Thursday, June 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (204)

Mat Sabu dan kenangan silam

MEMBACA posting Saudara Haji Mohd. Sayuti Omar (MSO) melalui slot, Jalan Ke Shah Alam, Mat Sabu Tokoh Demonstrasi Bergerak Sendiri Bermodalkan Track Record dan Air Liur (Blog Merah Tinta) mengingatkan saya pada sejarah silam tokoh babil bernama Haji Mohamed bin Sabu(Mat Sabu).

Sekitar tahun 1990, tidak ramai petugas media yang boleh ke pejabat Badan Perhubungan Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu. Hanya saya yang mewakili Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan Mr Chia dari Sin Chew Jit Poh (kini khabarnya jadi

Puak-puak Pas yang bergelewag di pejabat Pas pun tak ramai mana. Pekerja parti yang sering saya temui adalah Zin LPP yang dikira pakar dalam pengendalian komputer untuk Pas ketika itu, Mat Sahak, Hamid Pendek (ketika itu masih ada rambut lebat dan belum botak macam sekarang), Mazlan Ibrahim (Allahyarham) Pok Man dan beberapa orang yang lain selain dari Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat (kini Dato' dan Menteri Besar Kelantan), Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (kini Dato' - Ahli Parlimen Kota Bharu). Cikgu Rahim paling rapat dengan orang media, Ustaz Halim Abdul Rahman (kini Dato' - bekas TMB dan kini Ahli Parlimen Pengkalan Chepa) dan Ustaz Abdul Fatah Haron (kini ADUN Bukit Tuku).

Walaupun ada lagi petugas lain, namun saya kurang cam dan tak berapa ingat nama dan wajah mereka kerana masing-masing agak culas dengan orang media, mungkin kerana arahan semasa parti supaya jangan dekati pengamal media, apatah lagi berkawan rapat dengan orang media. Walhal boss saya ketika itu yang berasal dari Terengganu juga meminati Pas, malah pernah pun jadi rakan menjala Ustaz Hadi Awang (kini Datuk Seri - bekas MB Terengganu, Presiden Pas dan ahli parlimen).

Ketika itu (sebelum pilihanraya umum kelapan) kemarahan orang Pas terhadap petugas media arus perdana sangat memuncak menyebabkan apa-apa juga maklumat tentang Pas sukar diperolehi. Nama-nama dan gambar calon pun seingat saya hanya saya dan Mr Chia yang dapat. Kamilah yang agihkan kepada petugas media yang lain yang tidak dibenarkan ke Pejabat Badan Perhubungan Pas ekoran permusuhan parti itu terhadap media arus perdana manakala media alternatif belum banyak jumlahnya.

Ekoran dari dalam borang maklumat peribadi saya untuk bertugas sebagai Pemberita Daerah Bernama pada ruangan parti politik yang dianggotai saya isi dengan parti Pas walaupun pada waktu itu saya tidak pun menjadi ahli Pas (sekadar cenderung kepada Pas sahaja), hampir keseluruhan liputan yang berkaitan dengan Pas, sayalah yang diberi tugas untuk itu kerana petugas yang lain membawa warna Umno/BN sebagai kecenderungan politik mereka.

Saya sering diejek sebagai kurang cerdik berpolitik kerana cenderung kepada Pas, di pejabat sering berlaku ketegangan antara saya dengan petugas lain yang pada keseluruhan pro Umno, hanya saya satu-satunya yang pro Pas. Macam mana pun ada petugas media dari TV3 yang pernah menperdebekkan saya dan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Pas/APU akhirnya telah bertugas dengan kerajaan negeri setelah dinasihatkan berhenti dari TV3 oleh pihak pengurusan saluran tv swasta pertama di negara ini.

Sayugia diketahui bahawa sebelum TV3 lekat di hati penonton di Kelantan, sayalah yang banyak sediakan skrip untuk jurugambar sambilan TV3 Kelantan. Sekarang pun masih ada yang panggil saya Meli TV3 walaupun saya sering kata saya tidak penah kerja dengan TV3, sebaliknya hanya membantu secara tidak reasmi menulis skrip di samping tugas saya sebagai wartawan media cetak. saya tidak berkecenderungan bekeja dengan tv atau radio kerana saya tak boleh bercakap depan mikrofon.

Seorang petugas dari media The Star yang juga menganggap saya dari kelas katak dibawah tempurung kerana pro Pas (kini beliau jadi orang agak besar di akhbar berbahsa Inggeris - bukan lagi bertugas dengan The Star - beliau bertugas di The Star Kelantan ketika sudah terbentuknya Kerajaan Perpaduan Ummah menggantikan seorang petugas yang kuat makan durian sehingga boleh habiskan 10 biji sekali makan), akhirnya berpihak kepada Pas setelah menyahut cabaran Ustaz Halim supaya petugas media berkenaan berjumpa dengannya dalam tempoh sejam sahajauntuk mengubah pemikiran politik petugas media berkenan.

Petugas berkenaan pengsan dalam tandas kerana stress selepas berjumpa Ustaz Halim dan selepas itu beliau jadi pro Angkatan Perpaduan Ummah dan tidak lama kemudiannya dipindahkan dari Kelantan. Setahu saya seorang petugas Utusan Malaysia yang ada hubungan persaudara dengan MB Selangor (Datuk Abu Hassan) juga dipindahkan dari Kelantan apabila wartawan yang rugged itu bertukar imej kepada bertudung dan pro Pas.

Barangkali pelu saya ulangi pengakuan saya bahawa sebelum bertugas dengan Urusetia Penerangan Keajaan Negeri Kelantan (UPKn) saya melihat Pas serba suci, sama juga seperti para penyokong Pas lain, apatah lagi di kalangan mualaf-mualaf Pas yang belum pernah menimba pengalaman seperi saya. Lagi pun resam dan tradisi Pas dulu tidak seperti sekarang.

Dulu ceramah diadakan dalam kebun getah, di tengah sawah, bukannya di hotel-hotel mewah atau dewan-dewan beraircond seperti sekarang. Kandungan ceramah hnya boleh sampai kepada orang ramai melalui kaset-kaset atas inisiatif Umar Khalid (kini berpihak kepada Umno) yang kemudiannya diikuti apa yang dirintisnya itu oleh beberpa orang yang lain sehinggalah amalan itu kekal sehingga sekarang walaupun kasetnya sudah bertukar dengan cd atau perkhidmatan internet.

Kader-kader parti pula diusrah di kawasan hutan atau paya, bukan macam sekarang yang mana lagak dan gaya orang Pas sudah tidak jauh bezanya dengan Umno, malah kadang-kadang lebih hebat dari sudut tempatnya diadakan sesuatu majlis berbanding dengan Umno.

Kerana itulah orang dulu secara tradisinya akan bertanya APA SUMBANGAN YANG TELAH DISUMBANGKAN KEPADA PARTI, BUKANNYA DITANYA APA SUMBANGAN PARTI, APA PELUANG, UNTUNG, LABA DAN FAEDAH MUDAH YANG DIPEROLEHI DENGAN MENJADI ORANG KUAT PARTI. MASING-MASING MENOLAK UNTUK JADI PEMIMPIM, MALAH SEMACAM DIPAKSA BARU TERIMA. SEKARANG BEREBUT-REBUT NAK JADI PEMIMPIN WALHAL HADIS NABI ADA MENYEBUT BAHAWA BAGINDA TIDAK AKAN MELANTIK KE JAWATAN BAGI SESEORANG YANG BERKENDAKAN SESUATU JAWATAN. NAMPAKNYA ADA PIMPINAN DAN MEREKA YANG MAHU JADI PEMIMPIN PAS SEKARANG DAH TAK HIRAUKAN HADIS NABI TU LAGI. ENTAH DIANGGAP TIDAK RELEVEN ATAU SEBALIKNYA, WALLAHU 'ALAM BIS-SAWAT.

Barangkali tidak ramai yang tahu bahawa MSO pengendali blog Merah Tinta yang kuat mengkritik tokoh tertentu dalam Pas sehingga ada yang anggap beliau adalah agen Umno nyaris-nyaris buta matanya kerana ketika belum cukup umur lagi untuk mengundi, beliau sudah bekerja untuk Pas.

Matanya tercedera kerana terpercik minyak Panas ketika menggoreng ikan kering untuk dinikmati oleh petugas parti semasa pilihanraya di Besut. Dulu makan nasi berlaukan ikan keringkepala bengkok dan teh O cicah biskut mayat sudah dikira mewah untuk para petugas Pas. Kalau tidak ingatan saya, MSOlah yang mengaideakan agar kaki, telinga dan bibir mulut lembu/kerbau dibuat sup untuk jamuan para petugas parti di negei-negeri luar Kelantan yang sebelumnya kaki,telinga dan bibir mulut kerbau tidak dimakan, sebaliknya ditimbus bersama belulang dan sisa bungan lain.

Rasanya orang muda, termasuk pimpinan muda Pas, apatah lagi muaalaf-muaalaf Pas yang semacam mendabik dadak sebagai penjasa besar dalam perjuangan Pas yang ketika disertai parti itu sudah pun cukup stabil, tidak ada pengalaman sedahsyat itu.

Kerana itulah mereka tidak akan berfikir berlapis-berlapis dalam merancang dan melaksanakan sesuatu, termasuk dalam mendapatkan kedudukan dalam kepimpinan parti sama ada atas nama pemimpin atau penyokong Pas.

Sesungguhnya orang yang tidak pernah susah tidak akan reti dengan erti kata sebenar erti kesusahan, orang yang tidak pernah sakit tidak akan tahu betapa sakitnya kesakitan. Kerana itu bila diberikan ubat (kritikan/teguran/padangan) mereka cepat marah, cepat menganggap pemberi ubat cuba memberi racun atau menjadi agen seteru.

Saya yakin Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) turut berkongsi kepayahan dan keperitan sebagai pejuang Pas kerana beliau sertai Pas ketika parti itu berada pada tahap Pas tidak berapa laku gadai, ketika Pas pada status ayam tak sudi patuk, itik tak lalu nak sudu babi tak pelahap tak suling.

Saya nampak beliau pejuang tulen kerana memilih menyertai Pas ketika Pas nazak, walhal kalau beliau sertai Umno, beliau pasti sudah bepeluang menjadi menteri sebelum digugurkan ekoran dari pengguguran Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau pun beliau mungkin terus kekal dalam kabinet jika segera memutar haluan sokongan dari sokong Anwar kepada sokong Mahathir.

Datuk Seri Anwar adalah rakan Mat Sabu dalam ABIM, malah Mat Sabu adalah antara individu yang banyak terlibat dalam kehidupan Datuk Seri Anwar termasuklah dalam kes pertemuan jodoh antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ertinya kalau beliau masuk Umno ketika Datuk Seri Anwar masih berada dalam parti itu, selain dari jadi menteri, beliau sudah pun bertitle 'datuk' kalau pun bukan bergelar Datuk Seri Mohamed Sabu sekarang ini. Tapi dia memilih Pas yang menjadikan walaupun mungkin menikmati hidup agak senang berbanding zaman sebelum pernah jadi tok wakil dulu, namun hakikatnya beliau tidaklah sesenang jika beliau menyertai Umno.

Justeru itu apabila posting Saudara Haji Mohd. Sayuti Omar (MSO) melalui slot, Jalan Ke Shah Alam, Mat Sabu Tokoh Demonstrasi Bergerak Sendiri Bermodalkan Track Record dan Air Liur mengingatkan saya pada sejarah silam tokoh babil bernama Mat Sabu.

Munasabalah kalau MSO menggarapkan Mat Sabu sebagai seorang tokoh yang bergerak sendiri bagi menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden Pas, dalam berdepan dengan dua calon yang ada bala tentera masing-masing, malah ada di antaranya yang mewujudkan rangkaian media cetak dan media dalam talian sendiri di samping ada think-tank untuk merangka dan menkerangkakan masa depannya untuk menjadi pemimpin parti.

Membaca posting MSO itu menjadikan saya segera teringat peristiwa sehari sebelum penamaan calon pilihanraya umum ke lapan, Mat Sabu yang berada di Pustaka Al-Jihad di bangunan Pas kelihatan resah. Mungkin kerana tidak ada siapa yang hendak diajak berbual, beliau bertanya saya apakah beliau ada harapan akan menang.

Bila secara sepontan saya menjawab rasanya untuk menang tak ada masalah, beliau dengan suara agak tinggi tetapi masih dalam nada gelak berkata lawannya Nuar Musa (Datuk Annuar Musa) bagi kawasan Parlimen Nilam Puri(Sekarang Kubang Kerian).

Sebagai pengamal media yang sentiasa terdedah kepada masyarakat terbanyak, termasuk di kawasan-kawasan pedalaman hampir keseluruhan ceruk rantau negeri Kelantan, saya memperolehi maklumat rambang tentang mood rambang rakyat Kelantan.

Bila saya katakan kalau beliau menang adalah tidak mustahil tetapi kalau kalah akan menjadi sesuatu yang pelik, beliau memberi alasan beliau orang luar tetapi beliau akan cuba jantankan diri untuk berdepan dengan lawan yang dikira berpengaruh dan kedua terhebat dari sudut pidatonya ketika itu selepas Hussein Ahmad (kini Tan Sri dan pemilik radio swasta Manis FM).

Selain dari dari aura Ku Li, kerajaan Umno/BN berterajukan Tan Sri Mohamed Yaacob (ayah Mat) pada ketika itu tidak disenangi oleh pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN)atas beberapa krisis dan isu, tersamuk apabila jawatan Yang Dipertua Majlis daerah yang asalnya disandang oleh ketua jajahan telah ditukar kepada wakil-wakil rakyat, malah penentangan terbuka kepada istana juga menjadi antara puncanya kenapa Umno/BN akan diajar cukup-cukup oleh rakyat Kelantan yang pernah tumbangkan kerajaan Pas yang sebelumnya berkerajaan selama 18 tahun.

"Sekarang dah masuk petang. Duit deposit nak tanding takdak lagi. Makan pun belum. Tak ada pulus. Kawan yang janji nak bawak pitih belum muncul. Kalau kawan tu tak bawa mari pitih, nak bertanding macam mana" begitulah lebih kurang rungutan Mat Sabu dalam keadaan serba resah setelah saya mendiamkan diri apabila beliau menyatakan harapan agar apa yang saya katakan akan jadi kenyataan: bukan sahaja kerajaan Umno/BN akan tumbang tetapi beliau sebagai calon Pas import pun akan menang.

Dalam resah (mungkin kerana wang deposit belum ada atau juga mungkin perutnya berkeoncong ketika itu), Mat Sabu masih mampu ketawa dalam berterus terang tanpa selindung tentang keadaannya ketika serba 'nothing' ketika itu dan namanya juga tidak sepopular selepas dia menang dalam pilihanraya.

Bukan hanya Mat Sabu sebenarnya, hakikatnya sebelum pilihanraya umum kelapan, orang Pas dan bakal calon Pas tak ada wang belaka. Untuk membayar wang deposit diaggap suatu jumlah yang sangat besar, kena berhutang rata riti.

Tidak hairanlah kalau ada dakwaan mengatakan bahawa ada calon Pas yang berhutang wang untuk bayar deposit gagal bayar balik hutang sampai mati di samping hutang ambil barang di kedai-kedai tertentu dalam bentuk gula, teh dan biskut mayat tidak terbayar. Taukeh-taukeh yang kaya dan pro Pas lazimnya akan kira sedekah sahaja barangan yang diambil oleh calon-calon Pas, terutama jika calon berkaitan kalah.

Terbukti walaupun tidak ramai yang berani lawan Annuar Musa dan Mat Sabu dijadikan gu lawan, pejuang babil anak utara tanahair itu berjaya mencapai kkemenangan cemerlangan, malah berjaya mengulangi kejayaan pada pilihanraya kesembilan walaupun berlaku pemecahan sempadan pilihanraya dan kawasan yang diwakili bertukar dari Nilam Puri kepada Kubang Kerian (kini diwakili Sallhudden Ayob, bermula pada pilihanraya umum ke-11, sebelumnya diwakil Husam Musa yang menggantikan tempat Mat Sabu pada pilihanraya umum ke-10)

Selesai pilihanraya umum ke-8, hubungan Pas/APU kembali pulih dengan media. Saya sudah tidak lagi kerap muncul di pejabat Badan Pehubungan Pas. Mr Chia yang permit akhbarnya digantung bersama akhbar The Star dan Mingguan Watan, meninggalkan dunia kemediaan dan membuka restoran Di Johor.

Saya sendiri kerana tidak berlaga angin dengan ketua biro Beranama ketika itu (orang Jerlun, Kedah) yang semacam tidak percaya dengan ketumbangan Umno/BN dan menganggap Kelantan akan kembali ke zaman serba jakun di bawah kerajaan Pas/APU, telah meninggalkan Bernama dan mengusahakan penebitan sendiri dengan menerbitkan majalah bulan dan buku secara kecil-kecilan.

Ramai petugas media yang menyangka saya berhenti dari Benama (sebelumnya saya pernah berhenti dan bekeja dengan Harian Nasional - MSO juga berkeja di akhbar yang sama) kerana menyertai kerajaan negeri, malah kononnya ada pimpinan Pas yang menyebut bahawa saya akan diambil bekerja dengan kerajaan negeri.

Macam mana pun kononnya saya gagal dikesan ketika jabatan tempat yang sepatutnya saya ditempatkan telah pun dibanjiri oleh para petugas yang belum dilantik secara resmi sehingga kononnya tidak cukup tempat duduk, lebih orang dari meja dan kerusi.

Entah betul ke tidak cerita itu saya tidak tahu kerana saya sendiri tidak pernah memasang impian untuk bekerja dengan kerajaan kerana kecenderungan saya lebih kepada bidang kemediaan.

Kebetulan apabila Tengku Adenan Tengku Mansor, seorang tokoh korporat Bumiputera yang bejaya ketika itu (kini Datuk, bekas Menteri dan kini juga adalah Setiuasaha Agung Umno), mengambil alih penerbitan akhbar Watan yang ditukar penerbitannya dari mingguan kepada harian, ketua pengarangnya adalah orang Kelantan (Encik Zahari Affandi, anak kelahiran Pahi Kuala Krai).

Beliau (kami pernah bekerja dalam satu akhbar yakni akhbar Harian nasional milik Khlaid Jeffri dan saya sempat kerja enam bulan sahaja sebelum akhbar berkenaan ditutup dan akhirnya saya kembali ke Bernama semula selepas berhenti dari agensi itu kerana bekerja dengan Harian Nasional)datang mencari saya dan meminta supaya membina Harian Watan di Kelantan sebagai ketua biro.

Sekali lagi saya berdepan dengan Mat Sabu apabila beliau terlibat dalam tuduhan berkhalwat dengan Norma, isteri Bukhari Mohd. Noor, bekas inspektor polis. Kes itu secara tidak langsung melonjakkan akhbar Harian Watan yang asalnya bekalan untuk Kelantan hanya 1,015 senaskah sahaja, telah melonjak kepada 11,000 hingga 15,000 naskah sehari jualannya.

Mat Sabu dan isterinya (juga nama Norma) sering membeli barangan kemas di kedai emas bawah pejabat Harian Watan di Seksyen 9. Dalam menjadi tok wakil, untuk menampung keperluan kewangannya, beliau rupanya berniaga barang-barang kemas.

Kes khalwat Mat Sabu benar-benar membantu saya sehingga gaji saya naik setiap bulan kerana HQ seronok dengan pencapaian jualan yang tinggi dan jumlah pungutan iklan di Kelantan. Jumlah iklan yang berjkaya dipungut sekitar RNM200,000 hingga RM300,000 sebulan.

Walaupun lazimnya Harian Watan hanya sampai di Kota Bharu sekitar pukul 11.00 pagi, pembaca tetap menunggunya, malah ada yang tanya penjual: akhbar Norma-Mat Sabu dah sampai ke belum bagi merujuk akhbar Harian Watan. Kuaeh akok pun ada yang dinamakan 'Akod Norma'.

Saya bentuk pasukkan khas bago follow-up kes Mat sabu sehingga saya kena lapor diri ke IPK setiap hari untuk tempoh beberapa minggu kerana laporan Harian Watan bercanggah dengan laporan yang polis terima.

Dalam tempoh seminggua (atau lebih - saya lupa)ke mana saya pergi pun saya kena beitahu polis. Misalnya sepatutnya saya ke Ratuan Panjang tetapi ditukar dengan orang lain, pihak polis akan tahu dan akan tanya kenapa aya tak ke Rantau Pajang sebaliknya ke lokasi laih walaupun dalam tugas kemediaan hal sedemikian lazim berlaku kepada mana-mana media pun.

Saya tidak yakin Mat Sabu melakukan kerja kotor itu kerana setahu saya Mat Sabu dan Bukhari (suami Norma) sekeluarga adalah rakan akrab, malah dianggap sebagai keluarga pun. Bila datang ke Kelantan, rumah keluarga Bukharilah menjadi rumah Mat Sabu.

Mat Sabu boleh bergerak ke mana-mana sebagai wakil rakyat pun guna kereta pemberian Bukhari atau ayahnya Tok Imam Noor, seorang pemilik sawmill. Saya hairan macam mana dalam keadaan isu yang begitu sensitif Mat Sabu dan keluarga Bukhari selaku suami Norma masih mampu akrab.

Hasil sisatan khas mendapati rupa-rupanya Mat Sabut-Norma (kalau pun Norma bukan isteri Bukhari ketika itu), keduanya tidak boleh berkahwin kerana keduanya adalah saudara sesusu. Saya dapat cerita ekseklusif itu untuk Harian Watan dari keluar Norma di Temangan.

Di hujung kes itu, Mat Sabu dituduh pernah meraba punggung pembantu rumahnya, seorang gadis dari Pattani, selatan Thai. Gadis itu dikatakan bekerja di rumah seorang penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK).

Saya hantar pemberita dan jurugambar ke rumah penolong pengrah berkenaan tetapi dikatakan gadis berkenaan telah pulang ke kampungnya. Hanya berbekalkan nama dan nama kampungnya di Pattani, saya tugas wartawan dan jurugambar jejaki gadis itu.

Malangnya ketika di Sungai Golok, takkala wartawan dan jurugambar bertanya dan berkira-kira macam mana caranya nak ke Pattani, kamera jurugambar telah diragut oleh peragut bermotosikal.

Setelah dimaklumkan kepada saya tentang kejadian itu, maka saya arahkan supaya wartawan dan jurugambar batalkan sahaja tugas yang bagi saya sangat berbahaya dan tidak mustahil pergerakan mereka dalam intipan.

Dari kejadian itu saya membuat kesimpulan bahawa Mat sabu telah berdepan dengan suatu perangkap fitnah yang bukan calang-calang orang boleh menghadapinya, apatah lagi isterinya. Namun dalam perbincaraan yang berlangsung agak lama, selain dari isterinya sendiri, keluarga Norma regu tuduhan berkhalwatnya lebih berpihak kepada Mat Sabu.

Macam mana pun ada orang Pas yang percaya Mat Sabu buat kerja itu, malah membuat andaian bukan sahaja Mat Sabu yang ketika itu jarang berkopiah (kopiah adalah lambang atau mercu tanda tentang kaw tidak kawnya Pas seseorang) boleh terpecat seluar berdepan dengan Norma.

Kalau dia (si yang bercakap itu) memang dia tak berani jamin Norma boleh keluar dari bilik 131 begitu sahaja. Norma yang sentiasa bertudung lintup (menantu tok imam)dan merupakan penyokong Pas tegar, memang lawa.

Mengikut kata Encik Zahari Affandi, gambar Norma yang kami hantar dari Kota Bharu diproses besar-besar dan dibubuh dalam bilik proses gambar dan juga dalam tandas. Ada petugas Harian Watan di HQ yang lepas gian dengan melacap sambil khayalkan Norma.

Maknanya wajah Norma memang merangsangkan kejantanan lelaki tulen. Entah benar atau tidak apa yang Encik Zahari katakan saya tidak tahu, hanya Allah yang Maha Tahu. Jika benar, yang melakukannya diharap bertaubat dan memohon keampunan kerana keterlanjuran melacap.

Bukan setakat itu sahaja, bila atas kecuaian saya yang ketika itu agak uzur dan tidak sempat semak laporan berita sebelum dihantar ke HQ, maka tersiarlah gambar seorang gadis yang kononnya dialah yang Mat Sabu raba punggugnya.

Sebenarnya gambar itu tidak ada kaitan langsung dengan gadis berkenaan pun dan ianya dibekalkan oleh seseorang kepada wartawan sambilan saya dengan sejumlah imbuhan yang kononnya. Pun begtu ada orang Pas percaya Mat Sabu lakukannya (raba punggung).

Selepas gambar itu tersiarlah, maka gadis berkenaan dikatakan pulang ke kampung. Apabila wartawan dan jurugambar ditugaskan follow gadis berkenaan, kamera kena ragut. Pada saya tentu ada sesuatu yang tidak berapa betul dan lazimnya dalam sembahyang saya minta Allah menangkan Mat Sabu-Norma jika mereka tidak bersalah.

Hasil perbicaraan yang memakan masa yang agak panjang dan mendapat liputan meluas media mendapati Mat Sabu-Norma tidak bersalah, malah ada saksi perbicaraan pengsan disoal oleh peguambela (Tun Salleh Abbas).

Walaupun kes Bilik 131 sudah lama berlalu, namun bila sebut Mat Sabu, ada orang Pas sendiri yang masih percaya Mat Sabu lakukan perbuatan itu walaupun selian dari makhamah memutuskan begitu, hasil siasatan pasukan petugas Harian Watan mendapati keduanya adalah saudara sesusu.

Pemergian Norma ke bilik 131 pula adalah untuk menghantar ubat buasir. Malah kalau Norma tak ke bilik Mat Sabu, ada wanita yang tidak bermoral akan masuk ke bilik Mat Sabu dalam proses memerangkapnya dengan suatu bentuk fitnah dan mungkin keputusan perbicaraannya tentu tidak akan sama dengan apabila beliau dituduh berkhlawat dengan Norma.

Sesungguhnya Allah telah membantu menyelamatkan Mat Sabu dari fitnah dengan mentakdirkan Norma muncul sebelum sempat wanita yang difahamkan membawa bunga untuk Mat Sabu ke biliknya untuk memusnahkan kerjaya, prestasi dan reputasi Mat Sabu serta Pas.

Ujian yang pernah dihadapi oleh Mat Sabu rasanya tidak dirasai oleh orang lain dan tidak peliklah kalau dalam usahanya untuk menyumbang bakti, termasuk dalam hasrat untuk memberi sumbangan sebagai Timbalan Presiden Pas, beliau bergerak boleh sendiri tanpa menggunakan sebarang jentera dan bala tentera, barangkali kerana beliau yakin bahawa jika takdir dan suratan tetapkan beliau menang, pasti akan menang walaupun sejuta taktik dan teknik ciptaan manusia dan jin menghalang.

Kalau kalah pun saya yakin beliau tidak akan bermuram durja, apatah lagi menangis atau meratapi kekalahannya, sebaliknya beliau akan tetap mampu ketawa dengan penuh kebabilannya atas nama seorang pejuang!

1 comment:

Anonymous said...

kawe suko baca cerita abe meli...cerita hok ni ambo dok nanti..teruskan cerita abe meli..