
June 3, 2009 5:26 AM
Rasanya lebih manis kalau kita berblog secara sopan, bercanggah pendapat dan berbahas secara sopan.
Mengengai pertanyaan (kalau ianya ditujukan kepada saya);
Anonymous said...
Apa komen Demo tentang permohonan maaf ADUN BN TENTANG FITNAH KEATAS HUSAM.... fitnah yg dibuat oleh DUA ADUN NILAH YG MENJADI RUJUKAN / ISU OLEH PUOK YG IRAS2 NOK MASUK ameno
June 3, 2009 7:40 PM
BAGI SAYA: sikap keduanya amat mulia dan selari dengan tuntutan Islam. Bila dirasakan berbuat silap kena minta maat. Memohon maaf bukan beerti mengaku kalah. Samalah seperti pahlawan yang berundur di medah perang kalau dirasakan jika terus dilawan akan memberi kemenangan mudah kepada lawan, lebih baik berundur untuk menyusun strategi baru.
2. Kalau benar-benar apa yang disebarkan fitnah, pada saya ianya bukan lagi sunat atau makruh, sebaliknya wajib kena minta maaf.
selamat sejahtera untuk semua penjenguk
RAMLI ABDUL HALIM
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment